Tiga batasan masa

Masa itu terbatas atau terhad. Sehari kita cuma ada 24 jam. Semua manusia bernyawa diberi masa yang sama. Hukum ini adil dan saksama.

Tidak lebih dan tidak kurang.

Kalau tidak percaya boleh kira sendiri.

Kita teruskan sembang tentang masa.

Bukan sembang gajah yang boleh terbang.

Fahami surah Surah al-Asr. .

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

Dari ayat tersebut, sudah terang lagi bersuluh.

Kita semua dalam kerugian kerana masa ( umur yang dipinjam )

WAJIB BACA :   Zikir harian yang mudah hafal tapi sukar nak amal [ edisi kemas kini 2022 ]

Rugi jika tidak beriman.

Rugi jika tidak beramal soleh.

Rugi jika tidak saling memperingati satu sama lain tentang kebenaran.

Rugi jika tidak sabar dalam usaha menyampaikan dakwah,

Sebab umur yang Allah kurniakan tersebut tidak kita gunakan sebaik yang mungkin.

Umur atau masa ada hadnya.

Kita tinggalkan dulu mesej yang benar lagi sahih tersebut.

Sekarang saya ingin mengupas tajuk tiga batasan masa.

Tiga batasan masa

masa

 

1.Masa untuk kehidupan.

Ini masa terpenting.

Masa untuk beribadah dan beriadah.

Masa untuk makan-minum dan mandi-manda.

Masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

Jumlah masa diperuntukan lapan jam sehari.

Kalau ada masa lebih kira bertuah.

WAJIB BACA :   Puasa Enam Syawal 1437H Berjaya Dilakukan

2.Masa untuk bekerja

Tidak kira apa pekerjaan sekalipun, baik kerajaan, swasta dan bekerja sendiri maka masa yang diperlukan juga lapan jam.

Rata-rata lebih daripada lapan jam sehari untuk bekerja.

Kira sangat bertuah kalau ada yang bekerja kurang dari lapan jam sehari.

Tentu tidak ramai jumlah mereka.

3.Masa untuk tidur

batasan masa

Masa untuk tidur sangat subjektif.

Yang pasti memang ada masa tidur.

Ada orang tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

Majoriti mampu tidur antara lima hingga enam jam sehari.

Bahkan ada orang tidur kurang dari empat jam sehari.

Kenapa masa tidur kurang ?

Ini sebabnya.

Baki masa tidur digunakan untuk menampung keperluan kepada perkara nombor satu dan nombor dua seperti di atas.

WAJIB BACA :   Bacaan selawat nabi yang mudah..semua orang mampu beramal !

Kesimpulan

Orang yang pandai mengurus masa boleh menikmati masa 24 jam tanpa timbul masalah tiada masa.

Sebaliknya orang yang leka, lagha dan lalai dengan tiga batasan masa ini maka akan rasa masa itu tidak cukup sepanjang masa.

Baik mengaku siapa yang berada dalam senario demikian.

Hanya lepas mengaku akan tahu di mana ketirisan masa berlaku, maka mudah untuk memperbetulkan keadaan.

Lebih elok kalau sesal dahulu pendapatan berbanding menyesal kemudian tidak berguna.

Dahulu merujuk pada dunia.

Kemudian merujuk pada akhirat.

Wallahualam.

Comments 16

  • postingan ini jadi mengingatkan saya bahwa kita tak selamanya ada di dunia,manfaat kan waktu yg ada dengan hal”baik..sudah ada porsinya masing” agar tak lalai dan sesal kemudian

  • Iya sebaiknya kita selalu saling mengingatkan dalam kebaikan agar kita beruntung, agar tidak merugi.

    Thanks 👍
    Jaey Borneo recently posted…Cerpen: Asap Berbentuk LoveMy Profile

  • 4. Masa untuk update blog….

    heheheh

  • Waktu sentiasa mencukupi. Kalau rasa masa suntuk, sebab kita tak pandai urus masa. Lagi satu, jangan takut tak sempat, kalau kita berhenti untuk urusan Allah, contohnya solat. Mesti Allah akan balas, masa tu rasa terlebih pula.
    Nur recently posted…Makan di PAKARMy Profile

  • dalam banyak2 perkara dalam dunia, perkara yang tak boleh diganti adalah masa (yang telah berlalu). even 1 saat yg lps pun kita takkan boleh ganti.

    manfaatkan masa sebaiknya semasa kita masih bernafas. jika tak kita akan disoalNya kenapa mengabaikan masa ketika hidup…

  • benar² mengetuk hati. iya, kalau bisa mengatur waktu 24 jam pasti nggak akan kekurangan berbagai hal. karena bisa syukur, beribadah, dan melakukan berbagai aktivitas untuk produktif. jadi pengingat sekali ini. terima kasih kak

  • terima kasih mr h atas peringatan ini

  • reminder buat saya yg kadang suka wasting time 😔.

    tapi sebagai muslim kita harus percaya kalo waktu sangat berharga dan ga akan bisa dibalik ke semula.

    karena beberapa kali baca, kalo adaaa aja aliran yg masih percaya tentang balik ke masa lalu adalah possible, dengan teknologi dan sebagainya konon. bahkan ada cerita di salah satu portal berita , ttg orang yg mengaku dari masa depan sedang traveling ke masa ini 🤣. saya cuma ambil kesimpulan, makin banyak orang gila skr ini 😁

    • Ketika hari Jumaat…para jemaah akan diingatkan untuk tidak buat perkara yang melalaikan.
      Dalam kehidupan sama seperti terutama melayan media sosial…seronok dan leka jadinta…jadi tidak hairan ramai yang membuang masa di situ walaupun ada info yang bagus juga disajikan.

      Berkaitan orang yang datang dari masa lalu atau masa depan mungkin sukar diterima akal..terutama dalam kes mesin rentas waktu.. Sungguhpun begitu ada juga diceritakan tentang kedatangan Dajjal yang boleh menimbulkan fitnah dahsyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge