Bacaan selawat nabi yang mudah..semua orang mampu beramal !

Bacaan selawat nabi antara yang mudah dan ringkas untuk diamalkan. Jadi tiada alasan untuk tidak beramal dengan berselawat.

Sungguhpun begitu saya tetap mengakui hanya mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah Allah diberi kemudahan untuk melakukan amalan bacaan selawat nabi.

Oleh itu sesiapa yang boleh berselawat dengan banyak setiap hari ucapkan kesyukuran tahap tertinggi.

Bacaan selawat nabi

Bacaan selawat nabi

Amalan berselawat memang mudah tetapi cabaran untuk istiqamah itu yang selalu menjadi persoalan.

Saya kongsikan pengalaman sendiri berkaitan selawat. Tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk kerana amalan bacaan selawat nabi yang saya buat selalu ke laut juga.

WAJIB BACA :   Pengalaman Naik Twin Otter Ke Mukah

Betul atau tidak bacaan selawat nabi saya boleh rujuk dengan video yang berikut :

Ia diumpamakan hari ini saya boleh buat tetapi esok hari belum tentu saya dapat buat. Ada masa saya boleh buat dalam angka 1000 kali dan ada masa juga 100 kali pun tidak tercapai.

Saya sudah berjinak-jinak dengan amalan berselawat sejak dulu lagi. Namun saya buat secara spontan tanpa mengira berapa jumlah yang saya sebut.

Yang pasti dalam solat fardu dan sunat memanglah kita semua berselawat. Kalau tidak, solat tidak sah.

Dalam memastikan saya konsisten berselawat, ada angka yang saya cuba capai setiap hari. Antaranya bacaan selawat nabi 10 kali selepas solat Subuh dan Asar.

Sebelum ini saya ada buat 300 kali selepas solat Subuh. Tidak puas dengan angka tersebut saya tambah lagi menjadi 1000 kali setiap hari.

Setelah melazimi 1000 kali sehari berselawat saya berhenti berbuat demikian.

Tidak tahu sebab apa. Mungkin sibuk dengan pelbagai kerja hakiki, tugas rutin dan aktiviti seharian.

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Saya tidak berputus asa. Walaupun tidak istiqamah, saya cuba buat bacaan selawat nabi dengan sasaran 10 ribu sehari.

Bermulalah cabaran yang sebenar. Jarang-jarang saya dapat capai target tersebut dalam sehari. Saya berjaya capai 10 ribu kali selawat dalam masa seminggu bayangkan.

Atas semangat untuk mencabar diri sendiri, sekali lagi buat sasaran baharu. Pada kali ini saya buat blog Jom Selawat Nabi.

Dalam blog ini saya tulis catatan dan perkongsian harian saya berselawat. Bukan itu sahaja, saya selitkan juga video daripada Youtube berkenaan selawat.

Sehingga catatan ini ditaip, blog tersebut sudah berusia seminggu. Saya mula buat pada Jumaat lepas dan kini sudah Jumaat lagi.

Pada hari pertama dan kedua bacaan selawat nabi yang saya buat berjaya sebanyak lima ribu kali. Masuk hari ketiga dan keenam saya sudah melazimi 10 ribu selawat sehari.

Alhamdulillah, satu percapaian yang wajar disyukuri.

WAJIB BACA :   Teganya bunuh isteri guna tudung

Doakan saya untuk terus istiqamah melazimi amalan berselawat dengan jumlah yang banyak hingga ke akhir hayat.

Dengan rasa ingin mengajak ramai lagi berselawat, saya kongsikan bacaan selawat nabi yang mudah dan ringkas seperti di bawah :

1. “Sholallahu a’la Muhammad “

Maksud : Ya Allah, berikanlah tambahan rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad

2. “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad”

Maksud : Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

3.Allahumma solli `ala muhammad wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahim wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid

Maksud: Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.

Penutup 

Bacaan selawat nabi yang saya kongsikan ini belum lagi pada tahap sempurna baik pada pengamalan mahupun sebutan.

Seandainya ada pembaca yang lebih arif dan lebih mahir mohon tunjuk ajar agar pembaca lain dapat juga manfaat secara bersama.

Jom berselawat.

Comments 4

  • terima kasih atas perkongsian ini. selamat pengantin baharu. semoga cpt dapat baby lagi. Aamiin…

  • Semoga terus istiqamah, Encik Hanafi.
    Saya pula, tak pernah kira. Sebab bila free je, contoh masa tengah memandu, nak kira camana. Kang tak fokus pula, walaupun sekarang ada je tasbih digital selit kat jari.
    Boleh saya nak bagi satu cadangan? Kalau ada button follow di blog, blog yang kita follow akan automatik masuk dalam reading list. Jadi, senang orang nak berkunjung kalau ada entri baru. Cadangan saya je.
    Nur recently posted…Salam hujung mingguMy Profile

    • terima kasih puah bagi doa yang baik-naik untuk saya…

      berselawat tidak semestinya tetap jumlah

      yang penting ada dan jumlah banyak…

      cadangan untuk follow blog saya tidak pasti ada tak untuk sistem wordpress…nanti saya checknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge