Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Sengnaja admin namakan nasi lemak bajet kerana harganya RM1 sebungkus.Biasa nasi lemak berharga RM1.50 ke atas.Nasi lemak yang dijual di restoran pun berharga RM3 ke atas bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan.

Nasi lemak bajetĀ  ini memang sedap.Sekali makan nak lagi dan lagi.Selepas makan kita akan menjilat sudu kerana kelazatan rasa diluar jangkaan.

Dengan rasa sambal yang kurang pedas tetapi manis dalam mulut memang kena dengan lidah admin yang senipis bawang.Nasib baik pipi admin tidak seperti pauh dilayang.

Seawal jam 6 pagi admin sudah membeli nasi lemak bajet.Memandangkan dalam situasi bajet lari,admin beli dua bungkus.

Sebungkus untuk minum pagi.

Sebungkus lagi untuk makan tenghari.

Nasib baik belum ada bini syantik.Kalau ada tak sampai hati nak bagi makanan seperti ini.Namun kena bersyukur juga.

Penutup:

Makan nasi lemak terlalu kerap akan membesarkan perut.Lebih-lebih lagi nasi lemak memang berlemak.Ada komposisi santan dalam nasi dan unsur minyak tidak tepu dalam sambal.

Berlebihan boleh memudaratkan.

22 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge