Bagaimana Cerai Taklik Berlaku Dan Prosedur Cerai Yang Sah [edisi kemas kini 2022]

Cerai taklik merupakan ungkapan yang menakutkan kepada pasangan suami isteri. Siapa yang pernah akad nikah di Malaysia pasti ada membaca nota berkaitan cerai taklik seperti dibawah:

“Manakala saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut, padahal dia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badan atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian dia mengadu ke mahkamah syariah dan manakala sabit aduannya dan dia memberi kepada mahkamah syariah bagi pihak saya RM1, maka kita itu tertalaklah dia dengan talak khuluk.”

Apakah yang dimaksudkan dengan TAKLIK

Cerai Taklik

Taklik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.  Cerai taklik ini berlaku dalam beberapa hal :

Taklik yang diucapkan suami di hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil pernikahan.

WAJIB BACA :   Feri Triso buka cerita sedih tahun 2021

Perceraian seumpama ini (taklik yang diucapkan suami di hadapan Kadi) hanya boleh disabitkan oleh Hakim di dalam perbicaraan. 

Perkara ini berlaku jika isteri ingin menuntut perceraian di hadapan Hakim, sementara suami tidak mahu menceraikan isterinya dan belum melafazkan talak kepadanya. Isteri dikehendaki membuktikan bahawa suaminya telah melanggar perjanjian (Taklik) yang telah dibuat sewaktu bernikah dahulu.

Jika Hakim dapati suami telah melanggar taklik dengan hujah yang jelas yang dikemukakan oleh isteri di dalam perbicaraan, maka Hakim berhak memisahkan kedua pasangan dan menghukumkan jatuh talak kepada pasangan tersebut.

Sebelum itu admin kongsikan satu hadis yang sangat sentap menusuk kalbu kepada sesiapa yang membacanya.

Mudah-mudahan selagi ada ruang dan peluang carilah ikhtiar agar penceraian tidak berlaku dalam rumah tangga.

Sekiranya masih berkeras dan nekad dengan pendirian maka penceraian adalah jalan terakhir untuk dipilih selepas usaha pihak pendamai tidak berhasil.

Telah menceritakan kepada kami Katsiir bin ‘Ubaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khaalid, dari Mu’arrif bin Waashil, dari Muhaarib bin Ditsaar, dari Ibnu ‘Umar -radhiyallaahu ‘anhuma-, dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah thalaq (perceraian).” -Hadis Abu Daud

WAJIB BACA :   7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi

Sebaik-baiknya penceraian melalui mahkamah. Bukan sekadar lepas di mulut  seperti yang kita selalu tonton dalam drama Melayu dan filem Melayu.

Prosedur cerai adalah seperti berikut

Cerai Taklik

  1. Di Kaunter Mahkamah

Suami atau isteri hendaklah:

  • Serah Borang Permohonan Penceraian yang telah dilengkapkan (mengikut format borang negeri masing- masing).
  • Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negeri masing-masing)
  • Daftar kes cerai di kaunter.
  • Terima tarikh dan masa hadir ke mahkamah. (Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan)
  1. Di Mahkamah

Suami dan isteri hendaklah:

Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan

Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:

  • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’, Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau pasport
  1. Mahkamah mendapatkan persetujuan penceraian daripada suami dan isteri.
  2. Suami melafazkan cerai talaq satu (1)
  3. Mahkamah :-
  •  Sahkan lafaz cerai suami
  •  Keluarkan perintah penceraian
WAJIB BACA :   Orang berjaya miliki dua rahsia ini

6.Suami dan isteri :

  • Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama Islam Negeri bersama dokumen asal seperti berikut:

  - Sijil Nikah atau Sijil Ruju;, Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan siri atau Pasport, Perintah Daftar Cerai dan Rekod Penceraian.

  •  Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri)
  1. Jabatan Agama Islam akan mendaftarkan penceraian tersebut dan mengeluarkan Sijil Cerai.
  2. Prosedur selesai

Penutup

Ada lapan prosedur yang perlu dilalui supaya penceraian sah di sisi undang-undang Islam. Selepas proses bercerai selesai jagalah hubungan dengan anak-anak dan bekas mertua.

Biarpun tiada hubungan suami isteri namun hubungan silaturrahim sesama Islam tidak boleh diputuskan. Lebih-lebih lagi hubungan ibu dengan anak atau bapa dengan anak.

Semoga bermanfaat.

Kredit sumber 

  • kemas kini 19/8/22

Comments 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge