Cerita Cucur Pisang Dengan Bajet Lari

Cucur pisang adalah menu yang popular dikalangan pengemar makanan berminyak.Selain harga yang murah cucur pisang jadi juadah menyelerakan jika bajet lari.

Angkara siapa kalau jadi begini.Jangan salahkan orang lain.Lebih baik salahkan diri sendiri.

Ambil contoh.Tak perlu pergi jauh.Contohnya kepada diri admin sendiri.

Mungkin terlebih belanja, terkena bajet lari.Aliran tunai nyawa-nyawa ikan.

Oleh kerana bajet lari admin jadikan cucur pisang sebagai juadah tengahari.Harga RM1 untuk lima biji.

Serius.

Admin terbeli beli cucur pisang bila terpandang keayuan penjualnya.Masih muda dan syantik terpelihara.

Akibatnya:

1.Cair iman

2.Syok sendiri

3.Bersyukur selalu

Cair iman untuk makan cucur pisang.Jangan pulak fikir lain-lain.

Syok sendiri sebab gadis syantik seperti terkejut melihat kehenseman admin.Nak beli RM1 tetapi mereka terjual RM2.

Bersyukur selalu sebab rezeki ada di mana-mana.Biarpun makan cucur pisang tetapi rasa kenyang seperti makan nasi ayam.

Penutup

Bajet lari bergantung kepada nafsu berbelanja.Wang keluar lebih banyak dari wang masuk maka inilah jadinya.

Semoga kita berjimat semasa berbelanja.

16 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge