Ketika ini ramai yang cuak dengan kisah pengasuh bayi yang kejam dan tidak berhati perut.Ada yang sanggup membunuh dan menyimpan dalam peti ais.Ini belum termasuk kes-kes biasa seperti menampar,memukul dan sebagainya bayi asuhan mereka.
Alhamdulillah admin bersyukur kerana berpeluang menjadi pengasuh bayi sekitar tahun 2012.Bayi yang menjadi anak asuhan admin tentunya anak sendiri.Tidak sanggup rasanya untuk menjaga bayi orang lain kerana faktor-faktor yang kurang sesuai.
Admin menjadi pengasuh kepada anak admin yang ketiga.Pada masa itu admin belum bekerja.Admin baru lepas beberapa bulan ‘jatuh’ dalam bisnes .Kebetulan pula anak baru lahir.Tiada kerja dan tiada pendapatan.Sudah pasti kepala akan pusing 360 darjah untuk mencari duit.
Dalam keadaan yang genting begitu admin menawar diri sendiri untuk menjadi pengasuh bayi .Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga isteri ( bakal bekas isteri) yang masih dalam berpantang.Segala urusan rumahtangga yang biasa dilakukan oleh orang perempuan telah admin ‘take over’.
Bakal bekas isteri admin bekerja sebagai penjawat awam.Dia bukan surirumah sepenuh masa dan admin pula bukan 100 peratus surarumah.Kami suami isteri mencari rezeki demi anak-anak biarpun tanggungjawab mencari rezeki pada bahu admin sebenarnya.Itulah fitrah yang Allah SWT jadikan kepada kudrat lelaki sebagai suami dan ayah.
Sungguhpun begitu kerja-kerja rumahtangga memang biasa untuk admin sebenarnya.Yang menjadi luarbiasa ialah kemampuan admin menjadi pengasuh bayi.Admin mampu memberi mandi bayi seawal kurang sebulan usianya.Malah urusan menukar lampin dan memakai pakaian seolah -olah mudah.Rasa kekok seorang lelaki yang macho dan gagah terus bertukar menjadi seperti seorang ‘wanita’ yang lemah lembut dan penuh kasih sayang kepada bayi.
Kebetulan juga anak admin ini menyusu dengan ibunya.Tidaklah perlu malam-malam membancuh susu formula.Memang rezeki anak.Oleh sebab kurang mampu untuk membeli lampin pakai buang, admin mengesyorkan bayi kami menggunakan lampin jenis kain sahaja.Jenis kain faham-faham sahajalah.Ini bermakna cabaran admin untuk menukar lampin hampir setiap jam setiap hari sehingga bayi kami berusia tiga bulan.
Ketika anak sudah berusia empat bulan admin dapat kerja sambilan dengan seorang makcik penjual nasi lemak.Admin bekerja dari jam 3.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.Hasil dari upah bekerja tersebut dapatlah membeli sedikit sebanyak keperluan dapur dan keperluan bayi.
Sebelah tengahari admin akan menjadi pengasuh bayi untuk menggantikan kakak ipar admin yang sanggup menjaga anak kami sebelah pagi sahaja.Balik kerja, admin akan terus memandikan anak dan memberi makanan.Setelah itu mendodoikan anak supaya tidur dengan lena.Anak tidur dapatlah admin melelapkan mata biarpun sekejap untuk hilangkan rasa mengantuk dan letih lepas bekerja.
Rutin admin sedemikian sehingga anak admin berumur 14 bulan.Selepas itu berlanjutan seperti biasa biarpun admin sudah bekerja sebagai penyelia di restoren segera.
Sehingga ke hari ini admin masih terkesan dengan kenangan menyuapkan makanan kepada anak admin ini sehingga dia berumur 5 tahun.Sebab itu admin mempunyai pertalian rasa sayang yang amat mendalam terhadapnya.Bayangkan dari umur sehari sehingga enam tahun jarang kami berenggang.Cuma setelah dia berusia tujuh tahun, jarak kami semakin melebar atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.
Penutup
Dari dulu lagi admin sangat sedar dan sangat faham bahawa tugas isteri yang jadi pengasuh bayi dan ibu sangat mencabar.Mereka menyanggupi amanah dan tanggungjawab yang bersilih ganti umpama siang bertukar malam tanpa berhenti.
Sebab itu Manifseto Pakatan Harapan yang mahukan golongan isteri ada potongan KWSP dari suami amatlah disokong sepenuhnya.
Wang ringgit boleh dicari tetapi pengalaman menjadi pengasuh bayi sukar untuk ditemui lagi.
Lainlah jika ada gadis syantik sudi menemani admin sebagai suri pengganti.
Ayat last tu gurau je dan gambar bawah nie sekadar hiasan !!
wah hebatnya..semoga ikatan hubungan anak ayah ni tak terpisah
terima kasih..
moga -moga itulah yang kita nak..
aamiin
Seronok sebenarnya jaga baby ni, tapi kenalah ada kesabaran dan faham bahawa yang dijaga dan diasuh tu seorang bayi yg tak faham apa-apa.
Hebat tuan Hanafi. Tahniah kerana dapat pengalaman ini.
Hasrul Hassan recently posted…Panduan Hartanah – Nak Beli Rumah, Semak Dulu Nilai Pasaran
alhamdulillah…
pengalaman ini amat berharga Tuan HH..
semoga kaum ayah diluar sana menghargai isteri mereka sepenuhnya jika terbaca artikel ini
Bakal bekas isteri tu caner Min..? tak paham term…
sejujurnya memang saya bagi ‘Istilah’ yang susah nak faham hahaha..
in shaa Allah saya kemaskni info terbaru berkaitan bakal bekas isteri pada masa akan datang datang..
in shaa Allah
anak adalah titipan dari Illahi, maka kita harus menjaga dengan sebaik-baiknya ya bang
betul banget mas..
saya memang setuju
fuhhh..terpandang gambar yang last dahulu wakakaka…tapi tu lah pengalaman tukar lampin..basuhkan najis tu yang jadikan ibu bapa perlu dihormati…
jaga anak perempuan nak jadi sebesar gambar last tu fuuh banyak cabaran hehe
Belang Tarung recently posted…Diskaun Sehingga 90% Pada Match Day Sale Lazada World Cup 2018
lagi besar lagi mencabar bro…
terutama anak-anak perempuan..
ps: lelaki dengan perempuan cantik umpama magnet hahahaha
saya mula jadi pengasuh terus 2 hehe..sebab anak first saya kembar. gambar hiasan yang last tu…lawa..mana dapat huhu
untung sangat dapat anak kembar..
gambar hiasan tu memang lawa bro cuma tak ingat mana pulak sumbernya..
Hebat admin. Hihi.. Baru nak fefeeling, baca tang ayat last tu, trus gelak hikhik
NORADYANI BINTI AB RAHMAN recently posted…TESTIMONI YOUTH KULIT LEBIH SIHAT TANPA JERAGAT DAN GARIS HALUS
hahahaha…
terima kasih sudi baca..
saya susah nak serius..
banyak kepada ‘joke and humor’ seposen
Great information. I will check out the rest of your blog.
thanks..
‘nilai’ pengalaman tu… hehehe… so, moga2 kalau dah jd bapa nnt bkn shj boleh mendidik malah menghargai pasangan jua
Fuh..
sekarangkan saya dah jadi bapa pun..
cuma tengah cari ‘ibu’ untuk yang dua anak yang akan datang hahahaha