Cerita Solat Terawih Di Malam Ramadan

Cerita Solat Terawih Di Malam Ramadan.Osman merupakan kaki masjid.Seorang pemuda yang baik sebagai harapan bangsa.Perwatakan sederhana namun mempunyai tabiat yang gigih untuk beribadah.

Seperti biasa Osman pergi ke masjid seusai berbuka puasa di rumah.

Solat terawih

Kredit blogger Coretan Anuar

Malam itu cuaca amat baik.Cahaya bulan begitu jelas menyimbah bumi.Osman cuma berjalan kaki sahaja ke masjid.Rumah dekat.

Azan sahaja dari corong pembesar masjid dah kedengaran sangat jelas masuk ke ruang rumah.Setiap inci dalam rumah boleh terdengar.Bunyi azan maka syaitan akan lari bertempiaran.

Itulah kelebihan rumah yang berdekatan masjid.Kelemahan pula ialah orang tak solat di masjid tersangat la rugi.

Pada malam itu Osman mengambil posisi saf depan.Untung berada di depan.Keuntungan segera tak panas kerana dekat dengan kipas.Selain itu tidak terganggu dengan pergerakan jemaah lain.

Selesai fardu Isyak dan sunat Isyak maka bermula sesi solat terawih.

Osman betul betul nak khusyuk pada malam itu.Malam sebelumnya matanya asyik sahaja mengantuk.

Cerita pun bermula..

Tatkala imam sedang mengalunkan bacaan ayat al Quran tiba-tiba dengar satu suara.Bukanlah suara yang menyeramkan.Tapi suara ini betul-betul mengganggu konsentrasi para jemaah termasuk Osman.

Sepanjang solat sunat Terawih pada dua raakat memang Osman dah gelisah.Hatinya dah mula menggelegak.Betul-betul rasa nak marah.Namun Osman tahankan perasaan.Lagipun tengah solat.

Bayangkan sahaja semakin nyaring suara imam membaca ayat A-Quran maka semakin nyaring pula suara dekat belakang jemaah.

Solat sunat Terawih dua raakat yang pertama selesai.Sebaik sahaja memberi salam yang kedua,Osman terus menoleh ke belakang.

Rupa-rupanya seorang budak remaja membaca Al-Quran.Osman serba salah.

“Nak tegur ke tidak nie”. Osman dilema seketika.

Namun Osman ambil keputusan untuk berdiam diri dan menyalahkan diri sahaja kerana tidak khusyuk dalam solat terawih.

Sejujurnya membaca Al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut.Lebih-lebih dalam bulan Ramadan kerana Al Quran itu sendiri mula diturunkan dalam bulan yang penuh berkat ini.

Dari sisi yang lain pula membaca Al Quran dengan suara yang nyaring sehingga mengganggu ibadah jemaah yang lain bukanlah sesuatu yang dituntut.

Ok.Tak pe.

Tak semua yang faham konsep tersebut.Lain kali Osman perlu belajar untuk khusyuk pulak.

Mungkin ebook ini sesuai untuk Osman belajar khusyuk dalam solat.

(Visited 70 times, 1 visits today)

32 thoughts on “Cerita Solat Terawih Di Malam Ramadan

    • ya ..selamat berpuasa dan berbuka juga…

      selagi ada budak selagi itulah masjid meriah hehehe..

      mungkin solat dalam gua kota ada sunyi sepi

  1. Di desa saya juga dulu begitu waktu saya kecil, sholat taraweh sering buat canda, sampai saya bertengkar dengan kawan karena nasehati mereka tapi mereka tidak terima.

  2. Saya setuju membaca Quran terlampau kuat boleh mengganggu orang lain. Boleh mengundang perasaan riak juga .Buat apa pun kena ada adab. Hormatlah pada orang yang berada di sekeliling kita. Barulah kita di hormati.

Leave a Comment

CommentLuv badge