Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya

Dunia online gempar gara-gara Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan 150 negara di dunia.Ramai yang panik,bingung dan resah.Memang mrhanafi akui trend serangan siber berupa virus bakal mengubah persepsi manusia terhadap teknologi langit terbuka.Tak selamat.Boleh cerobohi sesuka hati.

ransomware wannacry

Ransomware WannaCry ialah sejenis malware yang boleh memadam apa-apa data yang kita simpan.Ancaman akan berlaku apabila akses ke atas data tersebut dihalang oleh penjenayah siber.

Ancaman ransomware WannaCry dilaporkan bermula pada 12 Mei 2017.Modus operandinya menggunakan email yang ada mengandungi virus tersebut dan menyerang komputer yang ada menggunakan sistem Operasi Window.

Kita diperas ugut untuk membayar sejumlah wang untuk mendapat semula akses ke atas data yang telah mereka curi.Pembayaran ugutan melalui sistem Bitcoin cryptocurrency Banyak cantik la mereka punya kerja.

Cara terbaik jangan layan.

“Tidak ada jaminan fail akan diperolehi semula dan anda tidak harus menyokong penjenayah,” kata pengasas syarikat perkhidmatan keselamatan LGMS, C.F. Fong kepada The Star.

Berikut adalah cara pencegahan untuk mengelak dari terkena virus siber tersebut.Saranan ini telah diusul oleh pakar dalam bidang sistem keselamatan online.

1.Buat salinan data

Usahakan untuk simpan salinan data tersebut ditempat yang selamat.Jangan didedahkan atau boleh diakses secara terbuka atau perkongsian secara online.

WAJIB BACA :   Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya

Belilah pendrive banyak-banyak atau External hardrive.Langkah ini sangat praktikal.Seandainya Virus WannaCry terlepas pandang untuk serang kita, memang ada kegunaan salinan data tersebut.

Ditakdirkan laptop atau PC ditimpa masalah kita tidak la perlu stress bagaikan ibu ayam kampung kehilang anaknya.

Zaman sekarang memang susah nak tengok ayam kampung sebab kita dah pindah di bandar-bandar besar.Dengar kokokan ayam waktu dinihari pun belum tentu dapat.

2.Sentiasa kemaskini sistem

Ada rasionalnya.Dengan selalu kemaskini sistem maka komputer kita mempunyai pertahanan yang tinggi.

Jangan permudahkan virus WannaCry buat kerja.Kita susah-susah buat dan simpan data mereka pula senang-senang nak ambil kesempatan untuk memeras ugut supaya menyerah wang kepada mereka.

3.Guna perisian AntiVirus

Cerita lama.Dulu-dulu pun kita perlu pasang sistem antivirus.Lagipun serangan virus siber bermusim.Ada masanya reda.Krik-krik.

Namun kita jangan alpa.Musuh dalam selimut tidak pernah lupa untuk serang kita.

Apa kaitan musuh dalan selimut.Logiknya kerana virus WannaCry mungkin berada dalam pc atau laptop tanpa disedari.Lama-lama serangan dari dalam

4.Jangan klik pautan yang mencuriga

Inilah cara pencegahan yang cukup baik.Jangan klik pautan yang dirasakan pelik dan mencurigai.Kita berpotensi untuk menyebar virus melalui pautan yang pihak luar buat  dalam email atau perkongsian dalam blog.

WAJIB BACA :   Siapa Julia Perez Yang Sebenarnya

Langkah pencegahan perlu dibuat awal pagi dan berjaga-jaga terutama golongan yang bekerja secara online macam blogger dan internet marketer.JIka dah kena memang boleh menangis 3 hari 3 malam

5.Saling berpesan kepada rakan sekerja

Tidak dinafikan ada diantara kita yang masih leka.Mereka rilek sahaja.Kita boleh turut sama memberi peringatan kepada rakan sekerja yang lain untuk tidak klik mana-mana pautan yang mencurigai.Jangan pulak nak pandai-pandai klik secara sembunyi atas keinginan ini tahu.

Ingat pesanan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab “Beliau menggesa pentadbir sistem meningkatkan keselamatan sistem dan mengingatkan pengguna supaya tidak klik pautan dalam e-mel dan fail mencurigakan.”

6.Kurangkan penggunaan internet percuma seperti WIFI ditempat terbuka.

Perkongsian data awam memudahkan virus tersebut berkongsi juga dengan gajet yang kita guna.Kita tidak tahu  gajet  Mat Over yang tengah santai di tempat tersebut mungkin sudah dijangkiti virus tersebut dan menjangkiti gajet kita yang tengah layan drama korea di tempat awam.

Saranan mrhanafi sebagai orang yang prihatin isu ini adalah seperti berikut :

Sekiranya ada di antara kita yang sudah terkena ransomware wannacry jangan pulak kecoh atau panik.Meraung bagaikan anak kecil minta mainan.Malulah sikit dengan anak-anak kita atau anak-anak janda hujung kampung.

WAJIB BACA :   Admin Group WhatsApp Boleh Ditangkap

wannanCry

Bawa bertenang dan yang paling penting jangan layan apa-apa permintaan penjenayah siber.Lebih-lebih membayar wang tebusan untuk penjenayah siber.

Secara teorinya, tiada manfaat langsung data kita kepada mereka.Objektif mereka cuma nak dapat duit supaya usaha mengodam sistem berbaloi baloi.

Penjenayah siber memang  jenis pendek akal sebab nak susahkan penduduk dunia.Orang bijak dan cerdik tak akan sampai hati nak buat kezaliman kepada orang lain.

Tabiat orang bijak dan cerdik ialah berani  untuk daftar ahli << FI$H >> yang premium  untuk menjana pendapatan pasif.Ada juga faedahnya.Yang penting buat duit cara beretika dan bersopan santun.

Mana-mana komputer yang telah dijangkiti oleh virus ransomware WannaCry perlu diasingkan.Minta tolong mereka yang mahir IT untuk dapatkan kembali data kita dengan cara yang lebih selamat.

Selain itu guna sistem restore sekiranya fail sudah terkena virus tersebut.Sungguhpun demikian belum ada cara yang terbaik untuk mengembali data kita yang telah dijangkiti.Hanya langkah pencegahan itulah yang terbaik.

Sebagai langkah keselamatan jangan terlalu panik dan dapatkan sumber maklumat yang sahih dan berkrebiliti.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

p/s :Ingat pesan <<orang kaya Samarahan >> bahawa sentiasa berfikir positif untuk menarik perkara yang baik-baik sahaja.

 

14 thoughts on “Ancaman Ransomware WannaCry Di Malaysia dan Cara Pencegahannya

  1. habis semua orang panik, even kita peniaga online juga terganggu sbb risau nk buat transaction

  2. Serangan virus ni memang tak akan reda. Selagi teknologi wujud dah terus berevolusi. Dari zaman Windows ME lagi dah ada macam2 virus. Ingat dulu pernah kena virus Autobolt.. habis kena format pc, data tak boleh guna terus. Dulu2 penjenayah siber tak demand nak duit mcm sekarang. Cuma sekarang ni kita kena perlu lebih waspada dan bersedia dengan backup plan.
    Wanz Cop Baju recently posted…Tempahan Baju Crew KFC Batu GajahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge