Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya…Ini kisah Azman Al-Wangi.Seorang lelaki yang hebat.Ada kerjaya yang mantap dan gaya kelakian yang memukau.Auranya amat mempersona dan karismanya yang pasti didambakan oleh sesiapa sahaja.
Kisahnya bermula…
Ketika zaman kanak-kanak Azman mempunyai sejarah yang pilu.Kedua ibubapanya meninggal dunia sewaktu Azman masih kecil lagi.
Azman dipelihara oleh ibu saudaranya yang mempunyai 3 orang anak sebagai anak angkat.Kalau bukan ibu saudaranya siapa lagi yang boleh dijadikan Azman menumpang kasih.
“Azman,jangan risau.Tinggal la bersama kami.Lagipun Azman bukan orang lain,anak saudara Mak Lang”.Kata-kara ibu saudara Azman masih berbekas dalam ingatannya.
“Baiklah Mak Lang.Terima kasih.Minta maaf banyak-banyak menyusahkan Mak Lang sekeluarga.”Ujar Azman dengan ringkas dan penuh berharap.Kata-katanya perlu disusun rapi penuh sopan.
Satu hari keluarga Mak Lang pergi bercuti.Semua pergi kecuali Azman kerana pada masa itu Azman masih terikat untuk menduduki UPSR.
Malang tidak berbau.Berlaku kebakaran besar-besaran yang mengakibatkan rumah Mak Lang turut hangus dijilat api.Tiada apa yang tinggal buat Azman kecuali sehelai sepingang pakaian.
Apabila mendengar berita kebakaran tersebut,Mak Lang sangat terkejut lalu menghembus nafas yang terakhir.Anak-anak angkatnya membawa haluan sendiri.
Kini Azman betul-betul sebatang kara.Apa yang ada padanya ialah semangat juang unuk meneruskan kehidupan.Azman melangkah kaki perlahan-lahan meninggalkan kampung tersebut.
Tiada sesiapa yang peduli tentang Azmnan.Tok Penghulu pun tidak sempat nak bertanya Azman.
“Hidup mesti diteruskan.Langkah mesti ke depan”.Kata hatinya sendiri.
Tiba-tiba…
Sebuah kereta sport warna biru berhenti didepan Azman berdiri.Azman ketakutan bercampur teruja.Gerangan siapakah orang kaya berada dalam kereta sport biru tu.
Belum sempat nak membuat apa-apa orang tersebut terlebih dahulu menyapa Azman.
“Assalamualaikum,nak pergi mana tu,tak baik la jangan sorang-sorang.Sekarang dah dekat maghrib.Kalau tak keberatan jom kita solat maghrib sama-sama”.
“Waalaikumussalam.Saya tak tahu tak pergi mana-mana.Rumah saya dah hangus.Saya tak tahu dah nak buat apa-apa dah”.Dengan linangan airmata Azman menceritakan keadaan dirinya.
Mendengar kata-kata tersebut,orang itu terus memeluk Azman.Betul-betul kasihan.Entah bagaimana hatinya amat terusik dan tersentuh sekali.
Orang itu tahu bahawa insan kecil yang berada didepannya itu adalah orang yang Allah SWT titipkan untuk diberi bantuan.
“Oh.Kasihannya.Kalau begitu ikut saya ke masjid dulu”.Orang itu terus memimpin tangan Azman masuk ke kereta sport biru.
Azman bagaikan terpukau.Sepatah kata pun tidak terluar dari mulut.Mindanya terkunci untuk berfikir.
Namun Azman perasan.Hatinya sangat tenang apabila tercium satu bau yang sangat wangi.Betul betul wangi dan boleh dikatakan paling wangi dalam hidupnya.
Rupa-rupanya orang kaya itu menggunakan minyak wangi Chrome Sport Azzaro For Men Set Original Perfume
Haha.. memang wangi la kalau perfume itu gak.. haha
Hafizul recently posted…Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1438H
kalau ikut harga sangat boleh tahan…
minyak wangi golongan elit
oh..ya…cerita imaginasi penuh inspirasi
Minyak wangi mahal ni.. memang wangi hehe
p/s Selamat berpuasa tuan 🙂
Wanz Cop Baju recently posted…Cetak Baju Berkolar Samtech Seri Iskandar
ya..memamg mahal..
sekarang (ketika komen ini ditaip) ada promosi
hihi. wah, ingatkan cite apa tadi. minyak wangi nampak ekslusif. mesti mahal. huhu.
hehehe..saje nak buat cerita..
tak la mahal sangat GV
kemain lagi jalan citernya
ye ke..
nantilah tulis cerita macam tu lagi
Mesti wangi nie
dari segi rupa bentuk..ya memang wangi
wangi sungguh minyak wangi tue..sampai Azman terpukau & terkata-katalah..hehe
kalau ikut imaginasi saya memang wangi..
hehehe
Peringatan utk solat disebalik cerita minyak wangi
harap begitu la..
solat adalah tiang agama