Yang mana lebih baik, lelaki kacak atau lelaki berduit ?

[ Edisi kemaskini 5 November 2019 ]

Lelaki kacak atau lelaki berduit lebih baik ? Macam tak adil buat perbandingan begini.Namun saya cuba nak menyampaikan sesuatu.Biar kita tahu bahawa perbezaan ini bukan sesuatu yang negatif tetapi membawa kepada unsur positif yang boleh membuka minda kita terhadap soal duit itu sendiri.

Lelaki kacak

Ramai yang memberi komen bahawa lelaki berduit lebih disukai berbanding lelaki kacak tetapi tidak berduit.Logiknya memang benar.Ada duit baru ada segalanya.Muka tak kacak boleh jadi kacak dengan kuasa duit.Lagipun duit boleh dicari dengan pelbagai kemahiran dan teknik tertentu.

Jom kita baca dua kisah yang saya reka khas berkaitan dengan lelaki berduit berbanding lelaki kacak.Kita asingkan situasi luar tajuk iaitu lelaki berduit yang kacak atau lelaki tak berduit yang tak kacak.

Harap jangan pening kepala la ye.

Lelaki berduit

Amran berumur 24 tahun.Ada pendidikan formal sehingga tingkatan lima sebelum menceburi dunia pekerjaan dalam bidang perhotelan.Kerjaya Amran di hotel tersebut cuma sebagai bellboy dengan gaji yang sangat rendah.

Kelebihan Amran terletak kepada kejujuran.Paras rupanya kurang menarik namun ada manisnya.Takkan la imejnya seratus peratus jelek.Tak baik menjelekkan orang kerana dia dilahirkan kurang kacak bukan atas kehendaknya.

Selain menjadi seorang yang jujur,Amran mempunyai hati yang bersih.Ramai juga teman sekerjanya yang suka kepadanya kerana akhlak terpuji.Sungguhpun pekerjaan sebagai bellboy, bergaji rendah tetapi pemberian duit berupa tip dari pelanggan hotel selalunya lebih besar dari gaji.Siapa yang pernah kerja hotel tau la konsep ini,

Amran bijak.Amran bukan pemboros.Amran hanya membeli barang ikut keperluan dan bukan kemahuan.Duit yang diperolehi dari gajinya setiap bulan separuh disimpan dan sebahagian lagi untuk keperluan sendiri.Duit tips yang selalunya diperolehi dari pelanggan yang baik hati,biasanya Amran letak dalam satu akaun khas iaitu caruman takaful.

Kini Amran sudah lima tahun bekerja di hotel tersebut.Gajinya  sudah lumayan kerana Amran telah dinaikkan pangkat untuk mengetuai pasukan House keeping di hotel tersebut.Tabiatnya masih sama iaitu menyimpan sebahagian dari pendapatannya.

Amran juga mencari pendapatan tambahan dengan menjadi webmaster untuk syarikat ecommerce SiteGiant

Sitegiant E-commerce

Perolehan pendapatan dari Sitegiant sangat konsisten dari bulan ke bulan.Wang ini Amran tak kacau.Amran labur dalam takaful supaya Amran dapat manfaat tiga serangkai iaitu dapat perlindungan,simpanan dan pelaburan.Biasa orang kenal tiga serangkai adalah penyakit darah timggi, kencimg manis dan buah pinggang.Minta dijauhkan.

Tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang bujang iaitu menamatkan zaman bujang.Amran bertemu jodoh dengan gadis yang sopan santun,cantik,beragama dan berakhlak mulia.Amran tidak mengambil masa yang lama mendapatkan jodoh dan majlis resepsi mereka agak sederhana.

Amran tidak mahu membazir duit begitu sahaja.Amran berfikir daripada menghabis duit begitu banyak,alangkah bagusnya duit tersebut digunakan untuk membayar pendahuluan pembelian rumah.

Begitulah kisan Amran yang berduit walaupun mukanya tidak seberapa.Awek pun suka kerana akhlaknya  yang mulia dan dompetnya sentiasa tebal.

Amran hidup bahagia.Duitnya sentiasa cukup kerana aliran tunai yang tinggi.Amran tidak berhutang seperti kebanyakan rakan sebaya yang lain.Kereta Axia yang murah sahaja mencukupi untuknya.

Cerita Amran berakhir di sini.

Lelaki kacak

Gambar hiasan semata-mata

Yusuf seorang graduan yang sudah dua tahun habis pengajian di universiti tempatan.Orangnya memang bergaya,kacak dan susuk tubuh yang ideal bagi seorang lelaki.

Sikap Yusuf memang cerewet.Dia tidak mahu bekerja kalau bukan dalam pejabat.Tawaran kerjanya selalu ada.Cuma tawaran kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci tandas.Yusuf tak mohon pekerjaan tersebut tetapi aweknya selalu mendesak supaya dia bekerja apa sahaja janji halal.

Ada awek tetapi tak ada duit.Biasa la kalau lelaki kacak tak susah dapat awek.Mereka yang kejar kita dan kita cuma tunggu atau lari.Kalau awek cantik buat apa mau lari.Betul tak ?

Hubungan Yusuf dan aweknya memang tak kekal lama.Mana taknya asyik awek sahaja keluar belanja dan sediakan duit.Tak best juga begitu.Nasib baik Yusuf bukan sugar mummy.Yusuf masih ada harga diri walaupun tidak berduit.

Masa terus berlalu.Yusuf tetap seperti dulu.Emak bapak masih menyaranya sehingga sekarang.Memang kasihan juga dengan Yusuf.Muka kacak tetapi dompet kosong.

Yusuf stress juga dengan keadaannya.Sehingga suatu hari, sambil duduk Yusuf termenung.Lama juga dia duduk termenung.Oleh sebab terlalu lama dia sendiri tak tahu berapa lama dia duduk termenung.

Yusuf betul betul bermuhasabah diri.Yusuf nak berubah,Yusuf dah tak bangga sangat dengan muka yang kacak.Dia cuma mahu duit banyak dan tidak menyusahkan oran lain.Yusuf mula belajar ilmu bisnes online.Dia bertekad untuk menjadi online seller dengan membina website di Sitegiant.

Ceritanya ditamatkan di sini.

Penutup.

Dua cerita yang berbeza.Amran yang berduit dan Yusuf yang kacak.Jika diberi pilihan sudah tentu orang akan memilih Amran kerana sudah ada duit walaupun rupa lebih kurang.

Saya juga yakin akan ada orang yang memilih Yusuf biarpun pada cerita tersebut Yusuf difokuskan lelaki kacak yang tak berrduit.

Pembaca yang yakin dengan Yusuf bahawa kesudahannya dia akan berjaya.Mereka memilih Yusuf biarpun pada masa tersebut dia tidak berduit.Yusuf tetap  ada potensi untuk mendapat duit yang banyak kerana dia sudah berubah dan mengubah cara berfikir.

Saya amat percaya kepada potensi diri.Soal duit boleh dicari.Soal paras rupa adalah anugerah Allah SWT kepada seseorang.Ada sesuatu yang boleh kita ubah iaitu pemikiran dan tabiat.Rupa fizikal tak boleh ubah kecuali ditambah dengan gaya dan penampilan.

Pemikiran yang positif akan memacu sesorang untuk bekerja keras dalam mencari duit.Tiada istilah letih.Tiada istilah jemu dan tiada istilah berputus asa dalam mengorak langkah membukti kejayaan kepada diri sendiri dan keluarga.

Sekarang pembaca nak pilih yang mana satu.Lelaki berduit atau lelaki kacak atau kedua-duanya.Terserah.

Terima kasih  daun keladi.Lain kali kita bacalah lagi,

10 thoughts on “Yang mana lebih baik, lelaki kacak atau lelaki berduit ?”

  1. Jujurnya saya sukakan husband awalnya sebab paras rupa dia mengingatkan saya pada Zamani Slam. Lepas tu nampak keikhlasan hatinya. Duit cukup makan saja, tapi saya nampak dia berusaha. Kalau tanya saya, saya memang akan pilih option yang ke-3, lelaki rajin berusaha. Hehe

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: