Ketika mencari siaran radio dalam kereta, saya secara tidak sengnaja terjumpa Kupikupi FM Sarawak pada frekuensi 92.5 Mhz.
Dengan tagline Sama Dirik Pok! memang ngam dan cun.
Sama Dirik Pok! bermaksud sesama kita atau semangat kebersamaan jika diterjemah dalam kontek bahasa rasmi.
Panggilan pok pula sama seperti bro atau sis.
Kalau tidak silap la sebab saya buat tafsiran tanpa buat rujukan kamus hehehe
Untuk pengetahuan semua, Kupikupi FM Sarawak telah dilancar pada 10 Jun 2023 di iCOM Square Kuching.
Setakat coretan ini ditulis, stesen radio tersebut mempunyai 6 orang penyampai yang terdiri daripada anak muda yang berbilang bangsa.
Ada tiga penyampai wanita dan tiga lagi penyampai lelaki.
Penyampai Kupikupi FM Sarawak
Waktu siaran bermula daripada jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari Isnin hingga Jumaat
Jika dulu saya mendengar CAT FM kini beralih selera pula ke Kupikupi FM.
Stesen radio yang baharu berusia sebulan ini memang sesuai didengari rakyat tempatan.
Dialek digunakan campuran bahasa tempatan harian dan bukan bahasa formal.
Inilah trend pendengar sekarang iaitu suka kepada perkara yang dekat dengan mereka.
Lagu-lagu yang dimainkan banyak kepada lagu hit tempatan pelbagai genre dan bahasa.
Pendek kata memang menghiburkan para pendengar walaupun baharu pertama kali terjumpa siaran radio ini.
Sebenarnya Kupikupi FM bukan jenama yang terlalu baharu.
Kupikupi FM bermula di Sabah pada tahun 2015 lagi.
Station ini telah menjadi ‘heart and soul’ atau jantung hati komuniti masyarakat di sana.
Kupikupi FM Sabah boleh didengari di saluran 96.3 Mhz dengan tagline Kita Kita Juga Baini!
Alhamdulillah saya juga ada kesempatan mendengar siaran radio ini laman web ini.
Jujurnya, memang layan juga walaupun mereka bertutur loghat Sabah.
Kesimpulan
Dengan kewujudan Kupikupi FM Sarawak menjadikan industri penyiaran radio bertambah meriah dan menarik.
Tambahan pula siaran radio mendapat permintaan yang evergreen dari pengguna dalam talian dan ketika memandu kereta.
Mendengar radio lebih praktikal sambil melakukan pekerjaan lain berbanding menonton televisyen.
Jadi tidak hairan radio tetap ada peminat dan pendengar tersendiri.
Tambahan pula para penyampai radio boleh membuat siaran langsung di media sosial untuk merapatkan jurang dengan pendengar secara tidak langsung.
Semoga usaha mereka dalam industri penyiaran ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua pihak.
Bagus juga radio dengan dialek yang ada di Sarawak.
sejujurnya memang bagus tapi macam ada limitasi la juga
ternyata logat seperti itu, dari daerah sana ya bang?. tadi saya dengerin sebentar. sempet dimainin juga td lagu dr atmosfera. dan saya kaget, Krn saya justru lebih paham yg mereka omongin 😄. logat nya ga jauh beda Ama Indonesia juga .
dulu pas saya msh di Penang, saya butuh waktu lama utk terbiasa Ama logat di sana. pas dengerin radio nya, biasa Red FM, setelah Bbrp bulan saya JD terbiasa dan paham.
tapi yg kupikupi ini beda memang 😄👍
fanny_dcatqueen recently posted…WISATA KELUARGA KE CURUG PUTRI CARITA, ANYER
setiap daerah memang berbeza loghatnya…itu terpulang kepada penuturnya.
Bagi para pendengar ..mereka perlu belajar untuk memahaminya
Itu baru sikit Fanny ada banyak lagi dialeknya
Dolok selalu layan CATS fm waktu turun kerja masa diam di Bintulu. Pagi2 terhibur dengar Kak Lehot mengerepak hehe.
kinek CAT FM semakin top …lagu-lagu yang hit dan menghiburkan.
kmk main selang seli juak siaran radio Kupuikupi FM …ikut maa cun
penyiar radio sempat booming bbrp thn yang lalu, lalu perlahan orang mulai mendengarkan musik dan podcast di media online kyk yutub dll, kini mendengarkan radio/penyiar membawakan acara yg membahas hal menarik dan lagu”yg enak membuat kangen kembali masa”dulu hehee
Kalau difikirkan secara logik…zaman radio seperti mahu pupus kerana pelbagai bnetuk hiburan lain.
rupanya tidak kerana manusia masih suka mendengar orang berceloteh sambil menyiarkan lagu
Semoga penyiaran mereka maju jaya
Harapan saya juga begitu…paling tidak boleh menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan
saya dgr radio bila driving shj…bagus ada channel tempatan, kalau saya dgr mungkin tak faham…
Sebab itulah siaran radio masih relevan sehinga ke hari ini..orang mahu dengar ketika memandu.
Sama juga dengan saya…kalau dengar radio bahasa orang Pantai Timur memang sukar juga nak faham
kupi ni kopi lah kan..boleh menyegarkan minda dan mata kalau begitu hehe
Makanium recently posted…Sarapan Pagi Di Nasi Dagang Atas Tol Cawangan Losong Padang Hiliran Kuala Terengganu
hahaha..kupi ini hanya untuk menyegerakan telinga sahaja..tapi layan juga sambil minum kopi
ooo ptut laa macam familir. sbnr nya dah mula kat sabah dulu..
Kupi-kupi itu sendiri berasal dari dialek Sabah..
boleh layan kalau berkesempatan
baruk tauk kmk chanel tok koh… klak cuba carik… lan perey ada juak duhal jd dj
Aok Lan perey dah jadi deejay kinek