Perodua telah melancarkan kereta baru murah di Malaysia pada 15 Jun 2023. Berita ini cukup mengembirakan golongan marhaen yang berada di kategori M40 dan B40.
Axia E manual dengan harga tanpa insuran RM22,000 seunit di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Harga ini amat berbaloi dan berpatutan dalam zaman kos hidup yang tinggi sekarang ini.
Kereta baru murah di Malaysia ini amat sesuai untuk dimiliki oleh mereka baru pertama kali membeli kereta.
Boleh juga dijadikan kereta kedua dan ketiga kepada mereka yang mampu dan berpendapatan lumayan.
Mereka mungkin golongan yang baharu mendirikan rumah tangga dengan kehadiran dua orang anak.
Mungkin juga kepada golongan muda yang baharu sahaja mendapatkan pekerjaan selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.
Pendek kata, Axia E manual sesuai dijadikan kereta harga murah yang paling wajar dimiliki sesiapa sahaja.
Ya, harga mampu milik atau harga rahmah ataupun harga bajet.
Kereta merupakan keperluan dan pilihan untuk kemudahan bergerak dari point A ke point B.
Kos memiliki kereta bukan pada ansuran bulanan sahaja.
Ia termasuk kepada kos penyelenggaraan, kos minyak dan kos cukai jalan serta takaful motor.
Biarpun ansuran bulanan kereta baru murah di Malaysia dalam lingkungan RM300, tetapi ada kos tambahan yang perlu ditampung secara mingguan atau tahunan.
Seyogia belum membeli kereta secara pinjaman, fikir masak dan fikir panjang dalam pelbagai aspek.
Kereta baru murah di Malaysia
Pertama, kemampuan membayar balik pinjaman dalam masa 9 tahun.
Kedua, kemampuan membayar kos minyak secara mingguan.
Ketiga, kemampuan membayar servis penyenggaraan secara berkala.
Kos tersebut tersebut pasti melibatkan aliran tunai dalam tangan dan perlu signifikan dengan Formula Bajet 30:20:10
Sungguhpun demikian, memiliki kereta boleh jadi kemudahan untuk menjana pendapatan sampingan.
Kereta Axia E manual misalnya dijadikan kenderaan e-hailing.
Boleh juga sebagai kereta sewa bajet untuk tambahan pendapatan.
Paling tidak kereta baru murah di Malaysia ini sebagai alternatif kepada kereta lama yang berisiko untuk rosak di tengah jalan.
Jika begitu alasannya, rebut sahaja peluang memiliki kereta baru yang semurah RM22,000 ini segera.
Walaupun Axia E transmisi manual ini didatangkan pakej asas sahaja, setidak-tidak ada kereta berbanding tiada kenderaan langsung.
Axia E manual ini mempunyai tiga pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey.
Kapasiti enjin pula dengan dikuasakan dengan 1.0L 3-Silinder.
Selain itu ada dua spesifikasi keselamatan paling asas iaitu airbag di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.
Sungguhpun berharga RM22,000 seunit (tanpa insuran) kereta ini mempunyai aircond, power steering dan power window.
Tayar pula menggunakan rim kompang yang minimalis.
Buat apa rim sport kalau sekadar nak gaya dan penampilan kereta semata-mata.
Akhir sekali, kekurangan pada kereta baru murah di Malaysia tentulah tiada radio, remote key alarm, sistem ABS, ADAS dan tempat duduk kulit yang ala-ala sport car.
Kekurangan tersebut bukan keutamaan dan keperluan kepada golongan marhaen.
Paling penting kereta yang berkualiti, mampu milik dan selesa untuk dipandu dalam keadaan panas, hujan dan selamat kepada penumpang cilik atau isteri cantik yang sarat mengandung.
Maka gunalah ayat power yang terakhir tersebut sebagai alasan segera ke pusat pameran Perodua untuk menempah Axia E manual hari ini juga.
mungkin pas buat pasangan muda ,sudah punya hunian…,tinggal cari kendaraan,tapi balik lagi harus di pikir matang” dengan pengeluaran, bensin…perawatan …angsuran…kalau sudah merasa cukup dan cocok .bisa donk punya kendaraan impian
ya betul…perlu fikir sebaiknya sebelum membeli dengan cara berhutang…jika ia satu keperluan maka wajar untuk mendapatnya sebagai satu kemudahan dalam mobiliti
murah dan juga selesa..yang tak ada radio tu boleh beli kemudian.
Zaki recently posted…SISU 2023 FULL MOVIE
yalah kan…radio boleh ganti kemudian…slow-slow dan layan dulu perkara basic
Lebih kurang sama harga dengan kereta Kancil satu masa dulu. Ingat lagi kereta Kancil (manual) kereta pertama kami, harganya dalam RM24k tapi ada aircond, radio, remote key alarm dan power window. Walaupun kereta murah dan comel, tapi selesa dibawa bersiar-siar dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.
Kereta kancil itu mahal RM2 ribu berbanding Axia E manual ini…namun kereta ini rupa lebih cantik berbanding kancil dengan enjin 660cc
Cuma mungkin ada tidak pandai guna manual. Tidak tahu sekarang ujian memandu guna kereta manual atau automatik.
rata-rata tidak pandai bawa manual sebab leceh sikit tukar gear
Pada yang memerlukan kereta walau pendapatan rendah, ini mungkin solusi.
yalah kan…satu kemudahan kepada pihak yang berpendapatan rendah
Menarik jugak kereta Perodua model ni.. Harga memang murah.. Kekurangan pada kereta tu rasanya takda isu sangat. Kena la dengan harga dia. Ada duit lebih boleh ubahsuai, tambah je apa yang kurang tu..
Khairul Anam recently posted…Beli Kad Enhanced Touch n Go NFC, Hanya RM10
memang mnearik…guna sahaja pada perkara asas.
lagipun boleh beli tunai jika kepada mereka yang ada simpan duit yang banyak
saya langsung hitung dalam RP . ternyata hanya Rp70juta-an. murah sih untuk mobil lokal 👍👍. dan kalau hanya untuk mobilitas biasa, dah patut lah pakai mobil ini saja. yang penting perawatannya jangan lupa, jadi mesin mobil tetap awet.
tapi setuju bang, tetap harus diingat kebutuhan pribadi, dan kalau angsuran jangan sampai kesulitan bayar bulanannya
Baru RP70juta ya…boleh untuk dibeli oleh golongan marhaen.
perlu bajet betul-betul supaya tidak terbeban aliran tunai
murah tu…tapi ramai yg kurang expert bawa kereta manual…
betul tu…auto tu lebih mudah tetapi lebih mahal sikit
Wah…sepertinya Mas bakal beli mobil baru nih…
Mobilnya kecil juga. Lincah dibawa tapi lebih cocok untuk keluarga kecil saja ya Mas. Okelah, sebanding dengan harganya.
Salam,
ps. Rupanya di Malaysia menyebutnya sebagai “kereta”, kalau disini disebut sebagai “mobil”.
ya…kereta ini kecil dan murah.
memang ada beza.
mobil di Indonesia dan kereta di Malaysia