Ada apa dengan kereta Axia?

Pada mulanya saya kurang minat kereta Axia. Namun setelah zaman kereta Kancil dan kereta Viva sudah berakhir, maka minat beralih kepada kereta Axia.

Sejarah kereta Axia bermula pada 2014. Kereta ini dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2014 di KLCC oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.

Kereta ini dibangunkan melalui model Daihatsu Ayla namun diberi sentuhan tempatan.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM24,900 sehingga RM44,900.

Selepas dilancarkan, Axia terus menguasai pasaran kereta mampu milik di Malaysia.

Kereta Kancil dan Viva semakin kurang dilihat di jalan raya.

Pada 14 Februari 2023, kereta Axia serba baharu dilancarkan dengan mengunakan platform DNGA.

kereta Axia

Oleh kerana saya kurang rajin menulis, terus saya tanya robot di ChatGPT. Ia memberi jawapan seperti di bawah :

Axia 2023 adalah model terbaru daripada kereta hatchback yang dihasilkan oleh pengeluar kenderaan Malaysia, Perodua.

Kereta ini mempunyai enjin 1.0 liter 3-silinder dengan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik 4-kelajuan. Axia 2023 mempunyai penggunaan bahan api yang cekap, dengan purata penggunaan bahan api sekitar 22 km/liter.

Ciri-ciri yang dimiliki Axia 2023 antara lain dilengkapi dengan sistem brek ABS, pemacu roda hadapan, tempat duduk yang selesa, penyaman udara, lampu LED hadapan dan belakang, serta sistem audio dengan hubungan Bluetooth.

Selain itu, Axia 2023 juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti airbag pemandu dan penumpang hadapan serta sistem Isofix untuk penempatan kerusi bayi.

Secara keseluruhan, Axia 2023 adalah kereta yang sesuai untuk kegunaan harian dan sesuai untuk keluarga kecil.

Walaupun mempunyai harga yang berpatutan, kereta ini mempunyai ciri yang cukup lengkap dan cekap dalam penggunaan bahan api. Namun, pastikan untuk melakukan penyelidikan lanjut dan membuat ujian pemanduan sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh robot ChatGPT…tidak begitu tepat namun masih boleh diterima.

Saya sambung penulisan saya pula…

Reka bentuk , fungsi dan teknologi sudah diperbaharui.

Malah lebih gempak dengan peningkatan harga menjadi RM38,600 untuk model paling asas dengan versi automatik.

Apa pendapat kalian dengan model Axia 2023 ini yang menawarkan harga bukan kereta marhaen lagi seperti sebelum ini ?

Kereta Axia

Artikel berkaitan

16 thoughts on “Ada apa dengan kereta Axia?

  1. sy tgk dari jauh je aritu kat PSP. kalau kenal sesapa kat situ bleh minta test drive seround dua😂

      1. oo ye ke? nnt bln dpn sy dtg PSP utk servis sy try tanya. mana tau ada rezeki kan? sbb sblm ni dgr yg dpt test drive cuma yg betul2 nak beli je

  2. Menarik, cuma concern jugak kalau Axia kereta yang paling affordable dah naik harga, apa lagi pilihan yang ada utk golongan berpendapatan rendah?

  3. waah model baru lagi Yaa 👍. dulu sat masih di Penang 2002-2006, yg saya tahu cuma kancil, Proton , itu aja 😄. Viva saya tak pernah nampak, atau mungkin tak sadar brandnya 😅.

    makin banyak pilihan mobil buatan anak bangsa di Malaysia 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge