4 tip memuliakan Ramadan al- Mubarak

Ketika hendak menunaikan solat Jumaat semalam, saya berkesempatan untuk mendengar tazkirah ringkas.

Tazkirah disampaikan 30 minit sebelum masuk waktu solat Jumaat.

Beliau berkongsi empat tip untuk memuliakan Ramadan al Mubarak.

Antara tip yang dikongsi seperti berikut:

1.Perbanyakkan niat

Dalam Islam, amal kita dikira berdasarkan niat.

Sementara masih ada kesempatan dalam Ramadan ini, kita diseru dan disaran untuk memperbanyakkan niat berbuat kebaikan.

Manalah tahu dalam banyak niat kita diberi peluang untuk melaksanakan niat tersebut.

Kalau orang putih kata, wish jer hehehe

2.Perbanyakkan istighfar

Kita memang tidak akan terlepas dari berbuat dosa, maka dalam bulan Ramadan al-Mubarak kita kita perbanyakkan istighfar setiap hari.

WAJIB BACA :   70 dosa-dosa besar ( bahagian 2)

Bak kata mem saya (orang rumah), badan saya didakwa selalu panas sebab banyak dosa.

Saya akui kerana mana mungkin kita maksum daripada sebarang dosa.

Dah tahu banyak dosa maka perbanyakkan istighfar. kan…

Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan yang kita lakukan.

Malah tiada jaminan untuk kita sempat berjumpa Ramadan al-Mubarak untuk tahun yang akan datang.

Jadi kesempatan yang ada, kita pulun istighfar sebanyak yang boleh.

3.Cari circle suka ibadah

Rasanya ia tidak sukar terutama kepada mereka yang ramai kenalan dan kawan.

Cuma dalam Ramadan al-Mubarak ini kita pilih kawan-kawan yang boleh membawa kita ke syurga bersama-masa.

Kawan-kawan yang rajin ke masjid, baca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Habib Umar Hafiz hadir di Sarawak

4.Pergunakan gajet untuk dakwah

Gajet sudah seperti isi dengan kuku buat masyarakat kini.

Bahkan ada yang membuat tamsilan seperti pisau.

Jika digunakan cara dakwah tentu beroleh kebaikan.

Sebaliknya jika digunakan untuk keyboard warrior bagi tujuan pencetus masalah bersedia sahaja ke penjara.

Tidak cukup dengan tip tersebut kita tambah lagi dua perkara yang boleh mendatangkan reda Allah dan dua perkara lagi yang amat diperlukan orang yang beriman.

Ilmu tersebut saya perolehi ketika menghadiri satu kuliah Subuh yang berbicara tentang kesyukuran.

Wajar untuk kita sentiasa menyebut rasa syukur yakni Alhamdulillah setiap hari.

Bukan sekadar menyebut tapi merasai nikmat syukur dalam hati sebelum diterjemahkan kepada tindakan atau perbuatan.

WAJIB BACA :   Percayalah buat baik dibalas baik...tak percaya buat sahaja

Kita tinggalkan dulu bab syukur.

Saya nak kongsikan secara ringkas pula perkara yang saya sebut awal tadi.

Dua perkara untuk dapat reda Allah

1.Ucapan tahlil
2.Ucapan Istighfar

Dua perkara yang amat kita perlukan

1.Doa masuk syurga
2.Doa dijauhkan neraka

Kesimpulan

Ramadan al-Mubarak seperti tetamu.

Apabila sudah datang, kita layan sebaik mungkin tanda kita meraihnya.

Setelah cukup tempoh tertentu, tetamu akan pergi dan meninggal kita dengan kenangan terindah.

Itu saja pada kali ini dan selamat beribadah dalam bulan mulia lagi berkat Ramadan al-Mubarak.

Comments 38

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge