Kehadiran Habib Umar Hafiz ke Bumi Sarawak mendapat sambutan luarbiasa. Penduduk di Kuching khasnya yang sempat ke Masjid Darul Hana pada 1 Oktober 2019 dan Masjid At Takwa pada 2 Oktober 2019 cukup bertuah.
Alhamdulillah, saya bersyukur dipilih Allah untuk hadir majlis ilmu tersebut.
Dapatlah saya melihat dengan mata kasar sosok tubuh insan menjadi menjadi ulama besar dari Yaman ini.
Sayangnya hajat tidak kesampaian untuk mencium tangan beliau.
Diakui sukar untuk berada pada kedudukan yang dekat kerana dikerumuni oleh ratusan orang dan dikawal oleh puluhan pemuda yang gagah.
Untuk pengetahuan semua, Habib Umar Hafiz ini punyai pertalian nasab dengan Nabi Muhammad saw. Boleh rujuk di sini.
Dalam majlis ilmu yang saya hadiri ini saya perhatikan rata-rata yang datang mempunyai raut wajah yang soleh, kaki masjid dan perwatakan orang beragama.
Habib Umar Hafiz
Tidak kira kanak-kanak, mereka siap berserban atau golongan dewasa yang berjubah memberi gambaran bahawa kami seperti berada di taman syurga.
Golongan wanita dan awek-awek cun susah dikenal pasti kerana kebanyakkan mereka berpurdah.
Lagipun saya lebih mengawal pandangan mata apabila berada di rumah Alllah.
Saya doakan pembaca agar diberi kesempatan masa untuk pergi ke majlis zikir atau majlis ilmu seumpama ini.
Moga-moga dengan demikian segala doa kita terangkat dengan cepat dan segala dosa-dosa terhapus dengan sebaik mungkin kesan keberkatan majlis tersebut.
Hadami hadis ini.
Rasulullah bersabda: “Tidaklah duduk suatu kaum, kemudian mereka berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”(HR. ath-Thabrani; disahihkan Al-Albany dalam Shahiihul Jami’)
Bila diri semakin kurang dosa maka rezeki akan mudah datang dan mencurah-curah.
Malah hajat kita untuk menjadi orang kaya raya di dunia dan di akhirat Allah makhbul dengan segera.
Alangkah bagusnya menegak syiar Islam dengan cara kekayaan, akhlak mulia dan ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang.
Ringkas cerita.
Saya kongsikan dua link dari Youtube untuk anda menonton sendiri ilmu yang disampaikan Habib Umar Hafiz ketika berada Sarawak.
- Kemas kini 26/5/23
alhamdulillah satu peluang dapat bertemu beliau sendiri
RAIHANAH AHMAD recently posted…Jana RM2000 Dengan Bisnes Shaklee
peluang yang sukar untuk dilepaskan..
sejuk je rasanya bila berada disamping mereka. auranya lain kan
kan…
sebab dalam suasana yang aman dan tenteram
Alhamdulillah. Semoga Zumal juga berkesempatan menghadiri majlis ilmu seumpamanya
aamiin…
semoga Allah merahmati bro Zumal dan sekeluarga
Untung dapat tgk Habib Umar depan2… selalu dapat tgk dkt tv je… lebih beruntung dapat belajar direct terus dgn Habib Umar..
Simpanan Pendidikan Takaful recently posted…Takaful Keluarga Terbaik Pulau Pinang
boleh pergi Yaman untuk belajar direct tuan..
alhamdulillah…syukur…rakyat Sarawak kini semakin terbuka untuk menerima ilmu agama dari negara luar…
alhamdulillah..
selagi tidak memnbawa isu sensitif maka selagi itu dibenarkan