Tiga dimensi kehidupan

Topik dimensi kehidupan ini berat.Namun saya usahakan jadi ringan dan santai.Saya faham bukan semua suka membaca topik yang serius.Saya pun begitu juga.Jadi saya letakkan diri pada tempat pembaca.

Sudah beberapa kali saya membaca buku bestseller.Kebanyakkan mereka menulis buku seperti novel.Ada penceritaan atau penulis seolah-olah bercerita kepada pembaca.

Mesej disampai sangat serius.Penyampaian ringkas dan bersahaja.

Berbalik kepada tajuk.

Dimensi kehidupan

Saya mentakrifkan sebagai keadaan masa.Ada masa lalu,masa sekarang dan masa yang akan datang.

Semua kita pasti melalui dimensi kehidupan ini.Kita pernah melalui zaman kanak-kanak, zaman orang dewasa dan zaman warga tua.

WAJIB BACA :   Indahnya Hidup Berkeluarga

Apa kepentingan dimensi kehidupan kepada kita semua ?

Izinkan saya untuk teruskan lagi.

Hidup adalah kitaran masa yang tidak pernah berhenti.

Berjalan dan terus berjalan.Masa yang berlalu tidak berganti lagi.Masa pergi akan jadi kenangan.

Masa yang ada sekarang akan berlalu sebentar lagi dan masa yang akan datang akan ditemui tidak lama lagi.

Baiklah.Saya ringkas begini.

Masa lalu

Realitinya sudah tiada lagi.Namun kesannya pada minda atau memori ataupun fikiran masih ada.Baik pada emosi, fizikal dan sebagainya.Jika kesan negatif akan ‘drag’ kehidupan ini menjadi lebih teruk, buruk dan sengsara pada masa kini.

Penyelesaiannya.Cuba lupa dan tinggalkan masa lepas tersebut.

Masa sekarang

Masa ini.Masa anda membaca artikel ini.Masa ini kita boleh kawal emosi dan fikiran sama ada hendak gembira ata sebaliknya.

WAJIB BACA :   Petua Mudah Untuk Bangun Pagi Dan Mitos Untuk Ramai Orang

Ingat.Minda manusia mengeluarkan signal komunikasi kepada badan dan keadaan sekeliling sebanyak 60 ribu kali sehari.

Kawal fikiran untuk sentiasa positif.Jaga emosi untuk sentiasa tenang.Diri sendiri sahaja yang dapat kawal fikiran dan emosi.

Banyak cara untuk kawal fikiran dan emosi untuk sentiasa positif.Cara yang mudah bersangka baik, berzikir dan sentiasa dilingkungi orang-orang yang positif.

Kejayaan mengawalkan keadaan masa kini akan menentukan masa akan datang.

Masa akan datang

Secara lumrahnya tidak tahu sama ada kita masih hidup atau mati esok hari.Namun jangan pula terlalu pesimis sehingga tidak mahu merancang apa-apa aktiviti untuk masa yang akan datang.

Cara yang paling ideal merancang dengan meletakkan pada keizinan Allah.

WAJIB BACA :   Kesiannya....Hajat Tak Kesampaian Menonton Dilwale

Gunakan “In shaa Allah”

Keadaan masa depan hanya Allah SWT yang tahu.Kita Cuma perlu bertenang dan bersangka yang baik-baik sahaja.

Mudah-mudahan yang baik-baik sahaja yang datang.

Penutup

Topik tiga dimensi kehidupan in saya kupas hanya pada mukadimah sahaja.

Minda saya kata “ cukuplah dulu buat permulaan”

Terlebih kata nanti sukar pulak nak dihadam atau saya yang sukar untuk menghuraikan kata-kata dengan penulisan ini,

Semoga bermanfaat.

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge