Ramai sedia maklum sedekah waktu subuh mempunyai kebaikan luarbiasa dan kesan ajaib dalam kehidupan ini.Kebaikan pasti mengembirakan.
Kesan akan dirasai dalam masa terdekat atau jangka panjang.Semuanya dalam pengetahuan Allah.
Dalam artikel ini saya berkongsi cerita tentang bersedekah waktu pagi.Secara mudahnya sedekah subuh.
Kita hadami maksud hadis sahih ini.
Abu Hurairah r.a. menyebut bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” – Sahih Bukhari dan Muslim.
Sedekah waktu subuh
Saya malu juga nak ceritakan pengalaman bersedekah waktu subuh ini.Namun dengan niat untuk inspirasi dan tauladan yang positif, saya rendahkan hati untuk hebahkan juga.
Saya mula bersedekah Subuh dari dulu lagi.Nilai yang masukkan dalam tabung masjid tidaklah banyak.
Ketika belum berduit saya selalu masukkan syiling sahaja.Kadang-kadang ditengah keheningan subuh, bunyi gemercing duit syiling yang masuk ke dalam tabung masjid begitu syahdu sekali.Maksudnya saya malu dengan diri sendiri kerana hanya mampu bersedekah duit syiling.
Alhamdulillah saya lakukan secara konsisten dan kini syiling sudah bertukar wang kertas pula.Mudah-mudahan pada masa akan datang masa saya masukkan cek pula dalam tabung masjid.
Ini kesan sedekah buat saya.
Alhamdulillah saya perolehi hati yang tenang dan lapang.Malah sudah menjadi tabiat untuk terus bersedekah.Bukan setakat waktu subuh malah waktu biasa juga saya berbuat demikian.
Kaedah bersedekah waktu subuh yang betul ialah memasukkan duit sedekah ke dalam tabung selepas masuk waktu.Jika di masjid sebaik sahaja habis azan berkumandang.Kaedah ini khas golongan kaki masjid yang mampu berjemaah.
Golongan wanita pula boleh sediakan tabung khas untuk bersedekah.Masukkan duit ke dalam tabung sebelum menunaikan solat Subuh.Latih diri untuk melakukan setiap hari,Kumpul selama seminggu atau sebulan.Duit tersebut kemudiannya boleh diserahkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan.
Rumusnya mudah.Simpan untuk sedekah.Cukup masa maka serahkan untuk disedekah.Itu sahaja.
Jika belum mampu bersedekah duit cuba bersedekah senyuman kepada insan-insan di sekeliling kita.
Selamat mencuba dan beramal.
Jom share untuk manfaat bersama.Jika rasa belum yakin amalan sedekah ini jom layan Youtube ini pulak.
https://www.youtube.com/watch?v=8J0yWW9T4yI
haa saya ada amalkan ni. alhamdulillah
RAIHANAH AHMAD recently posted…Jom Detox Jutawan Bantu Adapt Gaya Hidup Sihat
alhamdulilah..
itu yang terbaik.
semoga istigamah hingga ke hujung nyawa
😊 nah seulas senyuman untuk tuan dan pembaca blog ni
sunah sakura recently posted…Kenapa Tak Boleh Cakap ‘Gemuk’ Pada Orang Lain?
ya…boleh sangat tu.
terima kasih hahaha
MasyaAllah…semoga diluaskan rezeki, diberikan kesihatan yg baik…
aamiin..
semoga kita semua kita istiqamah untuk melakukannya
Pernah juga beberapa kali pergi berjemaah Subuh, Zumal memang kalau pergi masjid dan surau akan sedekah kalau ada duitnya masa tu.
alhamdulillah…
moga Bro Zumal dilimpahari rezeki yang luas dan deras
betul tuan… byk manfaat yang kita boleh dapat dengan bersedekah… yang ajaibnya.. rezeki kita tak berkurang sedikitpun walaupun byk kita bersedekah..
orang putih kata
” the more you give the more you get