Alhamdulillah anak bongsu secara rasmi sudah berada di sekolah berasrama penuh, SainsKu pada 18 Mac 2024.
Perjalanan ke sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tersebut banyak melalui pelbagai cabaran dan halangan.
Sebenarnya saya sudah berazam untuk menempatkan anak bongsu ke SBP sejak dia tahun empat lagi.
Ketika itu, pencapaian anak saya lemah dalam akademik dan kokurikulum.
Sehingga guru kelas mengadu ketika Program Permuafakatan menyatakan anak saya kurang menonjol dalam kelas.
Guru kelas beritahu anak saya belum menampilkan potensi diri.
Mulai saat itu saya mentarbiahkan anak untuk belajar sungguh-sungguh, fokus dalam kelas dan aktif aktiviti luar kelas.
Setiap hari saya meratib anak masuk SBP sebagai doa kepadanya.
Alhamdulillah ada perubahan positif dari hari ke hari.
Ketika dia masuk Tahun 5 dan 6, baharulah anak saya menunjukkan prestasi sebenar.
Selama dua tahun berturut-turut dia dinobat sebagai pelajar terbaik di sekolah.
Aktif kokurikulum sehingga nama selalu naik masa perhimpunan sekolah.
Memandangkan tiada UPSR untuk menilai prestasi murid maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengwujudkan ujian khas iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus.
Jika lulus bermakna layak untuk masuk ke SBP.
Selain cemerlang akademik dan aktif kokurikulum.
Alhamdulillah usaha dan dukungan kami sebagai ibu bapa berhasil (dengan izin Allah).
Anak diterima masuk SM Sains Kuching (SainsKu) walaupun tidak berjaya Kolej Sarawak dan Tunaz.
Cuma dia disenaraikan jadi calon simpanan di MRSM.
Perjalanan dia dalam alam persekolahan masih jauh.
Namun kesempatan belajar di sekolah yang mengutamakan suasana pembelajaran kondusif, sistematik, disiplin dan kecemerlangan akademik serta sahsiah merupakan rezeki yang besar buatnya.
Bak kata Pengetua semasa pendaftaran di Sainsku tempohari,
“Kami mahu pelajar jadi ABC, Anak Baik Cerdik’
Penumpuan bukan kepada kecemerlangan akademik semata-mata , tetapi jati diri dan insaniah tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Sesuatu kejayaan bukan dirangka sebulan dua tetapi dirancang bertahun-tahun sebelumnya.
In shaa Allah jika itu rezeki maka perkara yang sukar seperti mudah.
Percayalah.
Doakan anak saya Nur Qaleesya Fitri terus sukses dan berjaya dunia akhirat.
Aamiin.
Moga anaknya terus cemerlang. Tidak dinafikan berada ditempat yang kondusif memudahkan lagi pembelajaran. Tahniah, anak yang hebat mesti dari ibu bapa yang hebat juga.
alhamdulillah dan treima kasih atas doanya.
moga cerita begirni memberi motivasi juga kepada ibu bapa yang lain untuk memberi hala tuju anak-anak
Tanhniah anak!semoga dipermudahkan urusan sepanjang di asrama,diberi kesihatan yang baik..InsyaAllah berjaya dunia akhirat
aamiin dan terima kasih atas doanya..
moga doa yang baik-baik ini sama juga kepada merea yang berdoa juga
waahhhhh moga terus berjaya & jd kebanggaan ibu ayah
aamiin..
harapan moga begitulah hendaknya
insha Allah
Moga berjaya Nur Qaleesya di SainsKU. Moga dapat membanggakan kedua ibu bapamu…..
Aamiin dan terima kasih atas doanya
Moga terus sukses dan maju jaya mengejar cita-cita.
aamiin dan terima kasin ya
aamin2x…
semoga berjaya anakanda nya
aamiin dan terima kasih ya…
doa dalam bulan Ramadan tiada hijab
Alhamdulillah.. apa yang dicita-citakan oleh MrHanafi agar anak masuk asrama tercapai.
Tahniah anakanda Nur Qaleesya Fitri
Semoga cemerlang dunia dan akhirat.
ya…syukur alhamdulillah.
itu cita-cita ibu bapa
cita-cita anak juga harap tercapai juga
Tangan asik tunjuk ‘best’ je… alhamdulillah
hahahaa.
itu dah trade mark kami bila berposing
aaamiiin saya doakan anak Abang dilancarkan semua hal education dia sampai nanti bisa lulus. saya selalu percaya usaha keras tak akan mengkhianati hasil
Kan…orang berusaha boleh berjaya
bukan mudah tetapi perlu kerja keras bertali arus untuk mendepaninya
tahniah kepada anak perempuan Napi. Cabaran bersekolah di SBP skrg x sama dgn zaman sy menuntut di sana pd thn 80an dahulu. Semoga berjaya tamat pengajian dgn sukses ye!
abam kie recently posted…Avoid these first-date mistakes
terima kasih abam Kie
cabaran SBP sekarang lebih berbanfing SBP dulu kan…
aamiiin atas doanya..
Tahniah!
Semoga terus cemerlang 🤲
terima kasih..
mudahan semuanya cemerlang
jika ada kemauan pasti ada jalan, termasuk dukungan dan doa dari kedua orang tua,ananda berhasil dalam pendidikan dan mencapai pilihannya.
Betul tu
usaha tangga kejayaan
Alhamdulillah.
Semoga dapat sesuaikan diri di situ.
alhamdulilah..setakat ini macam sudah ok jer
seronok juga dia kata
tahniah Nur Qaleesya Fitri …selamat menyesuaikan diri di sekolah asrama…smoga trus berjaya dunia akhirat
teriam kasih atas doa dan ucapannya..
moga anak-anak kita semua sukses dalam hidup dunia dan akhirat
all the best utk si bongsu!
tahniah dan selamat menempuh liku2 hidup di sekolah menengah…
kepada ayah si bongsu… dah dah laa tu kesat air mata… hjg minggu nnt bleh ajak keluar outing hehehehe
hahaha….sejak bila saya kesan air mata…pandai-pandai anies
terima kasih Anies atas doa dan sokongan moral
Tahniah, selamat belajar kpd anak tuan….semoga cemerlang dunia akhirat…
terima kasih atas doa dan ucapan tahniah..
alhamdulillah
congrats!! semoga terus berjaya!! cantik betul anak mr hanafi. manis orangnyee.
alhmadulillah..terima kasih
moga kita semua sukses selalu
Alhamdulillah..perkembangan positif. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran. Tahniah dapat masuk SBP.
Azhafizah recently posted…Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan
terima kasih dan moga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua
Alhamdulillah, tahniah ya.. doakan anak ldy juga yer mr hanafi…
in shaa Allah aamiin.