Perjuangan melawan perasaan

Saya ada terdengar hadis yang menyatakan jihad yang paling besar bukan melawan musuh di medan peperangan tetapi melawan sifat mazmumah dalam diri sendiri iaitu perasaan marah.

Apabila disebut perasan bukan setakat perasaan marah tetapi perasaan malas, lesu dan lemah.

Sebab itu ramai yang berjaya dalam dunia asbab kejayaan menguasai perasaan sendiri. Ingat bukan orang lain, diri sendiri.

Baiklah, saya ceritakan perihal diri saya sendiri.

Saya akui sukar untuk bangun pagi sebelum Subuh dan susah pula untuk terlelap lagi seusai Subuh.

Ketika bangun sebelum Subuh itulah menjadi perjuangan paling besar buat saya dalam melawan perasaan dan hawa nafsu.

WAJIB BACA :   Belajar Dari Pakar Internet Untuk Buat Duit

Perasaan mahu terus terlena dan hawa nafsu untuk tidur terus. Lagi lama lagi bagus.

Saya bergelut melawan perasan dalam 10 minit hingga 15 minit setiap pagi.

Perasaan saya ketika itu bercampur baur. Ada seronok, marah, kecewa, sedih, takut dan geram.

Bagaimanapun saya amat bersyukur kerana berjaya melawan perasaan tersebut.

Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh menguasai perasaan pada saat dan waktu yang sangat gentir tersebut.

Saya berdialog dengan diri sendiri.

Jika saya turuti kehendak hati maka saya berdosa.

Dosa mungkin dalam kategori 70 dosa-dosa besar.

Naubillah min zalik.

Jika saya akur dengan kemahuan perasaan untuk terus tidur maka pekerjaan pada hari tersebut akan tertangguh, terbengkalai atau sewaktu dengannya.

WAJIB BACA :   Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah

Saya bisikkan dalam hati mahu berjaya, kaya dan bahagia.

Berjaya bangun pagi.

Kaya dengan pahala.

Bahagia dengan wanita

(sudah tentu wanita yang dimaksudkan adalah isteri)

Akhirnya dengan berbaki perasaan malas, sedih dan kecewa saya ambil keputusan untuk bangun juga pagi tersebut.

Sekali lagi saya rasa amat bersyukur saya berjaya melawan perasaan. Tidak keterlaluan itulah kejayaan pertama saya pada permulaan hari.

Anda semua bagaimana dan berharap anda mudah untuk bangun pagi kerana itulah saat yang Allah bagi peluang untuk melihat sang mentari untuk satu hari lagi.

Esok belum pasti walaupun ada yang berani kata esok masih ada.

Semuanya terserah pada takdir, Qada dan Qadar Allah SWT.

WAJIB BACA :   Baju Raya Lelaki 2017 Yang Terakhir

Comments 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge