Cerita disebalik kemeja T putih lengan panjang

Cerita ini berlaku pada 6 Ramadan 1445 sebagai kenangan untuk dikenang pada masa yang akan datang.

Ianya berlaku sehari sebelum anak bongsu ke asrama…

Dalam senarai pakaian yang dibawa anak ke asrama Sainsku, perlu ada kemeja T putih lengan panjang.

Saya keliru antara kemeja T putih lengan panjang dan kemeja putih lengan panjang.

Kedua-duanya ada perkataan kemeja dan yang berbeza ialah huruf T.

Saya terbeli pulak baju kemeja putih lengan panjang berharga RM29.90

Orang rumah tersedar dan mengesan kesilapan tersebut.

Sireh kecemasan pertama dibunyikan

Sebagai suami faham-faham sajalah.

Apabila tersilap, terpaksa beli lagi baju kemeja T putih lengan panjang berharga RM27.

WAJIB BACA :   Untuk Kaya Apa Perlu Buat

Fikir nak jimat tapi apabila tersalah beli maka kos berganda dari harga biasa.

Gara-gara keliru, inilah jadinya.

Saya reda dan anggap saja sebagai ujian bulan Ramadan untuk menguji kesabaran diri sendiri.

Ujian tidak berakhir di situ.

Ketika baju tersebut dibasuh dalam mesin basuh, anak pulak tertuang pelembut fabrik  ketika proses akhir pembasuhan.

Sepatutnya tuang awal.

Maka berbekas pulak baju tadi seperti peta yang berwarna cokelat mula.

Sekali lagi orang rumah mengeluarkan ‘siren kecemasan’ kedua..

Tanpa buang masa, saya ambil baju tadi dan rendam lagi menggunakan detergen.

Selepas direndam sekejap dan  diberus secara manual barulah bekas tadi semakin pudar.

Rasa sedih juga kerana baju baru sudah seperti baju lama…

WAJIB BACA :   Memandu seorang diri jam 1 pagi

Saya harap kes ini tidak berulang lagi atau terkena kepada orang lain pula.

Jika tidak pasti tanya dan jika berlaku sesuatu yang mencemaskan jangan gelabah.

Bawa bertenang dan fikir cara atasi masalah tersebut.

Sehingga jumpa lagi.

p/s: Sebab mood kurang baik jadi saya tidak share gambar baju tersebut.

22 thoughts on “Cerita disebalik kemeja T putih lengan panjang”

  1. Ye lah kadang kita pun jadi confuse dan kena baca berulang kali juga nak faham apa yang mereka nak tu….nasib baik tersedar ya….

    Reply
  2. Kuat tak bunyi ‘siren kecemasan’ isteri? 😀
    Hehe.. gurau je, Encik Hanafi.
    Lagi satu, mungkin boleh beli sabun cuci yang ada pelembut fabrik (2 in 1). Jadi, tiada kemungkinan berlaku lagi, jika salah letak.

    Reply
  3. masa siren dibunyikan en hanafi buat2 tgk hp ke?
    hehehe

    tp tu laa sepatutnya buatlah penjelasan yg betul
    x dinafikan ramai yg terkeliru..

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge