4 jalan menuju takwa

Sewaktu kuliah subuh pagi ini saya dapat ilmu ini. Saya hanya berkongsi sebagai nota buat kita semua.

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Mejar Mohd NazirAwang Kechik dari KAGAT ATM.

Hampir semua sedia maklum maksud takwa iaitu ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah SWT larang.

Ada juga yang memberi tafsiran dan pengertian bahawa takwa ialah perasaan takut kepada Allah SWT.

Semakin kita takut Allah maka semakin dekat kita menghampiriNya.

Dalam kuliah subuh yang saya hadiri tersebut, ada empat cara untuk kita mendapat takwa.

1.Akui Allah itu tuan kita

Apabila kita mengakui Allah itu tuan, maka kita tidak ada alasan untuk mengingkari apa jua perintahNya.

WAJIB BACA :   Doa panjang umur wajar atau tidak ? Ini jawapannya

Pendek kata ikut saja tanpa soal dan bantahan.

2.Akui kita sebagai hamba

Sebagai hamba kepada Allah SWT, kita tidak ada kuasa selain mengharapkan apa juga ihsan daripadaNya.

Bahasa mudahnya terserah kepada tuan apa pun tindakanNya kerana hamba tiada apa-apa.

3.Akui dunia hanya sementara

Ingat tamsilan ini, dunia seperti hotel dan pelanggan hanya singgah sebentar.

Secantik atau sehebat mana pun hotel tersebut mana mungkin kita boleh tinggal di situ buat selamanya.

4.Akui destinasi akhir adalah akhirat

Hidup ini adalah perjalanan dari beberapa alam.

Alam terakhir kita terbahagi hanya kepada dua yakni syurga kepada orang mentaati Allah atau neraka kepada orang yang mengingkari Allah.

WAJIB BACA :   Cukai wajib dibayar

Kesimpulan

Mudahn tak untuk menjadi orang yang bertakwa ?

Tepuk dada tanya iman.

Semoga Ramadan ini dan kesempatan masih ada nyawa mampu menjadikan kita orang yang bertakwa.

Aamiin Ya Rabbil Aalamiin

12 thoughts on “4 jalan menuju takwa”

  1. Dalam zaman yang mencabar ini, memang tak mudah nak jadi orang beriman. Iman naik dan turun seolah roller coaster. Tapi saya masih berharap ada iman dalam hati dan jauhkan daripada saya melihat hari kiamat..nauzubillah..

    Reply
  2. Alhamdulillah terima kasih di atas perkongsiannya tuan. 4 jalan tersebut bukan calang-calang juga hendak mencapainya. Perlu usaha berterusan. Semoga kita semua berpeluang melalui 4 jalan tersebut sebaiknya

    Reply
  3. betullah firman ini:

    إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

    Reply
  4. terlihat mudah, tapi faktanya banyak godaan. apapun, saya masih belajar untuk selalu menguatkan iman dan hati. memang belum sempurna, hijab pun masih lepas pasang. tapi saya tak nak berhenti belajar ttg ilmu agama ini supaya hati pun tetap kuat kepada Allah dan rasulnya

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge