Nasib baik dapat jumpa cara unlock stereng kereta…syukur berjaya !

Kisah tersebut baru sahaja  berlaku dalam minggu ini. Ya sepanjang  minggu yang cukup sibuk bagi saya. Demi tugas dan amanah.

Bayangkan saja saya perlu hadiri dan kendali mesyuarat dari Isnin hingga Khamis.

Sedikit sebanyak mengganggu emosi, perasaan dan fikiran untuk kekal tenang dan santai.

Nak dijadikan cerita…

Pada hari kejadian, saya parking kereta secara mengundur. Ya memang kebiasaan saya juga.

Sewaktu keluar dari kereta, saya terlihat tayar kereta tidak selari.

Dengan niat untuk membetulkan tayar maka pusing stereng tanpa sedar kunci tidak berada pada posisi yang betul.

Secara tidak sengaja saya terpusing stereng berlebihan. 

Tiba-tiba stereng kereta saya unclock.

WAJIB BACA :   Tenang itu pilihan

Aduh !!…dah la saya rushing untuk hadiri mesyuarat pada jam 2 petang tersebut.

Saya cuba pusing stereng kiri dan kanan tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Stereng sudah jammed. 

Pada mulanya saya agak gabra tapi terfikir balik, apa kata kita tanya Uncle Google.

Saya taip cara unlock stereng kereta.

Terjumpa blog Nazulizakhin. 

Dalam blog tersebut diceritakan dua cara unlock stereng kereta.

Cara unlock stereng kereta

Sekadar gambar hiasan…kalau betul…sila aamiinkan hehehehe

Langkah pertama : Ambil kunci dan masukkan kunci pada tempatnya.

Langkah kedua:  Cuba pusing stereng dengan kuat sama ada ke arah kiri atau kanan dan cuba pusing kunci sekali untuk menghidupkan kereta.

Itu saja caranya.

Sekarang saya cuba praktikan  ilmu yang baru saya dapat.

WAJIB BACA :   Apa itu mindfulness ?

Tak sampai seminit saya berjaya lakukan.

Wah…mudah sungguh rupanya.

Sekarang baru saya tahu betapa manfaatnya ada Google, blog dan blogger yang sudi berkongsi ilmu tersebut.

Bayangkan kalau saya tanya orang sana-sini dan ia mungkin mengambil masa juga.

Cara tercepat cari saja dalam Google baik dalam blog atau Youtube.

In shaa Allah segala masalah boleh diperolehi biarpun bukan semuanya tepat atau betul.

Wallahualam.

38 thoughts on “Nasib baik dapat jumpa cara unlock stereng kereta…syukur berjaya !”

  1. hati-hati bang ,ini jadi pengalaman berharga, syukurnya setir kemudi bisa balik normal, memang ada gunanya browsing” dan baca blog orang ,siapa tau ilmunya berguna.

    Reply
  2. Encik Hanafi cuba langkah 1 atau langkah 2?
    Kira tenang jugalah sebab boleh fikir untuk cari di google.
    Alhamdulillah.

    Reply
  3. hihihi betuuuul bang. saya pun kalo nak cari segala macam informasi, dah lah google paling benar. semua jawaban ada di sana 🤣😄. paling suka kalau dpt jawaban dari blog, drpd YouTube. Krn saya LBH suka baca arahan dlm bentuk tulisan drpd video.

    Reply
  4. saya amin kan dulu dpt kereta mcm dlm gambar tu aminnnn amiinnnn… hihihii…
    rasanya saya pun pernah terjadi stereng jammed.. buat benda yg sama tarik ke kanan utk kereta perodua maklum la dh 8 tahun usia nya..

    Reply
  5. saya pernah juga, make mobil orang, yang enggak sengaja waktu ngunci mobil setirnya kekunci,
    alhasil bingung mau unlocknya gimana,
    ternyata tiap mobil beda2 cara unlocknya
    apalagi yang keyless
    lebih susah

    Reply
  6. Google lebih mudah dan cepat untuk sesuatu perkara.
    Last year masa di Kuching kami sewa kereta Axia tapi tak dapat cari mana button untuk buka boot belakang. Telefon adik beradik kot lah tau, hampa jawapan sebab tiada seorang pun pakai Axia.
    Tak terfikir pula nak telefon agent yang hantarkan kereta.
    Bila google teruslah dapat jawapannya.

    Moga suatu hari nanti MrHanafi punya kereta lambang di atas.
    Aamiin…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge