Manfaat makan kismis setiap hari…ada 5 manfaat tapi nombor 5 paling gempak

Manfaat makan kismis setiap hari memang ada untuk dibahaskan. Jadi dalam artikel ini saya cuba berkongsi manfaat tersebut dengan ringkas, santai dan bersahaja.

Sudah beberapa hari saya mencari kismis.

Ada kedai yang tiada stok.

Kalau adapun harganya boleh tahan juga.

Memandangkan saya mahu juga kerana tahu ada manfaat makan kismis setiap hari, saya beli sebungkus dengan harga RM8.50.

Tentu ada yang mahu tahu kenapa saya beria-ria mahu makan kismis.

Ini sebabnya.

Manfaat makan kismis setiap hari

Manfaat makan kismis setiap hari

 

1.Meningkatkan daya pemikiran

Saya akui pemikiran saya kurang tajam dan cerdas.

Kalau cerdas, sudah lama saya mencipta kereta yang boleh mendarat ke bulan hehehe ( gurau ).

WAJIB BACA :   Hari pertama jalani diet peribadi

Kismis mengandungi gula ringkas.

Gula penting dan bahan utama kepada otak.

Selepas beberapa penelitian artikel, fakta kismis menajamkan fikiran cuma ada dalam artikel di portal Hello Doctor

2. Banyak sumber nutrisi

Kismis sama seperti anggur.

Yang berbeza kismis sudah dikeringkan dan boleh tahan lama berbanding buah anggur yang segar.

Kismis mengandungi berbagai nutrisi penting untuk badan seperti serat, vitamin C, vitamin K, zat besi, dan kalium.

Nutrisi ini adalah manfaat makan kismis setiap hari

3. Menjaga kesihatan jantung

Serat yang tinggi dalam kismis menurunkan kolesterol jahat.

Selain itu potasium dalam kismis dapat merilekskan salur darah dalam jantung.

4. Menyihatkan salur pencernaan

WAJIB BACA :   3 bahan terlarang untuk diet peribadi

Khasiat serat larut dalam kismis boleh mengurangkan masalah sembelit.

Ia juga melancarkan salu salur pencernaan.

Dalam masa yang sama, kismis boleh memberi rasa kenyang lebih lama dan membantu kawal berat badan.

5. Penggalak ghairah libido

Menurut artikel yang ditulis dalam portal Orami  ada menyentu bab tersebut

Jadi amat disarankan kepada pasangan suami isteri untuk makan kismis jika ada masalah kurang libido. Kismis ada mengandungi asid amino arginin untuk fungsi tersebut.

Kesimpulan

Ada banyak lagi manfaat makan kismis setiap hari yang boleh kalian dapati.

Boleh baca dan kaji dalam pelbagai artikel di Google.

Sungguhpun demikian, jangan makan kismis secara berlebihan.

Jika berlebihan boleh membawa mudarat juga kepada kesihatan.

WAJIB BACA :   Senaman jalan kaki bakar kalori

Ingatan ini kepada saya sendiri kerana kismis mengandungi gula yang tinggi.

Sedangkan saya dalam diet peribadi yang mahu potong gula pada kadar yang maksimum.

Itu sahaja dan semoga ada manfaatnya.

16 thoughts on “Manfaat makan kismis setiap hari…ada 5 manfaat tapi nombor 5 paling gempak”

  1. ternyata selain enak kismis membawa manfaat bagi kesehatan , asal jangan berlebihan,segala sesuatu yg berlebihan itu gak baik,terimakasih infonya ya..

    Reply
  2. Wah Mas, saya baru tahu demikian banyak manfaat kismis.
    Biasanya hanya cuma memakan saja, tanpa perduli dengan apa manfaatnya.

    Terima kasih atas informasi berharganya, Mas

    Salam,

    Reply
  3. Teringat dulu masa zaman belajar kalau dekat2 nak exam saya ambik 7 biji kismis dan rendam dalam air kosong. Selepas solat subuh, saya baca Surah Fatihah 7 kali sambil berdoa diberikan keterangan hati supaya mudah faham dan ingat apa yang diulangkaji, lepas tu minum air rendaman kismis tu. Tak ingat dari siapa belajar petua ni.

    Reply
    • boleh juga usaha ini sebagai ikthiar ..tawakal hanya pada pada Allah SWT

      bahkan minum air kosong yang dibacakan ayat al-quran memang membantu bagi ketenangan hati dan fikiran yang jelas

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge