Formula bajet 50:30:20

Jom belajar formula bajet 50:30:20 Mengurus bajet selepas dapat gaji dari bekerja makan gaji atau dapat pendapatan dari perniagaan merupakan cabaran berat.

Salah urus kehidupan jadi tidak terurus. Betul urus maka kehidupan jadi lurus.

Sebenarnya banyak formula bajet untuk mengurus kewangan. Antara yang menarik dan mudah ialah formula bajet 50:30:20.

Jom kita perhati dan perhalusi formula ini.

Jika sesuai boleh praktis terus.

Jika belum sesuai, tak mengapa kerana tidak semua formula bajet sesuai dengan kocek masing-masing.

Formula bajet ini mrhanafi dapat dari video Tiktok ini.

@financialfaiz

Miskin tapi Bergaya (part 2/3) #financialfaiz #miskin #bergaya #letsjomstudios #letsjom

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Saja nak kongsikan semula dalam blog ini agar mudah jadi rujukan pada masa hadapan. Katakan kalian dapat pendapatan RM10 ribu sebulan.

Tak kisahlah dapat RM5 ribu sebulan atau RM1 ribu .

Angka ini cuma contoh yang mudah untuk dibuat pengiraan.

Formula bajet 50:30:20

Formula bajet 50:30:20

A.Keperluan hidup = 50 peratus

Dengan pendapatan RM10 ribu maka wang untuk dibelanjakan keperluan hidup ialah RM5 ribu.

Belanja RM5 ribu ini meliputi keperluan dapur, pinjaman rumah dan kereta, bil utiliti dan sebagainya.

Cukup atau tidak, pandai-pandai urus dan agih sebijak yang boleh.

B.Kemahuan diri = 30 peratus

Bahagian ini sangat subjektif.

Memang secara teori kita digalakkan berbelanja berdasarkan keperluan.

Bukan kemahuan semata-mata.

Namun sebagai manusia biasa, kemahuan mana mungkin dinafikan begitu sahaja.

Contoh mahu makan di luar, bersiar-siar dan riadah.

Gunakan bajet sekitar RM3 ribu.

Mungkin juga wang ini termasuk untuk bersedekah kerana kemahuan kita membantu orang yang kurang bernasib baik.

Boleh juga bajet dalam

digunakan untuk menghias rumah atau membaik pulih kenderaan yang uzur.

Bukan buat setiap bulan pun dan pastikan jangan melebihi 30 peratus.

C.Simpanan peribadi = 20 peratus

Menyimpan wang tergolong sebagai tabiat yang sukar untuk kebanyakan orang.

Berbeza sungguh kalau berbelanja.

Antara menyimpan dan berbelanja sudah semestinya berbelanja itu lebih seronok.

Walaupun bukan semua ada sifat sedemikian.

Misalnya kalian ada RM10 ribu sebulan maka wajib simpan RM2 ribu sebulan.

Lagi banyak lagi bagus tetapi apakan daya menyimpan 10 peratus  pun mencabar buat kita rakyat marhaen.

Pastikan wang simpanan ini digunakan sebagai tabung kecemasan, tabung pelaburan dan tabung persaraan.

Kita tidak pasti boleh mati awal.

Bagaimana kalau mati pada usia yang lanjut dan pada masa itu kita menjadi liabiliti (menyusahkan) kepada waris ?

Sebaiknya kita menjadi aset ( berguna ) kepada waris dan masyarakat sama ada masa hidup mahupun sudah tiada.

Atas sebab itu menyimpan dan menjana kewangan merupakan tuntutan wajib ke atas diri sendiri.

Kesimpulan

Formula bajet ini cumalah panduan asas untuk menjadikan pengurusan kewangan kita lebih cakna dan bermakna.

Hanya diri sendiri yang boleh mengurus wang sendiri dan jangan bergantung harap kepada orang lain.

Dapat sesuatu ?

  • 8/12/24

 

 

WAJIB BACA :   Amalan tarik duit dengan minda

20 thoughts on “Formula bajet 50:30:20”

  1. yg 20% tu paling ramai payah nak buat… kena pula kiri kanan cabaran. bru simpan sikit, dah kena keluarkan… hati mau kental esp bg yg baru mula belajar menyimpan

    Balas
      • yap betul gaji besar tp komitmen x byk mmg sng. dgn syarat dia bkn jenis boros. yg gaji kecik ni dpt simpan sikit pun dah ckp syukur😀

        Balas
        • atas keadaan demikian kita wajar belajar dan aplikasi ilmu dalam pengurusan kewangan..

          boleh Google, Youtube atau Tiktok kan ilmu tersebut

          bagi mereka yang suka baca…beli buku atau hadiri seminar yang berkaitan

          Balas
  2. Dapat, dapat. Suami saya punya gaji, memang automatik potong siap-siap, untuk masuk Tabung Haji akaun dia, dan saya. Sikit pun jadilah, dari takde simpan langsung.

    Balas
  3. Selalu org madah lepas dpt gaji kena self-reward lok.. lepas ya alu lupak dirik.. hehehe… bg kmk mun nak saving bgs auto debit jak atau potong gaji terus… mmg susah nk disiplin if nak saving dirik pun… bg kmk lah… mungkin org lain boleh

    Balas
    • Auto debit merupakan cara dan teknik yang terbaik untuk paksa diri menyimpan

      kamek memang sarankan juak kepada sidak yang menyimpan duit..

      tok jenis yang suka berbelanja tetapi cukup pande untuk mencarik duit.

      Balas
  4. Terima kasih MrHanafi berkongsi tips. 😉 Terima kasih juga sebab sudi buat analisa berkaitan blog picisan ibu Aqil. Ibu sangat2 menghargainya. Rajin2 singgah jenguk kami ya. 😉

    Balas
    • Sama-sama kerana sudi juga singgah dan membaca blog yang tidak seberapa ..

      moga kita semua terus menghidup kerjaya blogger meskipun ia kini diancam pupus oleh media sosial yang lain

      Balas
  5. Saya sentiasa ikuti youtube channel Financial Faiz. Pendapat beliau ttg perkara kewangan mmg baik. Formula 50:30:20 ni sgt sesuai utk isirumah yg mempunyai lebihan pendapatan lebih kurang 50% selepas ditolak belanja/bayaran keperluan. Kalau gaji cukup2 mkn, mmg payah….

    Balas
    • Memang betul, jika pendapatan cukup-cukup atau terkurang maka formula ini memang kurang sesuai untuk diaplikasi.

      Boleh bermula dengan simpanan 5% atau 10% kira memandai dan usahakan untuk menambahkan pandapatan

      Balas

Leave a Comment

Entri Popular

Komen Terkini