Manusia genius dinilai mempunyai tahap IQ 100 ke atas. Ada yang mencapai IQ 200 lebih memang dikategorikan sebagai super genius.
Jika bawah daripada paras tersebut dianggap sebagai manusia biasa-biasa. Bawah lagi faham-faham saja. hehehe.
Walaupun kita bukan dari golongan genius tidak bermakna kita tidak boleh mencontohi tabiat manusia genius ini. Secara dasarnya tabiat mereka bukanlah terlalu pelik atau terlalu luar biasa.
Sebagai pengakuan, info ini mrhanafi diperolehi daripada sebuah buku bertajuk ‘Seni Mengubah Nasib’ hasil karya Charles Saputra.
Persamaan tabiat manusia genius
1.Banyak membaca buku
Buku adalah gedung ilmu yang tiada tara nilainya.
Jika kita kagum dengan informasi di Google maka wajar juga kita lebih kagum dengan ilmu yang terkandung dalam buku.
Buku adalah himpunan ilmu dalam pelbagai cabang dan bidang.
Dalam dunia ini terdapat ratusan juta naskah buku sama ada tersimpan sebagai koleksi peribadi, perpustakaan dan kedai buku.
Pengasas Facebook (Meta) iaitu Mark Zukerberg sejak dari kecil lagi sudah banyak membaca buku.
Begitu juga dengan pengasas Microsoft iaitu Bill Gates telah menjadikan tabiat banyak membaca buku sebelum beliau menjadi bilionaire lagi.
Persamaan Mark Zuckerberg dan Bill Gates ialah kuat membaca dan mereka tergolong sebagai orang genius di dunia serta kaya-raya.
Sebagai orang biasa mengapa tidak untuk kita menteladani sikap dan tabiat membaca buku dalam pelbagai bidang yang disukai.
2.Belajar secara berterusan
Belajar adalah tabiat untuk meningkatkan kemahiran diri, ilmu dan cara berfikir.
Orang genius belajar terus meresap dalam minda.
Kalau orang biasa diakui sukar memahami dan mengingati apa yang dipelajari.
Namun jangan pulak menganggap orang genius keluar dari perut ibu terus jadi pandai.
Oh, tidak begitu.
Mereka perlu melalui proses belajar sebagaimana orang biasa.
Cuma ketika orang genius belajar tahap kemampuan minda mereka jauh berkali ganda lebih baik daripada orang biasa.
Thomas Alfa Edison memiliki cara belajar dengan banyak praktikal atau ujikaji.
Selain itu beliau juga dikatakan banyak bertanya kepada mereka yang lebih mahir.
Albert Einstein pula belajar dengan pembelajaran sendiri.
Bahkan beliau juga ada belajar dengan menikmati apa yang sedang dilakukan.
Bagaimana dengan kita sebagai orang biasa ?
Sudah tentu boleh meniru tabiat belajar sendiri dan menikmati apa yang sedang dipelajari.
3.Memilih jenis makanan
Pemakanan sangat mempengaruhi perkembangan minda dan badan seseorang.
Begitu juga orang genius.
Mereka cukup berhati-hati dan memilih makanan hanya sesuai sahaja untuk dimakan.
Misalnya Asrit Jaswal.
Beliau pernah menjadi doktor bedah ketika berusia tujuh tahun.
Amalan pemakanan Asrit suka makan ikan dan hanya minum air kosong.
Bagi Isaac Newton pula, beliau suka makan buah-buahan.
Tabiat memakan buah-buahan menjadikan Isaac dapat pelbagai teori baharu.
Bahkan otak dan mindanya semakin cemerlang dengan corak pemakanan yang sihat.
Sudah tentu kita sebagai orang biasa wajar memilih makanan hanya terbaik, sihat dan banyak nutrien.
Kesimpulan
Banyak lagi persamaan tabiat orang genius ini yang boleh kita contohi.
Biarpun kita tidak menjadi genius seperti mereka namun berjaya kaya dan menikmati bahagia di dunia dan akhirat amatlah disyukuri.
Betul tak ?
Info yang sangat bagus. Macam mana nak tahu berapa tahap IQ kita ye?! Kena rujuk kepada yang lebih pakar ye?!
Salina@IbuAqil recently posted…Asyik Sakit Memanjang
UNtuk ujian IQ boleh cuba di https://test.iqtestacademy.org/
sama ada tepat atau tidak saya tidak pasti
Patutlah uncle tak genius! hehehehe
tak kisah la kalau tak genius…yang penting boleh hidup sihat dan happy
adakah tahap IQ boleh berubah seiring dengan usia?
saya tidak pasti…tetapi jika kurang sihat memang potensi otak akan berkurangan
Tiba-tiba terasa macam nak minum air kosong je. 🙂
Nur recently posted…Demam, layan Gudetama
Itu yang sepatutnya agar kita menjadi lebih sihat
Tq info.. biar pun x genius tp follow cara jak pun x apa.. mcm para hafiz & hafizah pn sidak jaga benar mkn sidaknya kan?
Kakmim recently posted…Terjumpa Ex Di Hartz Chicken Buffet
aok benar….cara pemakanan mempengaruhi minda dan cara fikir
para hafiz dan hafizah lagi wajib jaga pemakanan agar hafalan al-Quran mereka terjaga dan berkah
org genius ni sibuk mcm mn pun ttp akan curi masa utk membaca. kdg tgh tggu flight pun sempat lg baca buku…
sebab otak mereka sengat dahaga dan laprakn ilmu…
kita pulak tekak dan perut hehhehe
perlu isi makananan selalu ..macam saya la tu
seolah mcm ada something missing kalau sehari mrk x membaca…
ciri-ciri orang yang genius itu..
moga istiqamah dalam proses membaca