Ketika saya mencoret penulisan ini, SUKMA XXI masih berlangsung dan berbaki dua hari lagi sebelum melabuh tirai pada 24 Ogos 2024.
Dalam temasya sukan terbesar dwi tahunan ini yakni Sukan Malaysia (SUKMA) tercatat banyak sejarah hebat, memori indah dan kenangan pahit silih berganti.
SUKMA mula diperkenal pada tahun 1986 dan Sarawak menjadi negeri yang mencatat sejarah kerana memahat juara hatrik.
Objektif SUKMA untuk mencari bakat baharu dalam bidang sukan agar dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Atlet yang masih muda lagi remaja iaitu bawah 21 tahun ini digilap bakat, dicanai kesungguhan dan dijulang kejayaan.
Bakat harus dikembangkan untuk kejayaan dan mengharumkan nama sendiri, keluarga dan negara.
Namun apalah guna kalau ada bakat tetapi tiada keinginan untuk berjaya.
Tiada kesungguhan, mudah berputus asa dan tewas pertengahan jalan.
Inilah musuh sejati ramai manusia.
Ya, untuk berjaya bukanlah mudah.
Kejayaan adalah pakej pengorbanan, keperitan dan kepayahan berlatih untuk mengasah kemahiran aras tinggi.
Paling tidak menjadi lebih baik atau terbaik berbanding pesaing lain.
Kalau tidak masakan boleh bergelar sang juara.
Kejayaan juga rangkuman titik peluh, tangisan dan kesakitan yang tiada terperi.
Tidak hairan ada atlet yang menangis kegembiraan dan bersujud syukur seusai berjaya dalam acara pertandingan.
Seyogia kita hanya melihat kepada sosok tubuh yang berjaya tanpa kita menyedari rentetan dan perjalanan mereka sebelum mencipta kejayaan.
Natijahnya dengan kejayaan yang tercipta, atlet ini menerima habuan lumayan.
Atlet yang mewakili Sarawak dan meraih emas akan diberi insentif RM15,000 untuk sebutir pingat.
Pingat perak diberi RM5,000 dan pingat gangsa berjumlah RM3000.
Jumlah insentif ini tertinggi mengatasi Johor dan Selangor.
Jelas bahawa anugerah hebat bukan sekadar kejayaan semata-mata tetapi bakat dan kesungguhan.
Dua elemen ini menjadi prasyarat untuk mencetak kejayaan pada plat sejarah sukan.
Nama mereka terus dikenang sepanjang zaman.
Sekadar menyebut beberapa nama gah seperti Tania Bugo, Watson Nyambek, Datuk Pandelela Rinong, Bonnie Bunyau Gustin, Mejar Sapok Biki, Kilat Boy dan Jojo Ghazali.
Akhir kata majulah sukan untuk negara dan sukan juga satu kerjaya hebat untuk mereka yang ada bakat kesukanan.
Belakang pisau pun boleh tajam bila diasah. Sik ada bakat pun boleh digilap asal rajin berusaha. Apa lagi bila berbakat dan rajin berusaha, memang kejayaan dalam genggaman.
Yalah kan…cuma orang yang berbakat ini akan lebih jauh ke depan
itupun perlu ada elemen lain sebagai pembantu
Kena ada kombinasi kesemuanya!
Ya betul..
kurang satu memang tak akan jadi
tahniah kpd kontinjen Sarawak. malangnya kelantan cuma dpt 5 emas aje. Mmg kerajaan negeri x memberikan perhatian kpd pembangunan sukan. Kemudahan sukan pun kurang disediakan… so sad…huhuhu
Abam Kie recently posted…Cara-Cara Nak Hidup Tenang Selepas Bersara
Tidak apa uncle
kadang-kadang sukan ada tempat yang tidak perlu
namun sukan memang banyak memberi manfaat kepada anak-anak muda
semoga insentif tersebut akan menaikkan lg semangat mereka utk trs berjaya pd ms akn dtg…
btw bagi sy bakat lebih utama sebab ia anugerah Allah. kejayaan & kesungguhan boleh dibina oleh semua org. namun bakat tidak. sama mcm org ada bakat melukis. kita boleh lukis setakat tu je laa. tp yg ada bakat melukis… lukisannya pasti mengundang ‘wow’ dan pujian
Satu pandangan yang bernas…
bakat kalau digabung dengan semua perkara di atas pasti lagi awesome
pernah ada yg bilang, bagi seniman atau olahragawan, menjadi sukses itu karena 1% bakat, dan 99% usaha, effort, disiplin.
jadi bisa dibilang bakat itu bukan penentu kesuksesan memang.
sukma ini ajang olahraga yg hanya utk Malaysia kan? berarti kalo di Indonesia sama dengan PON (Pekan Olahraga Nasional) kali yaa.
Cuma nak dapat 1 persen bakat itu bukan semua ada…
kalau semua ada best juga kan..
Ya sukma adalah sukan dalam Malaysia sahaja
Suka tengok orang berbakat baik dalam sukan, seni, penulisan, etc. Tumpang happy tengok deme cemerlang.
tapi disebalik itu semua…ada kisah perit dan gentir buat mereka selepas berjaya cemerlang
Dalam nak mengecapi kejayaan banyak onak dan duri juga sebab kejayaan bukan datang dengan mudah. Kadangkala bermula dengan kegagalan yang akhirnya membuahkan kejayaan jika mempunyai disiplin dan kesungguhan yang tinggi.
Disiplin dan kesungguhan itu ramai yang gagal dan mengalah..
sebab itu kejayaan semakin jauh dan sukar