Kesan 7 hari tak makan nasi

Saya tak makan nasi bukan kerana tiada nasi. Alasan utama kerana kajian peribadi dalam kes pengawalan berat badan agar lebih menarik dan menawan.

Tak makan nasi

Hari Isnin merupakan permulaan saya tidak mengambil nasi sebagai sumber karbohidrat dan berakhir pada hari Ahad.

Saya cuma mengambil ubi keledek, kentang, Mission Wraps dan roti wholemeal untuk ganti nasi. Orang rumah selalu tanya, tak rasa lapar ke kalau tak makan nasi.

Kalau sudah biasa, memang akan kenyang juga walaupun tak ambik nasi. Cuma perut tak rasa penuh lepas makan.

Yang penting sumber protein, serat dan karbo mencukupi.

Demi memastikan kajian ini lebih tepat dan jitu saya tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan seperti brisk walking dan main gym dalam tempoh tersebut.

WAJIB BACA :   Hikmah Berpuasa Begitu Indah Sekali

Kebetulan juga dalam minggu tersebut saya masih dalam kondisi selsema dan batuk-batuk.

Bagaimanapun saya ada minum air manis seperti biasa dan bukan diet potong gula secara berlebihan. Risau juga kalau penurunan berat badan secara drastik.

Orang rumah kata, saya kurang hensem kalau terlalu kurus dan ramping. Hakikatnya saya lebih mudah bergerak dan aktif jika dalam keadaan fizikal sedemikian.

Pada pagi Ahad saya timbang berat badan. Alhamdulillah, berat saya turun 100g dalam masa seminggu.

Sudah menjadi rutin, saya memang timbang berat secara mingguan. Sebelumnya dua minggu sekali. Nampaknya perbuatan tak ambik nasi tidak mempengaruhi sangat berat badan.

Penurunan atau kenaikan berat badan saya akan ketara kesannya jika tidak ambil gula, bersenam setiap hari dan aktif bergerak membakar kalori.

WAJIB BACA :   Cut gula seminggu tapi bertahan 5 hari, inilah sebabnya...

Pendek kata, tidak ambil nasi sebagai sumber karbohidrat tidak ada kesan kepada saya. Tak tahu pulak dengan orang lain..Kalau ada boleh kongsikan kesan tersebut.

  • Kemas kini 18/9/24

Comments 24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge