Saya masih ingat ketika waktu kecil di sekolah rendah. Kami disuruh melaungkan MERDEKA sekuat hati sehingga bilik darjah bergema dan hingar bingar.
Suara saya lantang dan kuat meskipun bertubuh kecil. Tak padan dan tak setara jika dinilai dengan pandangan mata.
Nikmat merdeka
Hari ini Tanah Melayu menyambut Hari Kemerdekaan. Hari yang bersejarah bersamaan 31 Ogos 1957.
Paada 16 September nanti kita sekali lagi menyambut Hari Malaysia bersama wilayah Sarawak dan Sabah. Cuma kebersamaan taraf tiga wilayah tersebut tidak berada pada jajaran yang sepatutnya.
Sejarah dan fakta memang nyata. Tidak terkecuali ada fakta yang tidak direkodkan dengan tepat demi kepentingan dan tujuan tertentu.
Tentu ada yang cakna. Ada juga yang tidak kisah kerana perit dan jerih payah hanya dialami oleh golongan terdahulu. Golongan terkemudian hanya menikmati hasil kemerdekaan seperti mana tajuk di atas.
Kita cukup bertuah kerana bangun pagi dengan cukup ceria, gembira dan bahagia untuk menghirup udara segar dalam negara tercinta yang merdeka.
Apabila malam menjelma nanti, kita akan tidur dengan lena diulit mimpi yang indah-indah kerana tiada apa yang dikhuatiri dalam negara yang ada pemerintahan sendiri.
Oh…nikmat merdeka dan nikmatnya berada di Malaysia. Negara yang merdeka, pesat membangun dan menuju kemajuan yang tuntas.
Namun sebelum nikmat merdeka ini dikecapi, jom kita imbau kembali 67 tahun yang lepas.
Para pejuang nasionalis baik yang berhaluan kanan mahupun kiri terpaksa berkorban nyawa, harta dan masa menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.
Mereka bersengkang mata, bekerja siang dan malam serta mengerah keringat hingga ke titisan terakhir.
Tidak lain dan tidak bukan demi menggapai kemerdekaan dari penaklukan dan penjajahan.
Nama mereka dicatat dan dirakam dalam lipatan sejarah negara. Mungkin ada nama pejuang yang terlepas pandang dan cuma menjadi hero yang tidak didendangkan.
Hanya Allah SWT yang tahu dan moga pahala mengalir buat mereka tanpa putus hingga hari kebangkitan.
Kesimpulan
Tugas kita semua sebagai warga pasca kemerdekaan ialah memelihara perpaduan, keharmonian dan keamanan dengan cara sungguh-sungguh serta serius.
Akhir kata, salam kemerdekaan buat kita semua. Mari kita merdeka jiwa dan merdeka minda.
P/s: Merdeka dari poket kosong perlukan perjuangan sepanjang zaman. Betul tak ?
Selamat Hari Merdekat buat kita rakyat Malaysia…..
ezna recently posted…Ke Feast Garden @ Royal Floria Putrajaya
Ya…selamat hari Merdeka
kalau kena hari Isnin…boleh cuti umum
Tak sabar tunggu Hari Malaysia!
ini mesni nak Cuti Umum kan Uncle
Alhamdulillah di atas kemerdekaan ini.
Alhamdulillah kita semua merdeka
salam kemerdekaan!!!
Salam merdeka juga
jagalah nikmat kemerdekaan ini seadanya… once hilang kita takkan dapat kembali seperti sedia kala…
ya betul kata Anies…sekali hilang pasti susah untuk dapat jembali
Setuju dgn tajuk post ktk tok… yg last para ya deep… hehehe
alhamdulillah…terima kasih sebab faham apa yg cuba kmk sampaikan
Kmk org pergi ke Muzium Penjara di Melaka, ada la sejarah pasal Penjara di Kuching. Kisah Rosly Dhobi dolok digelar pengganas oleh sidak British, kubur pun sik bertanda dalam kawasan penjara. Bila dah merdeka, baru namanya diangkat sebagai pahlawan negara, kuburnya dipindahkan dari penjara Kuching ke Sibu tempat asalnya. Macam ya lah pengorbanan orang dolok marek untuk menentang penjajah.
Sama kedak orang Palestin kinek tok, penjajah gelar sidaknya pengganas tapi hakikatnya sidaknya berjuang utk kebebasan tanahair.
Nang semangat juak ktk berik komen kali tok
sebab ya kmk madah dalam artikel …ada fakta yang disengnaja ditapok untuk mengaburi orang ramai
salam merdeka.. banyak lagi sebenarnya pejuang2 kemerdekaan yang tak didendangkan..
betul…in sha Allah…besar pahala buat mereka
tido lena mmg syok…merdeka 🙂
rezeki kita semua berbanding saudara kita di Gaza…
tidur nyenyak
selamat merayakan kemerdekaan
Terima kasih mas…
setujuuu. saat ini hidup kita dah enak. tak perlu ikut berperang lawan penjajah. bisa sekolah setinggi2nya . tak ada perbedaan kasta. tp banyak juga warga negara yg kdg meremehkan hasil perjuangan pahlawannya 😔. tak peduli dengan negara. sedih saya lihat yg begini.
semoga saja msh banyak yg peduli utk tetap mencintai tanah air.
Kalau ada semnangat nasionalis kuat….in shaa Allah kita akan ada rasa syukur hidup dalam negara yang merdeka
Alhamdulillah rezeki kita menjalani hidup selepas negara merdeka. Terima kasih kepada semua hero kemerdekaan samada yang tercatat dalam lipatan sejarah dan juga hero yang tidak didendang. Merdeka dari poket kosong sememangnya perjuangan sehingga akhir hayat
perjuangan kita semua….merdeka dari poket posong
poket penuh seronok shoping hehehehe
generasi baharu perlu memahami erti kemerdekaan yg sebenarnya…
Abam Kie recently posted…Unspoken Rules for Men
Generasi baharu perlu hayati dan generasi lama perlu bersyukur
itulah nikmat sgguh bgun tido dlm keadaan aman damai di Bumi Malaysia Merdeka
anamizu recently posted…Style Rambut
Alhamdulillah…syukur kita dapat semua dapat niikmat tersebut
ya, betul..nikmat negara yg aman damai…
Alhamdulillah…banyakkan bersyukur dengan nikmat tersebut
Setuju sangat bila kita nak tidur tiada masalah yg difikirkan.. bila kita bangun tiada masalah yg kita kejarkan 😀
Alhamdulillah dengan nikmat kesyukuran yang ada