Menyoroti sejarah Hari Sarawak: 22 Julai 2022

Hari Sarawak merupakan cuti umum pada tanggal 22 Julai setiap tahun sejak 2016 lagi.

Cuti umum ini penuh bermakna kerana ia telah diperjuangkan oleh mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Hari Sarawak secara rasmi diisytiharkan pada 23 April 2016.

Ada apa dengan Hari Sarawak ?

Hari Sarawak

Hari Sarawak

Jika kita menyoroti sejarah maka peristiwa ini wajar diingati anak Sarawak sampai bila-bila.

Pada 22 Julai 1963, Gabenor Sir Alexander Waddell telah menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada anak watan Sarawak sendiri.

Bendera Union Jack telah diturunkan manakala bendera Sarawak mula berkibar.

Bermula dari detik itu Sarawak sudah dilepaskan dari tanah jajahan British sejak 1946.

WAJIB BACA :   6 tips kurus yang mudah lagi senang

Sebelum perang dunia kedua meletus, Sarawak diperintah oleh empayar keluarga Brooke dari tahun 1841.

Pada kurun ke-15, Sarawak dalam pemerintahan Kesultanan Brunei.

Ketika Sarawak bergolak dan kucar-kacir akibat perebutan kuasa tempatan, pemerintah Brunei memohon pertolongan Charles Brooke untuk mententeramkan keadaan.

Bermula dari situ Sarawak mula dijajah kuasa barat untuk dikaut hasil bumi seperti emas, sagu dan sebagainya.

Kini Sarawak menjadi wilayah dalam Persekutuan Malaysia setelah menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.

Secara tepatnya pada 16 September 1963 dan tarikh ini juga telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia di negara ini.

Kesimpulan

Bagi kebanyakan orang, Hari Sarawak adalah hari kemerdekaan tetapi realitinya pada hari tersebut Sarawak cuma diserahkan kepada orang tempatan sebelum menyertai Persekutuan Malaysia.

WAJIB BACA :   Motif sebalik tembakan rambang di masjid Christchurch

Ini berdasarkan kata-kata Gabenor terakhir Sarawak iaitu Sir Alexander Waddell

“Kini negeri ini diserahkan kepada kalian untuk ditadbirkan. Dengan kuasa itu wakil-wakil Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia sebagai warga merdeka” .

Dapat ditafsir di sini bahawa, hanya dengan menyertai Persekutuan Malaysia sahaja Sarawak jadi penduduk yang merdeka.

Menurut  Prof Michael Leigh, pengkaji Sejarah Sarawak sejak 1962 berkata,

“It (Sarawak) was self-governed, not independent. Singapore was a self-government from 1959 to 1963, and it became independent between Aug 31 and Sept 16; then (independent) again in August 1965.

Pendapat sejarawan kelahiran Sarawak iaitu Datuk Dr Sanib Said,  juga berkata,

“22 Julai hanyalah permulaan proses kemerdekaan. Kita mencapai kemerdekaan daripada pihak British hanya untuk beberapa jam, pada 15 September 1963, apabila Gabernor Kolonial Sir Alexander Waddell berlepas ke Britain,”

Begitulah al-kisahnya.

WAJIB BACA :   Balasan Suami Menyakiti Hati Isteri Yang Perlu Diinsafi Segera

Selamat Hari Sarawak. Moga kekal harmoni, aman dan bersatu-padu dalam masyarakat yang pelbagai kaum, etnik, agama dan budaya.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge