Dari Kota Samarahan ke UPM Bintulu

Ini kisah perjalanan jauh kami pada 1 Ogos 2022 yang lepas.  Dicatat dan dirakam dengan tulisan untuk tatapan pada masa yang akan datang.

Jom layan catatan ini..

UPM Bintulu

UPM Bintulu

UPM Bintulu sejauh 10 jam perjalanan jika dari Kota Samarahan. Seperti dirancang kami sekeluarga bertolak dari Kota Samarahan seawal jam 6 pagi.

Cuaca cukup baik. Tidak panas dan tidak juga hujan.

Misi perjalanan kami kali ini untuk menghantar anak perempuan kedua mrhanafi ke UPM Kampus Bintulu. Beliau terpilih untuk ambil Diploma Pengurusan Hutan.

Untuk makluman semua, laluan ke UPM Bintulu boleh pelbagai cara.  Jika menggunakan kapal terbang tentulah lebih cepat.

WAJIB BACA :   Keajaiban silih berganti

Pengangkutan seperti bas pula mengambil masa 13 jam sementara  kereta pula sekitar antara 9 jam hingga 10 jam. Itupun bergantung kepada cuaca, jenis kereta dan cara pemanduan.

Destinasi persinggahan pertama kami pada hari tersebut di stesen minyak Petronas di Lachau untuk mengisi minyak RM30.

Setelah selesai beberapa perkara seperti menunaikan hajat di stesen tersebut, kami meneruskan perjalanan Sri Aman.

Dalam perjalanan

Di sana kami berhenti sekali lagi untuk sarapan di pasar tamu Sri Aman. Jam sudah menunjukkan 9 pagi.

Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami berhenti pasar Jakar iaitu kawasan yang tidak jauh dari Sarikei.

Petrol diisi sebanyak RM20 sebelum ke persinggahan seterusnya iaitu stesen minyak Petronas Sibu.

WAJIB BACA :   Telefon hilang kerana dicuri, apa perlu anda buat ?

Semasa di Sibu kami mengisi minyak sekali sebanyak RM30 untuk persediaan terus ke Bintulu.

Sepanjang perjalanan dari Sibu ke Bintulu kami tidak singgah lagi walaupun melewati Stapang dan Tatau.

Di kawasan Tatau ini ada stesen minyak Petronas. Dari Tatau ke Bintulu cuma mengambil masa 1 jam.

Keadaan jalan Pan Borneo yang kami lalui tidak begitu baik. Proses pembinaan jalan raya tengah giat dijalankan.

Alhamdulillah sekitar jam 4 petang kami sampai ke bandar Bintulu.

Di sini kami bermalam di sebuah hotel  sebelum meneruskan urusan pendaftaran anak ke UPM kampus Bintulu pada 2 Ogos 2022.

Seusai proses pendaftaran kami kembali ke Kota Samarahan pada hari yang sama..Kami bertolak dari Bintulu jam 11 pagi dan alhamdulillh selamat sampai di Kota Samarahan sekitar 9 malam.

WAJIB BACA :   Ini kesan sebar berita palsu di media sosial…wajib tahu !

10 thoughts on “Dari Kota Samarahan ke UPM Bintulu”

      • Hari ini, Disember 2024 bagaimana keadaan jln dari Samarahan ke Bintulu… anak mahu berkereta bersama2 kawan Unimas ke Bintulu… jalan lurus atau berliku2. Adakah melalui PanBorneo. Maaf sebab tak tau keadaan jalan disana. Saya dr Selangor

        Reply
        • Jalan sudah semakin baik dan cuma di Sarikei kurang sedikit..

          saya sarankan…boleh sahaja duna kereta kerana jalan boleh dilalui seperti biasa

          Reply
  1. Selamat datang ke Bintulu buat anak perempuan Mr Hanafi. Bintulu ni hometown saya, walaupun bapak saya berasal dari Igan tapi kami membesar di Bintulu.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge