Saya bersyukur kerana ditunjukkan kebenaran bahawa sedekah pintu rezeki yang tidak disangka. Peristiwa ini menyebabkan saya rasa lebih yakin dengan kehebatan amalan bersedekah.
Sebetulnya saya sentiasa yakin.
Saya segan nak cerita semula kisah begini.
Namun tidak kisahlah dapat pahala atau tidak kerana saya hanya mahu kisah ini menjadi inspirasi buat pembaca blog ini.
Kisahnya bermula begini.
Seperti biasa sebelum Asar dan kadang-kdang selepasnya, bos saya selalu mengajak untuk ngopi di kedai.
Saya tidak mampu menolak rezeki walaupun saya biasanya minum air bujang. Alasannya memang saya masih kenyang.
Pada petang tersebut, bos mahu pau. Saya orderlah dari stall yang berdekatan.
Saya beli dua pau dengan niat untuk belanja bos makan.Walaupun pada rancangan awal bos akan belanja saya makan.
Air pula bos yang bayar. Jadi dengan kesempatan tersebut saya cuba balas dengan membayar harga makanan.
Tanpa berkata apa-apa, kami menikmati pau dengan penuh berselera. Sebaik sahaja selesai minum petang, kami beredar semula ke pejabat untuk persediaan mendengar pengumuman kabinet baharu 2020 oleh Perdana Menteri.
Sementara menunggu berita besar untuk negara, saya sempat menghubungi adik kandung yang bekerja di Singapura melalui Facebook.
Saya ceritakan kisah telefon hilang tempohari.
Sedekah pintu rezeki
Tidak lama selepas itu, adik saya bank in duit sebagai sedekah untuk saya.
Apalagi saya cukup gembira kerana pucuk dicita ulam mendatang. Bukan bermaksud saya minta duit daripada dia kerana sikap saya tidak suka meminta-minta waima dengan saudara sendiri.
Setelah direnung balik mungkin tindakan saya belanja bos makan secara senyap-senyap mengundang rezeki tidak terjangka buat saya pada hari tersebut.
Sekali lagi, bukan bermaksud saya bercerita tentang bersedekah ini untuk menunjuk saya orang baik.
Jujur saya bersedekah untuk suka-suka kerana dengan bersedekah tidak kira duit, ilmu dan tenaga menimbulkan rasa bahagia dan lega.
Agak lama juga menikmati rasa bersyukur dengan pemberian adik saya ini.
Saya doakan banyak-banyak untuk dia agar apa sahaja hajat tercapai, kesihatan dan keselamatan sentiasa terpelihara.
Dalam masa yang sama, saya kagum dengan kekuasaan Allah SWT .
Bayangkan hanya bersedekah sedikit tetapi imbalan begitu besar sekali.
Siapakah yang mengerakkan hati manusia untuk memberi manfaat kepada kita jika bukan Allah SWT.
Malah benar sama sekali bahawa sedekah itu mempunyai hikmah terbesar dalam mengubah kehidupan manusia dari tiada apa-apa menjadi kaya-raya.
Cuma persoalan cepat atau lambat.
Jadi bersedekahlah untuk memberi kejutan, kegembiraan dan manfaat kepada orang lain.
Moga amalan ini mendapat pahala yang besar dan mengundang rahmat Allah agar kita semua memasuki syurga dengan aman sejahtera.
Aamiin.
- Kemas kini 13/3/23
- Kemas kini 30/3/23
insya’Allah…jom bersedekah
alhamdulillah..just do it
moga adik min di berikan rezeki yang berlimpah kali ganda, bersedekah dengan abangnya insyallah besar ganjarannya
ya…aamiin.
sebenarnya itulah cara kami adik beradik mengekalkan rasa bersaudara agar lebih erat
betul..rezeki berlipat ganda dari sedekah.. thanks for sharing..
memang tidak dinafikan..
cuma cepat dan lambat sahaja balasannya
Rezeki.. Alhamdulillah..
aok ..
benar ya..
rezeki
Amin, Alhamdulillah.. terbaik la.
dahlia recently posted…Pencuci Botol Susu Terbaik dan Selamat – Kleenzy
aamiin dan terima kasih ya
alhamdulillah…. rezeki bersedekah dan berniat ikhlas…Allah balas dgn cara yg kita x sangka2
itu sudah semestimya…in shaa Allah
masya Allah rasa kagum dengan balasan yang diberi oleh Nya.
rezeki Allah memang hebat dan tidak terfikir oleh akal kita sendiri