Tiga penyebab kegagalan yang mengejutkan

Dalam artikel ini saya cuba kongsikan tiga penyebab kegagalan yang mengejutkan kepada manusia.Info ini umum sifatnya dan harus kita ambil iktibar dengan fikiran terbuka.

Kita wajar belajar untuk menghindari agar kita semua beroleh sukses hidup ini.

Ramai orang beranggapan, untuk berjaya perlu melalui kegagalan.Malah ada yang kata harus gagal berkali-kali barulah boleh berjaya.

Itu anggapan biasa.Bagi pengkaji dan pengamal kejayaan seperti saya, sebolehnya saya menafikan kejayaan tersebut.

Andainya kegagalan itu boleh dielak, mengapa kita perlu menjerumuskan diri dalam zon gagal tersebut.

Betul tak ?

Kegagalan yang mengejutkan

Sebabnya seperti berikut:

WAJIB BACA :   Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahui

1.Tidak berada dalam kitaran orang berjaya

Orang tidak berjaya bergaul dan berada dalam golongan mereka sendiri sahaja.Mungkin golongan yang sama susah dan penikiran tidak kisah apa pun berlaku.Yang penting suka dalam zon selesa.

Dalam pemikiran mereka yakni orang kebanyakan sudah ditakdirkan begitu.

Hakikat begini boleh dielakkan jika tahu formula ini.

Formula mudah untuk berjaya ialah berada dalam kitaran orang kaya, berjaya dan positif.Pergaulan dengan mereka akan membentuk daya fikir, sikap dan pemahaman terhadap kejayaan itu sendiri.

Kita boleh belajar daripada mereka bagaimana melihat masalah untuk ditukar menjadi cabaran.

Kita boleh belajar daripada mereka bagaimana menghadapi saat sukar dan melepaskan diri daripada kesukaran tersebut.

WAJIB BACA :   Cara Mengatasi Emosi Terganggu Pada Diri Sendiri

Malah yang paling penting sekali, tanggapan dan tafsiran pola pemikiran untuk melihat potensi untuk berjaya dan dan sukses.

2.Tidak mempunyai mentor yang terbukti berjaya

Kalaulah ada pembaca yang menjadikan saya sebagai mentor, anda silap besar.Saya belum berjaya.Bahkan kejayaan itu belum dibuktikan lagi.

Jadi untuk elakkan kegagalan, cari mentor dan belajar dari mereka satu persatu jalan untuk berjaya.

Bak kata Azizan Osman, belajar dari mentor akan mempercepatkan kejayaan dan mengurangkan risiko kegagalan.

Mungkin ada yang tengah berfikir sekarang ini, bagaimana pula untuk mendapatkan mentor ?

Jika dulu memang susah.Keluarkan duit, pergi seminar dan kelas yang dianjurkan pakar tersebut.Dari situ kita belajar bagaimana sifu membina nama untuk berjaya.

WAJIB BACA :   5 pesanan hebat dari Afnan Rosli [edisi kemas kini]

Sekarang lebih mudah.Buka Youtube dan media sosial tokoh yang ingin kita jadikan idola.Baca dan hadami ilmu mereka.Praktik dengan sungguh-sungguh dan konsisten beramal.

3.Tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari

Inilah kegagalan ramai orang.Hanya sedikit sahaja yang berjaya kerana mereka apply ilmu yang mereka pelajari.

Orang gagal mungkin banyak belajar.Mereka pergi sana-sini untuk mengkaji ilmu yang diperolehi.

Namun mereka sekadar mengkaji dan bukan mengamal.Boleh dikatakan sekadar penonton tetapi tidak menjadi pemain.

Belajar tanpa beramal umpama nak berjaya tetapi masih gagal.Itu bahasa mudahnya.

Kesimpulan

Topik motivasi ini sangat menarik untuk dibahas dan diperjelas sebenarnya.Ilmu ini saya perolehi dari Channel Youtube SuccessBefore 30.

Jika nak tahu lagi boleh sahaja layan Channel  Youtube tersebut.

*kemaskini – 22/4/2020

8 thoughts on “Tiga penyebab kegagalan yang mengejutkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge