Kejayaan bukan destinasi.Sebaliknya proses walaupun kita selalu dengar perjalanan menuju kejayaan.
Menjadi perkara biasa orang hendak berjaya itu sering jatuh, bangun dan jatuh lagi.
Akhirnya tak bangun-bangun dan reda untuk kembali seperti biasa.
Hidup dalam zon selesa dan enak.
Sebaliknya sangat luar biasa jika orang yang jatuh pada tempat yang paling rendah namun akhirnya bangkit untuk berada pada tahap tertinggi dalam kehidupan mereka.
Bagaimana orang luar biasa ini boleh bangkit begitu ?
Inilah kupasan yang saya baca dalam sebuah buku Napoleon Hill bertajuk “ Think & Grow Rich”.
Belum habis baca.Baru peringkat permulaan.Saya pun belum dapat memastikan bila saya boleh menghabiskan bacaan buku tersebut.
Menurut Napoleon Hill, orang berjaya mempunyai Successful Subconscious.Orang gagal pula sebaliknya.
Apa itu Successful Subconscious.Saya pun rujuk kamus online.
Rupanya ia adalah perasaan sedar berjaya.Sedar bahawa diri mereka memang berjaya.
Kesedaran dari dalam diri yang berakar umbi dalam minda atau fikiran.
Pada luaran orang mentafsir dia tiada ada-apa.Sebalik orang yang ada Successful Subconscious percaya dia orang berjaya.
Boleh buat apa sahaja yang dia mahu.Boleh capai apa sahaja dia nak.
Itulah dinamakan matlamat atau misi.
Jadi menurut buku itu lagi perasaan Successful Subconscious wajib diaktifkan tiga kali sehari.Ini paling minimum.Lagi banyak lagi bagus.
Waktu mengaktifkan perasaan Successful Subconscious pada impian dan cita-cita tentulah sebelum tidur, bangun tidur dan bila-boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Itu sahaja perkongsian kali ini.Buku pun baru baca pada peringkat mukadimah sahaja.
Saya berharap dapat menghabiskan bacaan buku tersebut walaupun lambat macam mana sekalipun.
Hakikatnya saya sudah membaca buku dalam bahasa Melayu beberapa tahun sebelum ini.Cumanya saya tidak ingat lagi masa sebenar saya membaca buku tersebut
saya pun nak aktifkan minda separa sedar ni..alpha state..
semoga berjaya..InshaAllah…thanks for sharing..
terbaik la bro.
jom la buat sama-sama
Semoga dpt habiskn buku tu dan dpt manafaatnya. Buku begini mmg setahun sekali kena ulang, supaya dpt ingat isinya. Kalau tak, mmg tak lama, kita lupa.
Moga kita semua ada kekuatan dalaman nak berjaya. Amiiin.
Suri recently posted…15 Hotel Bajet Terbaik di Kuala Lumpur (Bawah RM 100)
tulah…
antara buku yang mencabar untuk dihabiskan begitu sahaja.
baca beberapa kali baru ada kesannya