6 tip kejayaan dalam hidup

Ini dia tip kejayaan dalam hidup yang bagus dan menarik.Suka saya nak catatkan apa yang saya dapat faham dari buku “Think & Grow Rich” hasil tulisan Napoleon Hill.

Sekarang ini saya masih dalam proses membaca. Almaklum sahaja buku bahasa Inggeris cukup perlahan saya hadami dan hayati. Yang betulnya saya selalu tertangguh untuk membaca buku tersebut.

Kantoi pulak.

Untuk memudahkan saya memahami, saya kongsikan semula di laman FB dan blog dengan catatan ringkas.Cara ini memang awesome kerana berkongsi apa yang kita tahu akan memudahkan kita lebih faham dengan mendalam.

Selain itu boleh jadi rujukan kepada rakan-rakan dan juga rujukan saya sendiri pada masa hadapan.Sebab zaman digital ini memudahkan kita menyimpan data dengan banyak tanpa masalah dan kesukaran,

WAJIB BACA :   Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahui

Menurut Napoleon Hill ada enam cara untuk memastikan impian menjadi kenyataan.(kalau dalam agama Islam, dengan In shaa Allah)

Tip kejayaan dalam hidup

tip kejayaan dalam hidup

1.Letakkan sasaran dengan jumlah yang tepat (AIM)

Misalnya anda mahu pendapatan 10K USD setiap bulan mulai tahun 2020.Sentiasa ingat dan letakkan dalam minda setiap hari.Ada sasaran maka ada semangat untuk mencapainy dengan tekun dan gigih.

2.Tujuan mendapat jumlah tersebut (WHY)

Dapatkan tujuan yang jelas sekiranya sudah dapat jumlah tersebut.Nak sedekah separuh ke atau nak wakafkan kesemuanya.Sebab itu penting.Lagi besar sebabnya lagi kuat keinginan untuk mencapai sasaran tersebut.

WAJIB BACA :   Jom tulis 10 perkara pembakar semangat …wajib buat untuk berjaya

3.Tetapkan tarikh akhir ( DATELINE)

Sasaran perlu ada dateline atau tarikh akhir.Barulah rasa tercabar dan minda boleh bekerja untuk capai impian tersebut.Otak akan bekerja untuk tuannya jika sudah tahu tarikh tersebut.

4.Buat pelan tindakan (ACTION)

Tindakan amat penting sebaik sahaja pelan sudah dirangka.Senang cerita, tanpa tindakan tanpa kejayaan.

5.Tulis sasaran atau matlamat (WRITE)

Ambil kertas yang kosong.Tulis atau lukis sasaran tersebut dengan terang dan menarik.

6.Baca sasaran yang ditulis setiap hari (READ)

Jika dilukis boleh tengok hari-hari.Tujuannya untuk mengaktifkan Successful Conscious minimum tiga kali sehari.

Baiklah.

Penutup

Nampak senang namun perlu istiqamah untuk melakukan setiap hari.

Orang berjaya perlu ada keinginan yang amat tinggi.Keinginan yang tidak boleh sesiapa nafikan lagi.

WAJIB BACA :   Keajaiban lepas berbakti dengan ibu....Kisah benar, wajib baca !

Jelaskan untuk berjaya atau menjadi orang luar biasa kehidupannya, ikutilah enam tip yang ditulis oleh Napoloen Hill dalam buku “ Think & Grow Rich”

*kemas kini 3/5/22

6 thoughts on “6 tip kejayaan dalam hidup”

Leave a comment

CommentLuv badge