Rezeki anak kecil yang menyentuh hati

Peristiwa ini amat meruntun jiwa saya.Benar-benar menyentuh hati seorang lelaki yang telahpun bergelar seorang ayah.

Izikan saya jadikan peristiwa ini satu cerita, walaupun hakikat memang kisah benar.Jujurnya saya berat hati untuk menulis secara terbuka atau menceritakan semula kepada orang lain.

Sebab melibatkan amalan yang kadang-kadang seperti menunjukkan saya terlalu baik orangnya.Realiti, saya seperti kebanyakan orang lain..ada sisi tak baiknya.

Ianya berlaku sebulan yang lalu.

Saya singgah makan di sebuah restoran yang sesak.Biasalah kalau hujung minggu begini.

Tengah enak menjamu selera nasi ayam, tiba-tiba hadir budak perempuan yang tidak terurus rupanya.Umur dalam lingkungan tiga atau empat tahun.

WAJIB BACA :   Usahakan sihat sepanjang hayat kerana itu adalah nikmat

Wajahnya polos sambil melihat nasi ayam yang terhidang atas meja saya ketika itu.Pada mulanya saya tidak mengindahkan.

Lama juga budak ini tercegat di situ.Tanpa suara dan tanpa reaksi apa-apa.

Lantas saya bertanya “ adik dah makan ke ?”

Tiada jawapan dari anak kecil ini.Raut wajahnya kosong tanpa makna.

Hanya mata yang galak bersinar melihat nasi ayam dalam pinggan saya.

Tanpa mempedulikan sesiapa dan tanpa berfikir apa-apa, saya pelawa anak kecil ini duduk sebelah saya.

Ketika itu saya mula menyuapkan nasi ayam tadi untuknya beberapa kali.Rupanya anak kecil ini kelaparan dan kerana itu dia berkomunikasi dengan suara hati.

Alhamdulillah melalui suara hati tersebut, saya dengar tanpa sangsi.Selang beberapa minit menyuap nasi berserta isi ayam, saya hentikan kerana anak kecil ini seperti kekenyangan.

WAJIB BACA :   7 ciri laptop untuk student 2022 yang awesome

Saya menoleh ke meja sebelah.Rupanya dia bersama ibu dan abang lelakinya.Mereka seperti keluarga susah.

Minum air Coke berkongsi tiga orang.Tanpa menjamah makanan.
Hati saya tersentuh.Tanpa berfikir panjang saya hulurkan duit [ jumlah dirahsiakan] untuk mereka sekeluarga.

Sambil itu saya pesan kepada abang anak kecil ini untuk beli makanan dan apa yang patut.

Tidak lama selepas itu mereka beredar segera.Tidak berkata apa-apa dan pergi tanpa mengucap sesuatu.

Saya tidak kisah kerana kita membuat kebaikan tidak mengharap sebarang balasan.Apatah lagi perhargaan dari manusia.

Mungkin itu rezeki yang telah dititipkan oleh Allah kepada mereka.Saya hanya wakil untuk menyampaikan sahaja.

Baharulah saya faham konsep rezeki secara praktikal.Biarpun duit itu milik saya tetapi belum tentu rezeki saya.

WAJIB BACA :   Jangan kejar wanita jika nak pikat mereka...ini sebabnya !

Bahkan rezeki bukan sekadar duit.Rezeki adalah sesuatu perkara yang boleh memberi manfaat baik secara baik atau sebaliknya.

Semoga kita semua dapat rezeki yang banyak agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi orang yang memerlukan di luar sana.

p/s: Post ini pernah diterbitkan dalam Facebook personal saya

6 thoughts on “Rezeki anak kecil yang menyentuh hati”

Leave a comment

CommentLuv badge