Apa penghalang kejayaan kepada manusia?

Tidak beberapa lama dulu, saya pernah bersembang kencang dengan anak bujang saya.

Syukur alhamdulillah ketika usia saya begini, anak sudah hampir menginjak alam dewasa.Topik perbualan kami semakin serius dan membina minda.

Antara buah fikirannya yang masih saya ingat adalah:
.
“Untuk berjaya mesti kalahkan musuh, tengok dalam game atau filem.Hero biasanya mengalahkan penjahat setelah beberapa pertarungan”.
.
Pada mulanya saya kurang setuju dengan pendapat dia kerana ada perkataan musuh.Konotasi perkataan musuh adalah jahat dan saya tidak suka berbuat kejahatan walaupun berkali-kali pernah buat jahat.

Kejahatan yang selalu saya dan juga rakan-rakan buat tidak lain dan tidak bukan,

“TIDAK ISTIQAMAH”

Rancanglah secantik dan seindah manapun pelan tindakan, jika tidak istiqamah maka hasilnya akan hambar.

Buatlah sehebat dan secanggih manapun strategi kerja, jika tidak istiqamah maka hasilnya tetap kosong juga.Kalau adapun masih kurang menyerlah.

Persoalannya bagaimana pula membina istiqamah supaya mampu melawan musuh agar dapat berjaya.

Musuh bukan orang lain.Musuh terlalu dekat dengan diri kita iaitu diri sendiri.Dapat mengawal musuh in shaa Allah kejayaan boleh dicipta dengan luar biasa.

Saya ringkaskan begini.

Bina istiqamah dengan membentuk tabiat hebat.Pembentukan tabiat ini melalui proses dan tempoh berikut:

1.Tiga hari

2.Tujuh hari

3.Tiga minggu

4.Tiga bulan

5.Tiga tahun

Apa yang ajaibnya jika terlepas satu hari, wajib bermula dari hari pertama semula.Jika tidak, saya dan rakan-rakan semua sukar membina tabiat hebat.

Kegagalan untuk bina tabiat hebat adalah penghalang kejayaan.Dalam bahasa mudahnya kita kalah kepada musuh diri sendiri yakni, tidak istiqamah.

Cukup dulu.Kalau terlalu panjang lebih baik saya lukiskan atau buat video sahaja.

p/s: Pernah dikeluarkan dalam Facebook sebelum ini

4 thoughts on “Apa penghalang kejayaan kepada manusia?”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: