Untuk berjaya perlu ada rasa percaya kepada diri sendiri.Tidak boleh tidak.
Sebab itu saya cuba coretkan sedikit maksud rasa percaya untuk berjaya dalam perkongsian kali ini.
Jom kita layan.
Hari ini kita sudah berada dalam pertengahan Februari 2020.
Maknanya sudah satu bulan 15 hari kita berjaya melalui kehidupan dengan beberapa perubahan atau sama seperti tahun-tahun sebelum ini.
Saya dan juga rakan-rakan pasti mempunyai azam dan visi untuk 2020.
Cuba muhasabah balik.Jika belum buat, belum istiqamah dan belum fokus, ayuh kita gerak sekarang.
Kita percaya untuk berjaya.Kita percaya akan dapatkan apa yang kita nak ( In shaa Allah ) dan berjaya menuruti segala pelan tindakan yang telah dirangka.
Dalam perkongsian kali ini saya cuba terangkan dengan ringkas bagaimana untuk dapatkan elemen PERCAYA dalam diri.
Menurut Napoleon Hill dalam buku klasik β Think & Grow Richβ, orang berjaya dapat dikesan dengan pengaktifan fikiran Successful Subconscious.
Bahasa mudahnya,sedar diri sudah berjaya.Jika rasa belum berjaya, paksa diri untuk perasan berjaya atau berlakon berjaya.
Anggap sahaja diri sudah berjaya baik dalam kewangan, kerjaya, kerohanian, keluarga dan sebagainya.
Rasakan diri sudah berjaya.Lupakan realiti sebenar dan terus menerus anggap diri sudah berjaya.
Bagaimanpun minda akan menafikan kita berjaya selagi realiti kejayaan belum dapat di depan mata.
Inilah musuh kejayaan.
Hanya orang percaya sahaja dapat mengatasi situasi demikian.
Dalam Islam disebut IMAN.Tak nampak lagi akhirat tetapi percaya bahawa akhirat memang ada tanpa ragu-ragu 100 peratus.
Sama juga untuk percaya dengan konsep yang saya kongsikan ini.Percaya untuk berjaya.
Tingkatkan rasa percaya dengan penglibatan hati dan bukan dengan logik akal semata-mata.
Bak kata Ippo Santosa ( motivator Indonesia) kita boleh berjaya dengan mengguna otak kanan dan bukan dengan otak kiri.
Otak kiri berfikir guna logik,angka, matematik dan fakta.
.
Otak kanan berfikir guna bayangan, seni dan kreativiti.
Jadi untuk berjaya guna sahaja fungsi otak kanan.
Untuk percaya guna sahaja kemampuan otak kanan.
Demikianlah penerangan ringkas saya tentang percaya untuk berjaya.
SEMOGA BERJAYA SEMUA.
Yaa apapun kehidupan ini pasti akan ada naik turun atau pasang surutnya.
Jadi apapun alasannya kita memang harus tegar dan terus maju melangkah kedepan untuk yang lebih baik lagi.ππ
betul mas..
wajib hayati sahaja hidup ini dengan tabah
aminn. tqvm tuan yang sentiasa beri motivasi. semoga kita tergolong di kalangan mereka yang berjaya dunia dan akhirat.
sama-sama.
moga kita mendapat manfaatnya.
yelah sedikit sebanyak…
ok la