Rezeki tidak tersangka memang best giler

Rezeki luas maksudnya.Bukan sekadar wang atau duit.Kalau rezeki duit tak usah nak kata.Memang best giler.

Sebab duit membolehkan kita membeli apa sahaja keperluan dan kehendak yang diingini.

Saya bukan nak ceritakan tentang duit.Sebaliknya tentang rezeki yang tidak tersangka dengan cara yang hebat dan menakjubkan.

Ini pengalaman saya di kampung.Jumpa emak tersayang yang terlalu besar rezekinya buat saya.

Bagaimanapun ada sesuatu yang amazing dengan emak saya.

Saya lihat dan rasai dengan mata kepala sendiri.Nak percaya pun susah.Tak percaya pun susah.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk percaya kerana apa yang dilihat betul-betul berlaku.

Rezeki tidak tersangka

1. Emak nak adik saya telefon

Dua adik saya memang duduk jauh-jauh.Seorang sudah bekeluarga dan seorang bekerja di Singapura.

WAJIB BACA :   Selamat Datang Tahun 2017

Memandangkan adik-adik saya jarang telefon, emak pun buat dialog affirmation.

Dia kata, bilalah adik-adik saya telefon dia.Pagi, tengahari dan malam emak saya menggunakan dialog affirmation yang sama.

Tidak beberapa lagi selepas itu adik-adik saya pun hubungi emak mereka.

Kes selesai.

Tanpa perlu saya whatsapp atau mesej, mereka pun dapat signal dari emak saya.

Dalam istilah lain, telepati.Kita boleh menghubungi orang lain hanya menggunakan minda dan emosi sahaja.

2.Emak nak lauk ikan

Biasanya ada van yang berjual ikan datang.Bagaimanapun sudah tiga hari tidak datang.

Emaknya pun pelan nak beli di pasar pada waktu petang.Namun tidak jadi atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

WAJIB BACA :   Amalan tarik rezeki yang mudah

Tidak lama kemudian, ayah tiri saya pun datang sambil membawa ikan tanpa dipesan.

Bahkan selepas itu isteri adik saya pula membawa seekor ikan besar.Ikan yang boleh dijadikan lauk selama tiga hari.

Emak cuma kata, dia nak ikan sebagai lauk.Itulah dialog yang saya dengar.Dia kata berdoa dengan rasa seronok dan suka.Tanpa diselit rasa kecewa dan sebagainya.

Rasanya dua perkara itu sudah cukup.

Saya pun kata dengan mak.Kalaulah semua orang dianugerahkan keajaiban seperti ini tentu ramai yang tidak bekerja.

Emak tersenyum dan menjawab, tidak semua ada keistimewaan tersebut.

Yang saya tahu emak saya jenis manusia cool dan relaks sahaja hampir setiap masa.

WAJIB BACA :   Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Memang betul kata orang,  jadilah orang yang tenang maka rezeki akan datang tanpa susah payah dan tanpa dipinta.

Belajarlah menjadi orang sentiasa tenang walau apa keadaan sekalipun.

6 thoughts on “Rezeki tidak tersangka memang best giler”

  1. betul emak kita ni ada satu sence yang istimewa yang kita kadang tak paham pun. Saya pun pernah alami apa yang min cerita tu…

    kadang emak cakap je kat kita rasa nak makan mee goreng lah, tup-tup abah balik dari kerja bawak mee goreng yang mak idamkan tu, katanya ada orang belanja. Tanpa emak kabarkan keinginan tu pada abah pun.

    Rezeki tu ada macam-macam cara kan…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge