Amalan tarik rezeki yang saya kongsikan ini sangat mudah untuk kita semua. Ikut sahaja tanpa rasa curiga dan nikmati hasilnya tanpa terduga.
Saya perolehi ilmu ini secara tidak langsung ketika mendengar satu perkongsian di Youtube.
Amalan tarik rezeki
Sama ada percaya atau tidak, ia bukan persoalannya.
Yang menjadi persoalan, anda nak amal atau sekadar dengar.
Kan…
Amalan tersebut ialah bergembira.
Dengan bergembira segala rezeki yang kita perlukan akan dapat dengan mudah.
Bergembira berkait rapat perasaan dan fikiran.
Untuk bergembira, ada banyak cara.
Cara mudah dengan meningkatkan rasa syukur dengan apa jua nikmat yang kita dapat.
Cara lainnya dengan minum air yang dicampur dengan pemanis semula jadi.
Volten International ada mengeluarkan pemanis semula jadi yang dikenali sebagai Vsweet.
Sesiapa yang minum air yang dicampur dengan Vsweet akan merasai rasa gembira.
Kenapa ?
Tak percaya.
Kalau belum percaya boleh dapatkan segera.
Hubungi saya di talian Whatsapp ini.
Pertanyaan gratis gaiss. hehehe
Berbalik kita kepada topik yang saya bincangkan tadi.
Amalan tarik rezeki dengan bergembira mudah untuk kita lakukan tanpa keluar modal yang besar.
Kalau ada masalah, cari punca dan cari penyelesaian.
Kalau susah hati, layan sahaja untuk sejam dua.
Lepas itu lakukan perkara yang kita suka untuk mendapatkan rasa gembira.
Sekiranya kita suka bersedekah, teruskan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Bersedekah itu sendiri akan menggandakan rezeki.
Malah dengan bersedekah mengembirakan hati penerima dan pemberi juga.
Apa rasionalnya bergembira dengan tarik rezeki ?
Perasaan gembira itu sendiri akan meningkatkan getaran tenaga.
Getaran tenaga ini akan menarik rezeki dari segala penjuru langit dan bumi dengan izin Allah SWT.
Hasilnya rezeki boleh kita nikmati tanpa terlalu bersusah payah sesuai dengan getaran tenaga yang kita miliki tadi.
Hebatkan perasaan gembira untuk menarik rezeki.
Selain daripada itu perasaan gembira boleh didatangkan dengan membaca atau menghayati ayat Al-Quran.
Misalnya Surah Al Waqiah.
Berikut ialah fadilat dan kebaikan membaca Surah Al- Waqiah sebagai kiriman sahabat saya melalui Whatsapp.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Bukan itu sahaja.
Boleh amallan juga surah-surah yang lainnya untuk mendapat rasa gembira itu berpanjangan.
Lihat kelebihan beberapa fadilat membaca Surah yang berikutnya:
1. SURAH AL-KAHFI
🌷 Disinari cahaya kebaikan
🌷 Terhindar dari fitnah dajjal
🌷 Dijaga dari gangguan syaitan
🌷 Mendapat redha Allah swt
2. SURAH AL-MULK
❤️ Dijauhkan dari azab
❤️ Terhindar dari seksa kubur
❤️ Menambah rasa tawakal
❤️ Terhindar dari perbuatan maksiat
3. SURAH AR-RAHMAN
🌹 Mengingatkan untuk lebih bersyukur
🌹 Mendapat syafaat di hari kiamat
🌹 Matinya orang yang sering baca Ar-Rahman seperti syahid
4. SURAH AL-WAQIAH
🌺 Diringankan sakitnya
🌺 Dilancarkan rezekinya
🌺 Ketenangan jiwa dan raga
🌺 Perlindungan diri dari kemudaratan dunia
5. SURAH YAASSIN
🥀 Segala hajat dikabulkan
🥀 Diampuni dosa-dosanya
🥀 Dipermudahkan segala urusan
Penutup
Amalan tarik rezeki ini boleh kita amalkan dari sekarang. Jangan tunggu sehingga hari esok kerana menangguhkan kejayaan adalah perbuatan yang kurang bijak.
Setuju tak.
Sehingga kita jumpa lagi dan semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk kita semua.
Selamat beramal dan salam sayang.
Memang baca surah al-Waqiah setiap hari. Alhamdulillah.
alhamdulillah…awak memang terbaik dan awesome
alhamdulillah, tq for sharing mr h
ya..sama-sama mamapp.
moga ia ada manfaatnya
terima kasih berkongsi ilmu. mmg betul. bla happy kita positif. bla positif kita akn tarik hal2 yg baik lg menyenangkan…
sama-sama.
itu memang hakikat yang ramai belum sedar atau buat-buat tak tahu
ooo inilah vsweetnya ye.. bagus.. baguss
ya ..betul hehehehe