Rahsia orang berjaya ini wajib kita ketahui dan diteladani.Rahsia tersebut sebenarnya sudah tidak menjadi rahsia lagi.Ia cumalah istilah sahaja kerana kejayaan mereka itu wajar dijadikan insprasi kepada orang lain pula.
Logiknya buat apa untuk dirahsiakan cara mereka berjaya.
Pendapat saya mudah.
Lagi ramai lagi orang berjaya lagi bagus.
Lagi sedikit orang gagal lagi baik.
Sebelum itu apa beza orang berjaya dengan orang gagal?
Ada beza tak?
Ya, memang ada.
Kalau tiada, memang tiada maknanya orang berjaya dan orang gagal.
Table of Contents
Rahsia orang berjaya
Orang berjaya disukai.
Orang gagal tidak dipedulikan.
Jadi jangan memilih jadi orang gagal walaupun untuk jadi orang berjaya biasanya melalui kegagalan berkali-kali.
Namun dalam konteks ini kita berjaya atau kita gagal hanya diri sendiri yang tahu nilainya.
Ustaz Hakim Mohd Nor telah berkongsi rahsia orang berjaya dalam Live Facebook baru-baru ini.
Saya kongsikan semula dengan lebih ringkas dan santai.
Dalam masa yang sama, saya tambahkan ‘kesedapan’ penulisan ini dengan idea sendiri.
Menurut beliau orang berjaya dan orang gagal dipisahkan oleh dua perkara ini sahaja.
1.Mentaliti
2.Akhlak
Dua itu sudah cukup.
Tak perlu banyak mana pun.
Kita lihat dengan pecahan berikut:
Mentaliti orang berjaya
Mentaliti perkara yang tidak nampak dari luar tetapi boleh diketahui dengan apa yang mereka buat seharian.
Pendek kata mentaliti adalah cara bentuk pemikiran dalaman.
Mereka berfikir untuk membantu orang lain.
Mereka buat sesuatu supaya boleh menyelesaikan masalah orang lain.
Lagi ramai yang mendapat manfaat lagi bagus.
Dalam erti kata yang lain, mentaliti orang berjaya untuk berkhidmat kepada orang lain.
‘Serve to other’
Jika orang berjaya berniaga mereka akan memberi nilai produk yang terbaik kepada orang lain tanpa melihat kepentingan diri sendiri.
Jika orang berjaya masih bekerja makan gaji, mereka berkerja seolah-olah dibayar lebih banyak daripada apa yang mereka terima setiap bulan.
Itu realiti yang sangat membezakan dengan orang gagal.
Orang berjaya amat mengutamakan tiga perkara berikut dalam hidup mereka.
1.Dikelilingi sahabat yang positif
2.Membaca buku berkualiti
3.Mengikuti seminar yang sesuai
Ini punca utama mereka berjaya.
Orang berjaya meletakkan WHY yang besar dan jelas.
WHY adalah sebab untuk berjaya.
WHY adalah perkara yang perlu diketahui dengan jelas dalam mencapai impian mereka.
Malah Ustaz Hakim sendiri ada mengakui WHY itu lebih utama daripada kalut memikirkan HOW.
WHY dan HOW ada beza.
WHY adalah mengapa kita perlu kepada kejayaan tersebut.
Semakin jelas WHY maka semakin lancar kejayaan kita.
HOW ialah cara dan pelan tindakan.
Penting juga namun tidak sepenting WHY tadi.
Mentaliti orang berjaya ialah sentiasa berusaha menjadi pakar dalam bidang yang mereka sukai.
Untuk menjadi pakar atau so good dalam bidang tersebut, mereka peruntukan masa dan tenaga untuk belajar secara mendalam dan meluas.
Selain itu, mereka buat sehabis baik sehingga orang lain tidak dapat menafikan nilai diri mereka.
Kaedah ini amat dianjurkan.
Akhlak orang berjaya
Akhlak atau sikap menjadi tunjang utama dalam mencapai kejayaan.
Ia melibatkan disiplin dan kesungguhan.
Orang berjaya tidak boleh berputus asa.
Selagi berputus asa mereka akan menjadi orang gagal.
Akhlak orang berjaya juga ditonjolkan dengan mengambil tindakan segera.
Bukan tertangguh dan bukan mencari alasan.
Ada orang kata.
Orang berjaya mencari cara.
Orang gagal mencari alasan.
Kajian kes.
Dalam perkongsian Ustaz Hakim ada mengambil contoh kejayaan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Tuan Afnan Rosli
Bagaimana pun saya simpan dulu cerita kejayaan Datuk tersebut kerana saya akan menulis dalam artikel yang lain pula.
Doakan saya ada idea dan rajin la ye!
Sebagai bonus yang tidak ternilai, Ustaz Hakim juga telah mendedahkan rahsia kejayaan Tuan Afnan Rosli.
Kejayaan Tuan Afnan cukup luar biasa.
Jualan tiket untuk masuk kelas Metamorphosis secara online dan offline beliau sold out dalam beberapa minit sahaja.
Senario ini sangat menakjubkan kerana beliau buat promosi di wall Facebook personal dan kuasa tular para penggikutnya yang beribu-ribu lemon.
Beliau tidak buat promosi berbayar sebaliknya para pengikutnya yang hampir mencecah 100k itu main peranan mereka.
Saya salah seorang daripadanya.
Cuma setakat ini saya belum berjaya lagi untuk ke kelas beliau atas-atas sebab yang segan nak bagitau hehehe.
Antara faktor kejayaannya adalah kerana perkara berikut:
1.Menganjur kelas berdasarkan hukum permintaan dan penawaran.
2.Ada data yang solid untuk mendapat keperluan bakal pelanggan
3.Memberi input over deliver agar ada impak besar kepada pelajar
Selebihnya masih menjadi rahsia dan hanya boleh diketahui jika sentiasa follow rapat-rapat Tuan Afnan Rosli.
Penutup
Rahsia orang berjaya tetap menjadi rahsia jika sekadar diketahui.
Kesan dan perubahan akan berlaku jika kita sudah mengambil keputusan untuk meniru cara mentaliti dan akhak orang berjaya.
Paling asas dan paling penting contohi Rasulullah saw kerana kejayaan itu nanti bakal membawa kita ke syurga.
Berada di Syurga adalah makna paling tepat kejayaan buat kita semua.
Nak baca lagi boleh sahaja klik >>>Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha
Kejayaan anugerah Allah adalah amanah
ya…
akan di tanya di Akhirat nanti
Mendalam betul perkongsian tuan kali ni.. Terima kasih sbb sudi tips dan motivasi yang bagus untuk berjaya..
rasanya tidak.
bagaimanapun sekiranya bermanfaat…saya cukup menghargainya tuan
jadilah org berjaya yg tinggi akhlaknya
in shaa Allah…
itu yang sebaiknya