Amalan sebelum tidur yang sebaik-baiknya untuk diamalkan

Amalan sebelum tidur ini saya petik dari di Facebook.Namun demikian saya telah ubahsuai supaya lebih sesuai dimuatkan dalam blog ini.Saya pasti ramai yang ingin tahu amalan sebelum tidur.Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada kita bersama.

Tidur adalah kerehatan.Dalam masa yang sama tidur juga ibadah.Untuk menjadikan tidur kita ini sebagai ibadah, tentulah amat perlu untuk mengetahui tatacara betul.

Hayati al Hadis berikut tentang amalan sebelum tidur.

Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Khatam al-Quran
2. Dapat syafaat para nabi
3. Reda para muslimin
4. Melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya Siti Aisyah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau hendak tidur , bacalah surah al –Ikhlas tiga kali. Ia seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredai engkau

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

WAJIB BACA :   Broadband M Bermasalah Bikin Panas

( Tafsir Haqqi)

Amalan sebelum tidur

Tolong jangan tidur menirap

Baginda Rasulullah saw telah meninggalkan kita contoh terbaik untuk amalan sebelum tidur.In shaa Allah dengan mengamalkann sunnah ini, kita boleh beroleh pahala mudah dan tidur lena.

Mana tidaknya Rasulullah adalah mentor terbaik kepada kita semua.Baginda insan sempurna akhlak, pemikiran dan kekasih Allah.Tentulah banyak hikmah dan kafiat untuk kehidupan kita di dunia ini.

Berikut antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

Doa amat dianjurkan.Ingat doa adalah ibadah ibadah yang mudah.

Doa sebelum tidur –>>Bismikallaahuma Ahyaa wa Bismika Amuutu

Maksudnya: “Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut Nama-Mu aku mati.”

(Hadis Riwayat  Muslim)

Doa bangun tidur—>>Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan.”

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat.

Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.Tak akan tidur sama seperti orang mati walaupun ada tabiat tidur mati.Tidur mereka susah nak bangun dan kebiasaannya susah nak tidur.

WAJIB BACA :   Cerita kehidupan, durian dan rambutan

3. Membaca tasbih Fatimah

Sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.Untung mati syahid ini dengan syarat tiada hutang yang sangkut.Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Membaca Ayatul Kursi dan ayat 4 Qul.

Semoga kita dijauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.Kombinasi ayat tersebut cukup ampuh  untuk membebaskan kita dari godaan syaitan.

5. Niat untuk bangun Tahajud.

Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah kita bertahajud sepanjang malam.Dapat melakukan solat Tahajud memang menjadi insan beruntung sekali.Mana tidaknya pada saat orang lain tengah nenyak tidur, kita pula duduk bersimpuh atas sejadah.Bukan calang-calang orang yang mampu berbut demikian.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan solat sunat Taubat 2 rakaat.

Ini merupakan amalan yang sangat bagus.Jika mandi dan berwangian serta berwuduk sebelum tidur akan menambah rasa nikmat tidur.Biasakan diri untuk solat sunat taubat kerana kita tidak pasti adakah esok kita masih lagi bernafas.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita

WAJIB BACA :   Kalau aku kaya

Hati kita akan lebih tenang apabila boleh memaafkan orang lain dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Maafkan juga kesalahan diri kita sendiri juga.

8.Tidur cara Rasulullah saw

Caranya dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.Bayangjakan sahaja tidur mengikut sunnah beroleh pahaya dengan mudah.

9.Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur.

Khafiat membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat terang-benderang.Kubur dengan rumah jauh berbeza.Hanya amalan di dunia boleh membawa manfaat yang sebagai bekalan di alam kubur.

10.Tutup aurat ketika tidur

Saranan ini amat penting terutama golongan wanita.Kita tidak tahu semasa tidur apa-apa boleh berlaku.Jalan selamat berjaga-jaga sebelum apa-apa.

Penutup

Amalan sebelum tidur ini akan menjadi tabiat jika sudah dibiasakan.Jika belum biasa latih diri supaya istiqamah.Percayalah permulaan hari yang hebat berkait rapat dengan cara kita tidur.

Tidur yang baik dan berkualiti akan memberi impak agar kita lebih bahagia, tenang dan gembira.

Bila tidur cukup maka selera makan pun bertambah sebagaimana kisah saya dalam artikel >>Tertunai Hajat Untuk Makan di NeNe Chicken Plaza Merdeka

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge