Tajuk ‘kalau aku kaya’ ini memang menarik.Yang tak menarik perkataan kalau.Sebab kita “sudah” kaya bukan “kalau”.Buktinya otak kita tidak ternilai harganya dengan wang ringgit.Kalau jual siapa nak beli hehehe
Soalnya kita sudah kaya sejak azali lagi.Kita lahir sahaja di dunia sudah dipakejkan kaya dengan kasih sayang.Hampir semua ibu bapa dan sanak saudara menyayangi.Malah orang lain pun sayang kita.Itupun semasa kita masih lagi bergelar bayi.
Semakin kita membesar maka semakin kita kaya dengan budi bahasa dan akhlak mulia walaupun tidak semua ada sifat demikian.
Lebih tepat lagi kaya hati.Mungkin dari sudut lain kurang kaya terutama belum memiliki rumah banglo, kereta mewah dan isteri cantik atau suami hensem.Ini belum termasuk harta bernilai jutaan ringgit atau simpanan wang berkepuk-kepuk dalam bank.
Ini semua cabang kekayaan dan bukan lambang kekayaan secara keseluruhan.
Terpulang kepada pembaca.Yang pasti kaya adalah subjektif dan bergantung kepada keinginan individu.
Kekayaan bagi saya sudah ada dalam minda.Namun tidak perlu ditunjuk-tunjuk selagi masih ada dalam hati untuk menunjuk-nunjuk.
Sebaliknya jika niat kita sebagai syiar dan dakwah maka sangat boleh kerana agama semakin kuat apabila penganutnya sudah kaya raya.
Pesan kawan saya, jangan tunjuk kekayaan takut ada orang suka saya hanya dengan melihat kekayaan material bukan kekayaan hati.
Saya akur dan tersenyum.
Dalam hati mengaminkan agar doa-doa mereka untuk saya dan pembaca semua menjadi kaya dan terus kaya sehingga ke akhirat nanti.
Aamiin.
Itu sahaja perkongsian kali ini dan apa kata kita layan Telefilem TV3 bertajuk “Kalau Aku Kaya”
Sekiranya ada manfaat silakan kongsi ramai-ramai.
Kaya memang relatif. Ada pebisnis yang masih terus berambisi menambah usahanya, padahal di mata umum dia sudah kaya. Tapi kalau sudah kaya kenapa masih ingin harta yang lebih banyak?
Bang Doel recently posted…Mudahnya Bayar Pajak STNK Lewat Sambara
biasa tu Mas.
lagi kaya lagi mau
Wah, kita dah kaya yer.
memamg kita kaya bro..
cuma kita lihat kekayaan dari segi material sahaja
Ok zumal faham
alhamdulullah..
bagus
dulu pernah menanam impian, nak jadi kaya untuk Islam…insya’Allah masih menyimpan impian tu..
sunah sakura recently posted…Selamat Hari Malaysia 2019
aamiin dan teruskan berimpian agar bisa jadi realiti nanti..
aamiin.
mulakan dengan bersedekah dari sekarang..
Orang yang kaya jiwa dan kaya hati, itulah kebahagiaan yang sebenar… Tapi bila ada kaya harta, itu juga boleh membawa kebahagiaan. Huhu.
Wan Syahida recently posted…Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee
alangkah bagus kalau kaya semua aspek..
inilah dinamakan kesempurnaan
kalau mama kaya mama nk bawa keluarga pergi haji atau umrah
aamiin
moga Allah makhbulkan hajat mamapp
Setuju tuan.. kaya yg sebenar mmg sudah ada dlm diri kita semua dari asal, tetapi tuntutan dunia yg mengubah ciri2 membuatkan kita dibezakan dari pelbagai pandanmgan materialisme.. Moga lita kaya dunia dan akhirat.. aamiin.
pandangan dan pemahaman beginilah yang sepatutnya buat kita semua
suatu keinginan semua orang, pasti banyak yang menyikapinya untuk hal ini semoga kekayaan yang dimiliki dapat bermanfaat kelak kemudian harinya
kekayaan adalah impian untuk semua orang