Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati-Dalam hari yang ketiga untuk Segmen Sukses Yang Ketiga, mrhanafi cuba nak menghuraikan konsep maaf dalam cabang ilmu Hukum Tarikan.
Konsep mudah untuk diucapkan tetapi agak berat untuk dilaksanakan.Mahu atau tidak mahu mesti mrhanafi praktikkan juga agar kehidupan yang mendatang lebih ringan.Tidak sarat dengan bebanan emosi yang belum dimaafkan.
Hati yang tenang semestinya tidak ada terpalit dengan luka kemarahan,dendam dan perasaan kecik hati.Mungkin ada orang buat silap.Mungkin ada orang buat salah.Tak kira kecil atau besar.Maka memberi kemaafan hendaklah ditunaikan.
Bukan setakat memberi maaf.Adalah lebih baik juga kita melupakan terus.Lupakan segala apa yang mereka pernah dibuat.Usah disimpan lagi.Nak simpan pun tiada gunakannya.Bersihkan memori agar dapat diisi dengan perkara baru yang lebih indah,menarik dan membahagiakan.
Oh ya.Biar juga mrhanafi nak selitkan beberapa perkara yang menarik berlaku pada hari kedua.Rutin harian mrhanafi berjalan dengan lancar.Tiada kelam kabut.Semuanya dalam suasana yang terurus dan terkawal.
Tidak dinafikan mrhanafi sudah menerapkan konsep bersangka baik pada hari pertama dan disusuli dengan konsep bersyukur pada hari kedua.Gabungan konsep yang mantap dan hebat ini ternyata memberi tarikan positif dalam kehidupan mrhanafi.
Dari pagi sehingga ke malam mrhanafi dapat rasakan keindahan hidup ini,Mrhanafi menikmati kehidupan dengan suasana yang tenang dan bersemangat untuk menanti hari yang ketiga.
Mungkin kesan Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati
Ini tidak bermakna mrhanafi melakukan secara sempurna.Memang ada bisikan hati yang negatif datang bertandang.Namun mampu ditepis dengan mudah melalui konsep bersangka baik.Apabila dah berjaya, mrhanafi terus aktifkan perasaan bersyukur agar perkara tersebut tidak berulang atau berpanjangan.
Mrhanafi bertambah yakin bahawa hidup ini mudah sebenarnya.Allah tak nak susahkan hambaNya.Lagipun setiap ujian yang Allah bagi pada hambaNya memang sesuai dengan tahap kemampuan kudrat dan daya seseorang.
Cuba kita perhatikan ayat 15 dalam surah al-Mulk “ Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang MUDAH dijelajahi, maka jelajahi di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya.Dan hanya kepadaNya kamu (kembali selepas) dibangkitkan.”
In shaa Allah pada hari ini dan hari seterusnya mrhanafi akan maafkan apa jua kesilapan yang pernah orang buat terhadap mrhanafi.Dalam masa yang sama mrhanafi nak minta maaf juga kepada mereka jika selama ini mrhanafi selalu buat silap,salah dan dosa sesama manusia.
Andainya mrhanafi boleh memberi maaf kepada orang lain maka alangkah indahnya orang lain pun boleh memberi kemaafkan kepada mrhanafi.
Barulah hati tenang dan dalam masa yang sama solatpun boleh khusyuk. In shaa Allah.
Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca artikel Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati
Sempena bulan baik, hari baik ni… Eloklah kita saling bermaafan….. Lupakan kisah duka yang telah lalu… Buka buku baru, supaya hidup kita lebih bahagia….
Anuar recently posted…Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
betul dan itulah yang kita nak sebenarnya
Sama2lah kita semua sentiasa bermaafan… paling penting kita memaafkan kesilapan org lain terhadap kita kan… semoga Allah membalas kebaikan kita dgn sepenuh kejayaan… aamiin.
Khir Khalid recently posted…Coretan Statistik Blog Di Bulan Ramadan
raya semakin dekat dan puasa semakin dipenghujung..elok sangat untuk kita saling bermaafkan
mnarik..jie pun nk minta maaf klu ada komen xelok..hehe
in shaa Allah saya maafkan bro…
Dengan kemaafan, hati akan tenang. Tetapi masih ramai yang sukar untuk ungkapkan perkataan “maaf” itu.
perasaan ego terlalu tinggi dalam hati..
Inilah yang seeloknya.. takdela kena darah tinggi kan..
Afif Rayyan recently posted…Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawat
Tahu tak pe…itulah kaedah paling ampuh elak sakit dalaman..
Insya Allah.. Tq mrhanafi. Mama pun Akan Cuba juga
betul..
buatlah secara perlahan-lahan.
pasti ok punya.
agreed
alhamdulillah..
itu yang terbaiknya
Minta maaf bukan masa hari raya aje 😀
kalau boleh setiap..
kalau ada awek..
hari-hari saya minta maaf kalau tersilap kata..
diakui, bkn senang nak minta maaf setulus hati. tu baru dgn manusia. dgn Allah? taubat pun ntah ke mana…
boleh diusahakan..
jangan berputus untuk mencari kebaikan..
betul tak ?
Gambarnya lucu itu, katanya bisa gitu 😀
Dengan saling memaafkan hidup jadi semakin damai, tentram..
ya..betul dan sebaiknya