Wira yang tidak didendangkan

Pernah dengar pepatah Inggeris

“ Unsung Hero”

Ya, tentang kisah wira yang tidak didendangkan.

Tidak dihebahkan.

Apa kaitan dengan kegembiraan.

Ada kaitan.

Siapa wira tu ?

Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri.

Kitalah wira dan kita wajib rasa gembira atas kewiraan kita sendiri.

Sekejap ya.

Untuk perempuan boleh guna wirawati.hehehehe

Kita berjaya bangun pagi.

Kita berjaya menyelesaikan tugasan atau kerja.

Besar atau kecil.

Inilah bukti kita wira.

Wira yang tidak perlu didendangkan dan kita wajib nikmati kegembiraan tersebut.

Kegembiraan tidak semestinya perlu wang yang banyak.

Tapi kalau banyak wang lagi banyak kegembiraan.

Sebabnya lagi ramai yang kita boleh bagi manfaat.

Buat permulaan.

Tidak perlu menunggu kejayaan yang besar-besar.

Kejayaan kecil yang disyukuri akan memberi rasa bahagia.

Ada rasa bahagia membangkitkan rasa syukur.

Kita bersyukur dengan setiap apa kejayaan yang kita capai.

Ini kisah yang  berlaku baru-baru ini.

Selepas solat berjemaah Maghrib saya didatangi seorang pemuda.

Muka tampan,bersih dan tenang.

Dia datang menyapa saya.

” Maaf bang, saya ada duit tetapi tidak cukup untuk saya makan.”

Saya agak terkejut.

Lantas saya bertanya ” awak nak berapa ? ”

Pemuda tadi jawap, ” berapa sahaja la bang”

Tanpa berfikir panjang saya mengeluarkan wang dari dompet.

Saya tidak kisah warna  duit apa yang saya bagi kepada pemuda tesebut sebab saya tahu dalam dompet saya cuma ada dua warna sahaja ketika itu.

Warna biru dan warna merah.

Semasa kami bersalaman sambil menghulur duit saya dapat rasa gembira, rasa syukur dan rasa puas.

Saya ada kejayaan kerana berjaya membantu orang dalam kesulitan.

Berjaya adalah bukti kita wira untuk diri sendiri.

Sebelum kejayaan kita dilihat oleh orang lain maka lihat kejayaan oleh diri sendiri dulu.

Alhamdulillah.

4 thoughts on “Wira yang tidak didendangkan”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: