Belajar Kenal Diri

Saya ada post  status berkaitan belajar kenal diri dalam Facebook atau belajar koreksi diri.

Baca sekali memang tidak mendatangkan kesan.Cuba baca berulang kali.

Mesej yang saya cuba sampaikan ialah belajar menilai diri sendiri.

Cari kekuatan.

Akui kelemahan.

Jika sudah jumpa kekuatan cuba gunakan untuk capai impian dan cita cita. Mumgkin bakat yang terpendam selama ini. Mungkin tabiat yang hebat dan boleh dimanfaat.

Sebaliknya jika sudah menemui kelemahan akui untuk diatasi. Mungkin ada sifat M. Mungkin ada sifat tidak sedar diri dan sebagainya.

Perbetulkan.

Atasi.

Ambik masa.Perlahan lahan tetapi istiqamah. Ini lebih baik dari drastik tetapi berhenti setengah jalan.

WAJIB BACA :   Sedekah gila-gila apa yang bestnya ?

Persoalannya bagaimana hendak bermula?

Kita mulakan dengan perbaiki cara tidur. Percayalah tidur yang berkualiti akan memberi rasa rehat dan memperbaiki tenaga. Mulakan malam ini dengan mempraktik cara amalan tidur yang terbaik.

Boleh juga rujuk artikel yang ini, Petua Mudah Untuk Tidur Lena

Amalkan sedaya upaya.Jika belum berjaya cuba lagi.

Cuba berkali kali dan lagi.

Jangan harap nak dapat kejayaan lain dulu selagi belum capai kejayaan yang pertama yakni melatih untuk tidur supaya lebih teratur.

Amalkan yang termudah dahulu.

Biasakan sehingga menjadi tabiat.Sebab untuk mendapat rasa tenang dan rasa bahagia, keperluan tidur jangan sesekali diabaikan.

Saya rasa cukup itu dulu.Topik yang akan saya tulis selepas ini akan berkaitan antara satu sama lain.Sebab itu sentiasa follow Facebook saya untuk mengetahui perkembangan terkini.

WAJIB BACA :   Percubaan guna Mesotropin hydro whey protein

Semoga kita semua bahagia, gembira dan berjaya.

Jika bermanfaat tolong kongsikan agar orang lain turut dapat manfaat seperti anda.

Jumpa lagi.

*kemaskini 29/10/20

Comments 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge