Bahagia Bila Shopping

Saya suka shopping.Dengan shopping saya dapat perasaan bahagia.Mungkin ada pembaca yang sama dengan saya.Seandainya sama kita geng.

Jadi saya ucapkan selamat datang ke kelab.

“Therapy Shopping Club”

Sebelum shopping saya akan semak dulu wang tunai dalam tangan atau lebih tepatnya dalam dompet.

Alhamdulillah.

Masih ada duit untuk shopping.Jumlah duit tidak penting.Yang penting shopping feeling untuk dapat amazing feeling .

Perasaan ini bangkitkan rasa bahagia, rasa gembira dan rasa syukur.

Ini kisah saya dulu.Pada ketika itu saya masih bekerja di restoran segera yang terkemuka di Sarawak.

Apabila ada keperluan membeli barang, saya  akan menawarkan diri untuk pergi shopping.Peluang ini saya gunakan untuk menikmati rasa seronok dan gembira.Ada tiga sebab utama seperti di bawah ini:

Pertama – seronok tengok barang yang tersusun atas rak

Kedua – seronok dengan rasa sejuk penghawa dingin dalam kedai.

Ketiga – seronok kerana ada perasaan seperti orang kaya.

Saya tinggalkan kisah ini.Semuanya sudah menjadi memori silam yang begitu indah.

Berbalik semula ke topik asal tadi.

Wang tunai yang saya ada cuma sekeping duit seringgit dan beberapa keping duit syiling.

Setelah dikira berjumlah RM1.80.Jumlah ini lebih baik daripada kosong.

Syukur alhamdulillah.

Saya tetap mahu shopping walaupun hanya ada wang tunai RM1.80. Saya amat perlu kepada barang tersebut.Jika tak beli bermakna ada sesuatu yang tidak sempurna berlaku pada hari seterusnya.

Seusai solat Maghrib, saya menapak ke supermarket.Dengan langkah penuh yakin dan rasa kecukupan, saya ke rak untuk membeli produk ini.

Ketika barang ini sudah berada dalam tangan dan selesai membayar harganya di kaunter, perasaan girang sukar untuk digambarkan.

Beginilah perasaan orang kaya kerana mampu membeli apa yang mereka ingini.Penuh bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.Apa-apapun barang atau perkara dan berapa pun harganya tidak menjadi persoalan.Perkara utama ialah kewujudan rasa bahagia dengan  shopping.

Namun demikian shopping hanya kepada keperluan dan bukan shopping semata-mata menenuhi kehendak.

Setuju tak ?

Penutup

Tujuan saya mendedahkan cerita shopping dengan hanya wang berbaki RM1.80 ini bukan untuk membuka pekung di dada.

Ini rasionalnya.

Saya cuma menyampaikan mesej agar  kita semua selalu ada rasa bahagia dan gembira tidak kira semasa banyak wang atau hampir tiada wang.Kalau langsung tiada wang pun perlu bersyukur kerana masih boleh bernafas lagi.

Lalui sahaja hidup dengan tenang dan bersahaja.Tidaklah bermakna pasrah tanpa berbuat apa-apa tetapi berikhtiar,berdoa dan beramal pada masa yang sebetulnya.

Akhir kata jom jadi sahabat saya di Facebook dan jika rasa bermanfaat silakan kongsi sebanyak yang mungkin.

10 thoughts on “Bahagia Bila Shopping”

  1. benar ya aie…pernah juak kamek rasa perasaan kedak ya..gembira dapat beli barang walaupun masa ya duit hanya ada berapa jak dalam purse..dan sik akan ada duit lain untuk beberapa hari, atau mungkin beberapa minggu…

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: