Cerita Menarik Wang Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH )

Bantuan Sara Hidup (BSH) diperkenal oleh kerajaan baharu untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia pada tahun 2018.

Sekarang menjadi bualan hangat tentang BSH.Namun masih ramai lagi yang tetap mengingati sebagai BR1M.

Nama sahaja yang berbeza tetapi wang tetap sama.Oh ya.Nilai juga tidak sama. Dulu lain. Sekarang lain.

Dulu separuh troli jika belanja RM100. Sekarang penuh troli sekiranya menggunakan troli kecik dan berbelanja RM200. Itu latihan matematik yang mudah.

Dulu zaman GST harga barangan dikatakan mahal.Sekarang zaman SST harga barangan macam sama sahaja.Mana perginya harga barangan yang dianggap murah sekiranya tiada GST.

Sama-sama kita tunggu.

Tak perlu nak U -Turn terlalu jauh.Kita kembali ke pangkal jalan untuk terus berbicara tentang BSH yang menjadi siulan dan bualan masyarakat kini.

WAJIB BACA :   Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [ siri 1]

BSH

BSH 2019

Semua orang mahu duit tidak kira orang kaya atau orang miskin.Orang kaya mahu duit bukan dari BSH.Orang miskin pun mahu duit kerana menjadi keperluan terdesak.

Setidak-tidaknya ada BSH atau BR1M dapat melegakan himpitan kewangan yang amat mencengkam sekarang ini.

BSH amat perlu kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.BSH seperti wang bonus kepada mereka.Kakitangan awam beruntung ada wang bonus.Pekerja swasta pun ada tetapi tidak semua.

Bagaimana dengan para peniaga kecil-kecilan yang tiada bonus.Sudah tentu BSH atau BR1M adalah nikmat kesyukuran untuk mereka.Ada wang BSH boleh digunakan membeli keperluan harian yang kadang-kadang tidak mampu dibeli setiap bulan.Setahun sekali dengan wang BSH sudah memadai.

WAJIB BACA :   Memaafkan Diri Sendiri Tindakan Wajar

Malah wang BSH dapat digunakan untuk menjelaskan hutang-hutang masih sangkut.Hutang dengan kawan atau hutang dengan kedai.Yang penting ada wang tunai untuk bayar hutang.

Wang ini mungkin untuk melangsaikan bil bil utiliti yang tertunggak.Nak bayar dengan wang dari pendapatan kadang-kadang tidak lepas kerana ada lagi keperluan lain yang mendesak.Mahu atau tidak mereka tetap mengharap wang BSH untuk bantuan segera.Wang ini adalah talian hayat daripada kerajaan yang rakyat pilih untuk membantu mereka.

Alhamdulilah pembayaran pertama BSH berdasarkan data 2018 bermula pada 28 Januari 2019.

Selepas ini perlu kemaskini semula data untuk memastikan pemohon yang benar benar layak sahaja menerima BSH.

Logiknya boleh diterima.

WAJIB BACA :   Selamat Datang Tahun 2017

Jika mampu buat apa nak nak menerima bantuan.

Jadikan rakyat Malaysia yang prihatin dan mulia untuk memberi peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

  • Kemas kini 14/6/23

Comments 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge