Sejujurnya saya cukup keliru untuk memilih antara modem Olax AX5 Pro V2 dengan Huawei B315. Sebabnya prestasi dan kemampuan kedua modem ini setara.
Orang kata….X bar tidak banyak beza.
Namun masih ada perbezaan unik yang mendorong saya memilih salah satu daripadanya. Modem pilihan saya ada dinyatakan pada bahagian akhir artikel ini.
Saya menilai modem berdasarkan beberapa perkara.
Itu pun selepas menonton berpuluh Youtube berkaitan modem sebelum membuat keputusan. Bahkan saya ada menulis artikel berkaitan modem modified unlimited sebelum ini.
Jom kita teruskan bacaan.
Olax AX5 Pro V2 dengan Huawei B315
1.Jenama
Sudah pasti modem jenama Huawei lebih dikenali dan diyakini. Modem Olax macam baru diketahui dan mula mendapat tempat dalam hati pengguna modem sebelum ini.
Jenama yang kukuh meningkatkan keyakinan terhadap produk yang ingin kita miliki. Jenama juga menentukan ketahanan dan kepuasan pemilik juga.
2.Harga
Harga untuk modem asli Huawei memang lebih mahal berbanding Olax. Kebanyakan modem asli Huawei atas RM300 untuk satu set dan ada yang mencecah harga kayangan.
Modem Olax pula harga mampu beli untuk golongan marhaen. Tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah.
Model Olax AX5 Pro V2 sekitar RM220 sahaja.
3.Prestasi
Kedua-dua modem ini hampir sama dari segi prestasi. Kelajuan dan kekuatan tidak ada perbezaan yang ketara.
Ramai Youtuber mengakui model Olax boleh menyaingi modem Huawei.
4.Reka bentuk
Ternyata model Olax mempunyai reka bentuk menarik dan futuristik. Selain itu warna hitam memang menawan dan gagah.
Modem Huawei B315 pula hanya ada satu warna iaitu putih. Kelemahan warna putih ini akan pudar dan bertukar jadi kuning apabila terlalu lama digunakan.
5.Keunikan ketara
Pada bahagian akhir ini anda mungkin dapat meneka apakah model modem yang saya pilih untuk dibeli dan dimiliki.
Modem Olax AX5 Pro V2 ada bateri. Keunikan ini belum mampu disaingi oleh mana-mana home modem baik yang berjenama atau OEM.
Bayangkan home modem sama fungsi dengan portable modem. Yang pasti model Huawei tiada fungsi ini.
Kesimpulan
Akhirnya saya pilih Olax AX5 Pro V2 sebagai percubaan pertama memiliki modem. Jika modem sudah sampai nanti, saya akan buat review tentang penggunaan modem tersebut.
Sejujurnya saya memang mahu memiliki Huawei B315 berbanding Olax AX5 Pro V2. Tetapi setelah berfikir banyak kali saya ambil keputusan untuk mencuba jenis OEM dahulu.
Mudahan selepas ada kejayaan menjana pendapatan RM10k sebulan sebagai ahli perniagaan netcommerce baharulah modem Huawei harga kayangan boleh berada dalam tangan.
Aamiin Ya Rabbil Aalamin.
amin2…semoga tercapai cita2 saudara..
office guna huawei E5186…kaler putih, cantik jg..
model huawei E5186 boleh tahan juga harganya..
beli kat mana tu?
beli kat Shopee…kalau servis bagus boleh promote seller dalam next artikel