Usaha tidak pernah mengkhianati hasil

Beberapa minggu yang lepas, saya disapa kawan lama. Ya,  sungguh lama tidak berjumpa. Ada dalam lima tahun begitu. Kami saling bertanya khabar. Bercerita semula kisah yang lepas-lepas.

Ada soalan dia yang menyebabkan saya rasa nak melompat. Bukan melompat gembira tetapi melompat kerana terkejut beruk.

“Hanafi, seronok tak hidup kembali bujang”, tanya kawan saya selamba.

“Tak seronok. Banyak tak baik daripada baik.

Kembali bujang umpama hidup diheret ke angka kosong semula. Bermula seperti orang berumur 20-an walaupun usia sudah mencecah 40-an.

Malah, pada usia begini komitmen tidak sama seperti dulu lagi. Sekarang ada anak-anak yang wajib saraan nafkah mereka.

WAJIB BACA :   Cerita Ada Makna

Maksudnya pendapatan perlu dua kali ganda sekiranya ingin memulakan semula kehidupan berumah tangga”.

Panjang lebar juga penerangan saya untuk soalan kawan saya tadi.

Kawan saya terdiam. Kami membisu lama.

Kemudian saya memohon diri untuk beredar kerana ada urusan lain.

Cerita begitu saya tamatkan di sini.

Dalam pada itu ada juga kebaikan kembali bujang ini.

Masa lebih banyak untuk diri sendiri, lebih fokus untuk aktiviti fitness dan lebih mudah ke sana ke mari tanpa ada kekangan sebagaimana orang yang sudah berkahwin.

Antara aktiviti santai orang bujang tentulah bersukan dan bersenam.

Kebiasaan hujung minggu saya akan berjogging.

Dua pusingan berlari dan dua pusingan lagi saya berjalan kaki.

WAJIB BACA :   Cabaran Di Booth Pameran Yang Biasa Dirasai

Setelah penat dengan berlari dan berjalan, saya akan tambahkan kepenatan dengan beberapa aktiviti berikut:

Jumping jack 100x
Squat 100x
Lunges 100x
Push up 50x

Habis sahaja aktiviti tersebut memang keletihan. Peluh akan membasahi baju dan rasa puas.

Perasaan puas ini menyebabkan saya rasa seronok untuk mengulangi aktiviti pada masa yang akan datang.

Saya tidak dapat selalu berjogging kerana komitmen masa untuk ke gim.

Antara gim dan jogging dua-dua seronok.

Cuma kelebihan di gim ada muzik, ada kawan-kawan dan amoi cantik secantik ‘bodynya’. Hehehe (ingat pandang hanya sekali)

Mungkin ada yang bertanya apa hasil yang saya dapat dari aktiviti yang aktif begini.

WAJIB BACA :   Pengalaman Hadapi Kes Tuntutan Cerai Di Mahkamah Syariah

Sudah tentu saya lebih cergas, bertenaga dan sihat. Sosok badan walaupun belum sado tetapi penampakan tubuh seperti seorang atlet sudah ada.

Segan nak ambik gambar pulak hehehe.

Jadi kepada pembaca yang banyak kelapangan masa jom amalkan hidup sihat.

Kalau tidak ke gim boleh sangat bersenam walaupun sekadar push up, plank atau jogging.

Aktiviti ini boleh mengeluarkan peluh jantan kepada lelaki dan peluh betina kepada wanita.

Berusahalah untuk sihat dan tingkatkan sistem imunisasi badan dalam melawan Covid-19.

Saya percaya kata seorang teman fitness,

“Usaha tidak pernah mengkhianati hasil”

Semoga bermanfaat dan jangan malu-malu kongsikan cerita ini kepada mereka yang lain pula.

13 thoughts on “Usaha tidak pernah mengkhianati hasil”

  1. terima kasih tuan kerana sudi singgah ke blog picican ini..

    hidup bujang bukan pilihan terbaik tetapi tetap dilalui sebelum memulakan semula kehidupan dalam fasa yang lain pula.

    tentang sepasang mata yang cantik, saya pasti juga tuan…mungkin kata dan kalau ada alhamdulillah

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge