Jika Irfan khairi memberi motivasi memang mengujakan. Saya suka stori motivasi dari Irfan Khairi.
Terbaik dan beri inspirasi.
Sangat sesuai dibaca begitu sahaja.
Apa kata kita baca sahaja.
Moga memberi manfaat.
Teringat saya satu kartun di mana seorang hakim mengumpulkan haiwan-haiwan dari hutan, termasuk gajah, harimau, monyet, burung, ikan, ayam, kambing dan banyak lagi dan mengumumkan satu ujian untuk mencari haiwan yang paling hebat sekali di hutan.
Ujian pun di umumkan oleh hakim: “Haiwan yang boleh panjat pokok ini paling pantas akan digelar haiwan paling hebat sekali!” sambil menunjukkan pokok berhampiran.
Haiwan-haiwan lain terpingga-pingga. Sang monyet senyum sahaja!
Walaupun hanya sekadar kartun lawak jenaka, tetapi ia memberi mesej yang sangat penting dalam sistem pendidikan kita. Jangan dihakimi seseorang itu pada hanya satu ujian.
Apatah lagi ujian tersebut tidak mencerminkan kebolehan, bakat dan potensi sebenar seseorang itu.
Setiap insan mempunyai kebolehan, bakat dan potensi masing-masing. Soalnya adalah untuk kita gilapkan kebolehan tersebut, asahkan bakat yang ada dan cungkilkan potensi diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Tidak dinafikan bahawa pendidikan itu penting. Tetapi apa yang lebih penting lagi adalah ILMU. Pentingnya ILMU sehingga disebutkan dalam Al-Quran lebih dari 700 kali. Ilmu itu ada pelbagai dan tiada hadnya. Dan seperti mana yang disebutkan, tidak semua jenis ilmu dicerminkan melalui kertas peperiksaan.
Teringat saya ketika menduduki UPSR satu masa yang lama dulu, saya tidak mendapat 5A. Tidak juga 4A atau 3A. Cuma mendapat 1A (Bahasa Inggeris) dan gagal 1F (Bahasa Malaysia). Gagal dalam Bahasa Malaysia namun, Alhamdulillah kini menulis untuk bacaan anda dan telah menerbitkan 7 buah buku!
Peperiksaan terakhir sekolah menengah SPM juga tidak lari dengan kegagalan, kali ini F9 dalam mata pelajaran Prinsip Akaun. Gagal dalam Prinsip Akaun namun, Alhamdulillah bergelar usahawan dan berjaya mencapai keuntungan perniagaan RM1,000,000 tujuh tahun selepas SPM- dan kini juga menyampaikan ilmu perniagaan di universiti-universiti antarabangsa!
Buat ibu bapa yang anak-anak bakal menduduki apa sahaja peperiksaan UPSR, PT3, SPM ataupun peperiksaan di Universiti, ucapan dan doa selamat berjaya. Buat anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, wish you all the best!
Bagi ibu bapa dan juga anak-anak, sekiranya telah ikhtiar yang terbaik, redha dengan apa sahaja keputusan oleh kerana masa hadapan adalah sangat cerah bagi mereka yang mengejarnya tidak kira apa sahaja bidang yang diminati!
Semoga Berjaya.





kredit : Irfan Khairi
- Kemas kini 28/13/22
Betul tu… setuju sangat dengan Irfan Khairi… setiap orang mempunyai rezeki masing2, bakat masing2 dan kebolehan masing2.. apa yang penting sekali perlu mengenal potensi diri..
anuar recently posted…Kod Kupon Syawal Untuk Seminar Google Adwords
saya dan tuan memang minat Irfan Khairi..
memang terbaik
saya suka tengok irfan khairi di youtube…semua best-best
siti hazreen recently posted…Program Pengajian Sarjana Semasa Cuti Sekolah di UPSI
ya…dalam Youtube memang lebih feel untuk dapatkan ilmu motivasi
Betul tu. Tak usah dinilai kepandaian atau bakat seseorang melalui ujian je.
Wan Syahida recently posted…Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan Bandar Teknologi Kajang
mana tak betulnya..
pakar yang buat kajian tu.
hehehehe
Wah motivasi terbaik!. Orang yang tak berhenti berusaha pasti berjaya. Insyaa ALLAH 🙂
Ani Haryani recently posted…Hidangan Makanan Ketika PMS
betul..
usaha tangga kejayaan..
tetatpi masih terlalu umum juga ‘statement ini’
kata2x motivasi yang memberikan getaran positif apabila membacanya. terbaik. 😀
semogga ianya bermanfaat kepada kita semua..
Usaha tu yang penting untuk berjaya kan? satu perkongsian yang bagus! 🙂
Seorang Syed recently posted…DAPUR BUJANG : IKAN LAMPAM TUMIS TEMPOYAK
terima kasih bro..
ya..betul usaha sangat penting untuk berjaya
Very inspiring..
memanglah..Irfan Khairi punya stori tu
Betul.lain-lain orang lain-lain bakatnya.
saya nak tengah asahkan bakat ni…
bakat menulis blog…
belum tajam-tajam walaupun dah berlatih 4 tahun hehehehe
kegagalan tidak bererti tiada kejayaan kan..
tersangatlah betul tu.